Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.. Nama aku Dira (bukan nama sebenar).. Umur aku 29 tahun dan sudah berumahtangga.. Dikurniakan dua orang cahaya mata.. Suami aku lebih muda dari aku.. Suami aku berumur 26 tahun..
Di sini aku nak kongsi kisah hidup aku dan suami di mana selepas aku disahkan hamil anak sulung aku, rezeki kami suami isteri tak pernah putus..
Suami aku berkerja sebagai pembantu kantin.. Aku pulak bekerja sebagai pembantu tadika.. Aku menerima suami aku seadanya.. Aku tak demand untuk memilih suami yang kukuh kewangannya..
Aku ingat balik masa nak berkahwin dulu.. Family aku langsung tak kisah berapa harga hantaran dan mas kahwin.. Abang aku mintak aku bincang sendiri berapa yang suami mampu..
Aku tak tanya pun suami aku.. Aku sendiri letak 8k.. Kalau ikut logik tahun 2017 dengan aku berkelulusan diploma boleh letak lebih daripada tu.. Tapi aku tak nak membebankan suami aku..
Alhamdulillah februari 2017 kami sah bergelar suami isteri.. Bermula kehidupan keluarga kecil kami.. Suami hanya naik moto honda ex5.. Aku pula naik moto yamaha 135lc.. Hujan panas kami redah bersama.. Awal perkahwinan menumpang rumah mil..
Mac 2017 aku disahkan hamil.. Alhamdulillah.. Bermula kehidupan berulang alik ke klinik.. Naik motorsikal.. Sampai ada kawan-kawan yang tegur kenapa tak naik kereta.. Aku senyum saja.. Sebab kami tak ada kereta.. Aku langsung tak mengeluh..
Bila ingat balik aku perlu ke hospital selama tiga hari untuk lakukan ctg.. Waktu tu hujan lebat.. Suami pulak ada kursus.. Aku redah hujan naik motorsikal masa perut dah cecah tujuh bulan..
Mesti semua tertanya-tanya suami aku kerja kantin tapi kursus apa yang suami aku hadiri.. Sebenarnya masa bulan mei 2017 suami aku dapat interview kerja kerajaan.. Alhamdulillah rezeki anak..
Suami aku dari seorang pembantu kantin kini sudah menjadi salah seorang penjawat awam.. Rezeki anak.. Suami aku berusaha untuk dapatkan kereta supaya mudah untuk bawa aku ke klinik..
Tapi bukan mudah untuk loan lulus memandangkan status suami aku masih kontrak.. Rezeki Allah nak bagi.. Selepas tiga bulan bekerja suami aku mendapat surat lantikan tetap..
Waktu tu dia nak surprisekan aku tapi aku yang terdahulu surprisekan dia sebab aku kena admit ward.. Blood peessure.. Tapi syukur sangat bila dapat berita baik tu dari suami..
Hari silih berganti.. Kereta tak juga kelihatan sehingga hari nak lahirkan anak pun aku masih naik moto.. Masa ke hospital abang ipar aku yang tumpangkan aku dengan kereta dia..
Suami cakap kereta dalam proses lagi.. Aku pun ok saja.. Tak ada masalah.. Aku pernah pesan kat anak dalam perut.. “adik tunggu abah dapat kereta baru adik keluar”..
Alhamdulillah masa aku tengah operate untuk lahirkan baby, hari yang sama kereta kami pun boleh dikeluarkan pada hari yang sama.. Syukur ya Allah.. Rezeki lagi..
Kat sini boleh nampak anak tu sumber rezeki.. Jangan pernah rasa terbeban berbelanja untuk anak.. Suami aku langsung tak berkira nak beli apa apa untuk anak.. Time pkp haritu aku selamat lahirkan zuriat kedua.. Anak unplanned.. Ini pun rezeki..
Masa awal kehamilan anak kedua aku bleeding and doktor cakap maybe gugur atau mengandung luar rahim sebab waktu scan tak nampak langsung baby..
Refer government hospital, anak aku dah bergerak.. 10 weeks.. Alhamdulillah Allah bagi rezeki anak kat aku walaupun aku belum ready untuk mengandung lagi..
Suami cakap anak ni rezeki.. Siapa kita untuk menolak pemberian Allah.. Allah is the best planner.. Jangan takut duit habis sebab kena beli pampers.. Susu.. Percaya bahawa Allah akan bagi rezeki lebih dari tu..
Jangan sesekali berkira dengan anak.. Aku dengan suami tak bertukar baju pun tak apa janji anak dapat baju baru.. Keperluan anak didahulukan.. Kalau asyik merungut duit habis beli pampers dan susu anak, jangan pelik kalau belum sampai gaji duit dah habis entah ke mana..
Semoga boleh memberi semangat dan inspirasi untuk pasangan muda yang baru berkahwin yang masih plan untuk dapatkan anak.. InshaAllah rezeki Allah luas..
Jaga amanah Allah baik baik.. InshAllah semua akan baik.. Yang penting kena ikhlaskan diri dengan apa yang kita lakukan..
Maaf agak pening cerita aku ni.. Semoga semua dimurahkan rezeki.. Bagi yang belum beroleh cahaya mata aku doakan korang semua akan dikurniakan zuriat yang comel suatu hari nanti.. Aamiin..
– Dira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit