Anak Syurga

Assalamualaikum

Tujuan aku meluahkan hanya sekadar meluahkan.

“Sakit di perut ni masih terasa sayang. Tapi mama tak kisah, asalkan kamu dilahirkan selamat. Tak lama lagi, kamu baru nak pandai meniarap kan. Mesti seronok kalau dapat tengok kamu pandai satu persatu. Tapi apakan daya, mama tak mampu jaga kamu sebab keadaan sekeliling. Mama nak jaga kamu sayang, tapi saudara-saudara mama tak tau akan wujudnya kamu dekat dunia ni. Disebabkan mama terpaksa menjaga hati semua orang, mama terpaksa jugak serahkan kamu pada keluarga angkat.
Mama tak rela, tapi mama tak ada pilihan lain. Orang lain tak bagi mama peluang untuk jaga kamu. Bila fikir balik, wajar ke mama terpaksa korbankan sakit rindu ni setiap hari bila kamu tak ada kat sisi mama. Nak tanak mama kena kuat sekuat namamu sayang. Ingat lagi masa badan kamu pucat menahan sakit dulu, mama rasa kesakitan kamu. Ini rupanya nikmat yang tak terhingga yang Tuhan bagi pada insan yang bergelar ibu. Tapi itu saat yang terakhir mama dapat jaga kamu masa kamu sakit, lepas ni tak tau sama ada mama ada peluang tu atau tak lagi.

Sekarang, hari hari mama tengok gambar kamu sebagai pengubat rindu. Kadang-kadang mama usap perut, perut yang pernah ada kamu didalam ni. Tiap malam mama nangis rindu kamu sayang, sampai satu tahap mama rasa biarlah sakit luka pada badan, daripada sakit rindu. Sebab sakit rindu ni memang tak ada ubatnya. ”

………..

Beberapa bulan lepas, aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Comel sangat. Kecil je badannya, rambut lebat, ada lesung pipit lagi. Bersalin secara emergency czer, seorang diri. Tanpa siapa disisi. Aku ingat lagi, waktu melawat di hospital pada tengahari tu. Suami, ibu bapa kpd ibu-ibu yang ada di wad sama dengan aku, datang untuk tengok anak, cucu mereka masing-masing. Aku? Aku seorang diri dakap baby terkelip-kelip mengenangkan apa yang terjadi. Macam mimpi, anak yang aku dakap ni lahir tanpa seorang bapa. Aku memang berdosa.

Aku tak tau nak menangis sedih atau gembira. Anak syurga dilahirkan, tapi aku tak dapat belai lama dan melihat dia membesar sebab aku terpaksa serahkan pada keluarga angkat. Aku cuma sempat jaga sampai habis pantang. Setelah tu, berikan hak sepenuhnya untuk menjaga kepada keluarga angkat. Tuhan je tau perasaan ni macam mana. Kena berpisah dengan anak, tak dapat tengok dia membesar depan mata. Kadang aku terfikir, teruk sangat ke aku sampai aku tak boleh didik anak aku sendiri?

Kepada korang semua, aku mohon jangan seksa hati ibu-ibu tunggal yang lain kat luar sana. Jangan bagi mereka rasa apa aku rasa. Memang mereka ni pernah ada dosa silam, tapi apa hak kamu semua nak tentukan syurga neraka bagi mereka. Pintu taubat sentiasa terbuka bagi mereka yang hendak sujud pada penciptaNya. Aku mohon jangan pisahkan hubungan antara ibu dan anak. Mereka yang melahirkan, mereka yang rasa sakit perut dibelah, sakit menahan contraction. Kamu semua pon ada anak kan, apa perasaan kamu bila anak yang dikandung 9bulan tiba tiba terpaksa diberikan pada orang lain? bukan ke itu sakit? perit?

Untuk kes-kes yang sama situasi dengan aku, aku mohon jangan buang si kecil yang tak bersalah tu. Even kau tak nak jaga sekalipun atas sebab-sebab kau sendiri, kau boleh kasi rezeki yang Tuhan bagi ni pada yang memerlukan. Kau sepatutnya bersyukur Tuhan bagi kau satu ujian ni sebab Tuhan masih sayangkan kau. Dia tak akan bagi ujian hebat jika kau tak boleh nak hadap.

Untuk keluarga, sahabat kepada yang bernasib seperti ini aku mohon jangan sisihkan mereka. Mereka ini juga manusia biasa. Satu kesalahan lampau mereka ini tak semestinya perlu dihukum bagai mereka ini bakal ahli neraka. Siapa kau semua nak tentukan? Dalam keadaan mereka seperti itu, kepala otak mereka ni akan timbul pelbagai kata dan bisikan syaitan yang cuba untuk menyesatkan lagi. Kekusutan yang melampau, macam-macam boleh jadi jika kau semua sebagai ahli keluarga sendiri pon tak tolong dan bantu. Mereka ini memerlukan sokongan kuat. Siapa yang nak semua tu terjadi. Jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran untuk semua.

Untuk anak mama, mama sentiasa inginkan yang terbaik buat kamu sayang. Mama doakan yang terbaik untuk anak syurga mama. Jangan lupa mama ye, lots of love.

.. Doakan aku tabah

– Sh

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit