Anak Syurga

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kelmarin negara dikejutkan dengan berita kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terletak di Keramat. Setakat ini 24 pelajar dan warden dilaporkan terkorban. Ia amat menghayat hati sekali dan aku turut sedih sehingga menitis air mata apabila mengetahui ttg kebakarakan ini dgn lebih lanjut. Ia memberi kesan kepada negara kita mahupun negara luar sana. Apapun kita perlu redha saja dgn pemergian yg telah terkoban. Mmg sakit menangung ujian Allah bagi tapi berehatlah kamu semua adik adik, pasti syugra buat kamu semua. Bahagialah kamu bersama org org yg beriman. Alfatihah.

Dekat sini aku bukan nak menceritakan ttg kebakaran yg baru berlaku tetapi apabila negara kita dikejutkan dgn kebakaran ini membuatkan aku teringat adik aku. Maaf pada yang tidak suka pd confession ni.Maaf ya kalau ada salah silap atau tersalah kata kata. Apabla tragedi ini sekali lg menimpa, akan aku teringat dan rindu pd Arwah adik aku. Aku nak luah kan perasaan aku dan kehidupan aku yg lalui bersama arwah adik aku. Mungkin cerita aku sama dengan situasi org lain juga. Aku malas nk intro sgt diri aku siapa tetapi aku ada 2 adik beradik shj. Aku anak sulung dan mempunyai seorang adik lelaki. Adik aku beza 2 tahun je dengan aku. Dan aku bukan dr keluarga yg kaya . Hidup biasa saja.

Bermulanya kisah aku ni, bila aku ada adik lelaki. Kisah adik lelaki aku sudah lama pun berlepas.Adik lelaki aku ni baik, lebih baik dari aku. Aku terlalu respect dekat dia. Adik aku suka tolong ayah aku basuh kereta, angkat barang dan aku pula tolong mak aku. Dia dr kecil mmg suka mengaji, mmg dia suka sgt. Adik aku mmg nak sangat masuk sekolah agama atau madrasah. Dan mak ayah aku cadang untuk masukkan adik aku ke sebuah sekolah agama yg agak jauh dengan rumah kami. Alhamdulilah dia kata dia sgt gembira apabila memasuki sekolah agama tu.Tiap minggu kami akan jenguk dia dkt asrama. Nampak dia suka sgt apabila kedatangan kami. Dia seorang anak dan adik yang baik. Aku pun taktahu nak cakap macam mana. Sebab mmg dia baik. Mmg aku beryukur dapat adik yg macam dia, berdikari, tolong menolong ,rajin.

Tak lama tu ustaz sekolah dia menawarkan dia ke sebuah madrasah.. Waktu tu dia darjah 3 tak silap aku. Then mak ayah aku pun setuju untuk masukkan dia ke madrasah pula ,ini semua ats penilaian dr ustaznya dr segi pembacaan alquran dan minat dia ingin masuk ke madrasah juga.

Selepas 3 bulan di mardrasah, dia kata dia ramai kawan dekat madrasah ,uastaz semua baik baik. Dia pun dapat improve pembacaan alquran dia. Aku sgt bangga dgn dia.Sewaktu dia berada di darjah 4,madrasahnya ada membuat jamuan dan bacaan yassin untuk student yg akan menempuhi peperiksaan yg besar. Time tu kami sekeluarga berpeluang berjumpa dengan dia. Macam macam dia tanya, dia ada tanya aku “kakak sayang adik tak? ” sudah semestinya jawapan aku, yang aku terlalu sayang pd adik aku.Dia pun berkata “adik sayang akak sampai bila bila. Adik harap adik boleh bawak Ibu Ayah dan akak ke syurga, adik nak kita sama sama masuk syurga “.Aku selalu doakan dia sewaktu dia di madrasah mahupun ada di rumah. Sebenarnya 3 hari sebelum jamuan tu adalah hari lahir aku. Dan selepas adik aku bertnykan aku dgn pelbagai soalan yg agak pelik bg aku, tiba dia bg aku sebidang sejadah. Dia cakap, dia nak bg hadiah sebagai hari lahir aku. Ya Allah aku taktahu nak cakap macam mana perasaan aku. Dia cakap “kakak jangan tinggal solat, kalau kakak sedih akak ngadu pada Allah, kalau kakak rindu adik akak doa dkt Allah semoga doa dpt jd pengubat untuk akak”.Aku agak terharu. Gembira sgt dapat sejadah dr adik sendiri. Dia kumpul duit demi nak beli sebidang sejadah untuk aku. Dia beli sebidanh sejdah sewaktu asrama dia bg dia dgn kawan dia outing, dan dia outing pun dalam jagaan ustaz dan warden asrama juga bukan boleh merayau keluar dgn member pun. Walaupun dia masatu agak kecil kecil tp aku tahu diri dia tak sama dgn umur dia. Dia seperti seorang lelaki yg matang. Berbalik pada cerita aku, aku berterima kasih sbb bg sejadah sebagai hadiah hari lahir aku. Mmg aku hargai sgt. Selepas itu mak&ayah berbual dgn adik aku dan memberi duit simpanan untuk dia guna masa di asrama. Tak lama kami sekeluarga balik kerumah dan meningglkannya di asrama nya.

Selepas seminggu, aku dikejutkan asrama madrasah adik aku terbakar, hampir 90% bangunan asrama adik aku terbakar. Aku hampir pengsan apabila mendengar berita tersebut.Madrasah dia pernah jd kejutan satu malaysia. Tapi nama madrasah aku perlu sebunyikan. Lalu kami terus bergegas ke madrasah adik aku. Kami membaca nama yg selamat. Apabila aku baca dgn teliti, nama adik aku tiada dalam senarai. Masatu aku tak nak syak apa lagi, aku terus tanya kawan kawan dia yg selamat. Sebaliknya mak dan ayah aku mencari adik aku dan bertanyakan kpd ustaz yg selamat. Kawan adik aku cakap adik aku dah takda dgn penuh kesedihan. Aku seakan tak percaya dgn ketiadaan dia. Taktahu nak ungkap macam mana. Masatu Allah je tahu betapa sedihnya aku. Aku jatuh rebah terus bila dgr. Aku dah tak fikir apa apa dah. Dan kami terus ke hospital untuk pengencaman identiti. Aku tak sanggup nak pergi tgk. Waktu dkt hospital tu air mata aku tak henti turun sampailah selamat dikebumikan bersama jenazah lain yg turut terkoban. Mereka ditanam didalam liang lahad yg sama.

Balik dari pengebumian adik aku, aku teringat senyuman dia yg penuh ikhlas beri sejadah sebagai hadiah hari lahir aku. Ya Allah sedihnya ya Allah. Menitis air mata saya bila tulis ni. Tapi sewaktu kami melawat dia waktu jamuan tu macam macam dia tanya. Aku pun jawap jelah dengan spontan. Rasa bahagia sgt sejak dia lahir sampai lah dia umur 10 tahun. Kalaulah aku bayang senyuman dia, kata kata dia automatik air mata laju jatuh. Hati ni tak terungkap dah.Sayu je tengok gamba gamba dia yg dulu. Boleh dikatakan tiap hr lepas solat isyak mesti aku tatap muka dia. Dalam hati “adik, akak rindu adik”.Kadang suka jugak cerita kat kawan aku pasal adik aku.

Aku rindu sgt adik aku. Aku tak boleh bayang macamana dia hadapi kebakaran tu. Aku tak dapat bayang jeritan dia, tangisan. ALLAH je faham perasaan aku, aku luah saja pd Allah. Adik ,akak rindu adik. Takpelah dik, sudah lama kau tinggalkan akak, ibu ayah. Kami sekeluarga mmg rindukan kamu, tetapi doa saja jd pengubat segala rindu. Pasti syurga buat awak adik. Akak harap sgt nt awak dpt pimpin ibu ayah dan akak masuk syurga. Bahagia lah kamu disana. Semoga bersama org org beriman .Alfatihah.

Yang dirindui,

– -Kakak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit