Anak Syurga

Assalamualaikum semua.

sebelum tu, sy rasa kalau ada kawan2 yg terbaca confession ni dan yg tahu kisah sy ni, buat-buat tak tahu jela eh.

Sebagai mukadimah, saya seorang ibu kepada anak syurga berumur 30 tahun. Sy berkahwin pada 2012. Mengandung buat kali pertama pada November 2015. Kemudian miscarriage pada Januari 2016. Seterusnya, April 2016, sy mengandung kali kedua.

Kisah anak syurga saya bermula di sini. Alhamdulillah saya jenis mengandung tanpa sebarang alahan. Suami yang merasakan smua alahan-alahan tu. Tapi pada 14 weeks, setelah MOGTT atau pun lebih dkenali sebagai “minum gula”, saya ada GDM (kencing manis ketika mengandung). Bermula lah episod BSP 4 kali sehari. Sehingga la doktor merasakan bahawa sy sememangnya tidak boleh control bacaan gula, sy diberikan Metformin. Kemudian bacaan gula saya jadi lebih terkawal. Pada 28 minggu, saya telah melakukan “detail scan” untuk melihat organ-organ dalaman anak sy dan alhamdulillah semua dalam keadaan baik.

Pada 34 minggu, setelah rutin check up bersama doktor, tekanan darah saya didapati 140/95 dengan +1 kandungan protein dlm urin. Doktor pada ketika itu terus merujuk saya ke unit kecemasan hospital dan saya pun di tahan untuk pemeriksaan lanjut. Sepanjang berada di hospital, bacaan tekanan darah saya di bawah 140/90 sahaja.

Doktor pakar pertama (sy namankan sebagai doktor A) yg “round” pesakit menetapkan sy mengambil LABETALOL 2 biji sekali makan sebanyak 3 kali sehari, bermaksud 6 biji sehari. Bacaan tekanan darah sy turun sehingga 110/60. Keesokan harinya, doktor pakar lain pula, memeriksa data sy mengatakan tidak elok jika tekanan darah terlalu rendah untuk ibu mengandung. Dos Labetalol dikurangkan kepada sebiji sekali, 3 kali sehari dan akan discharge pada esok hari nya. Tengah hari pada hari yang sama, nurse telah memeriksa tekanan darah saya, dalam keadaaan panas membahang, bising dengan pelawat, renovation atap di buat betul2 berhadapan dengan wad sy, tekanan darah sy menjadi 150/90. Dan nurse tersebut cuma mengambil sekali sahaja bacaan, tiada ulangan sedangkan nurse lain pasti akan mengulangi bacaan tersebut.

Apabila petang, doktor lain pula yang “round”, melihatkan rekod tekanan darah sy yang tengah hari itu tidak cantik, dia telah membatalkan plan discharge doktor yang pagi tadi. Keesokan paginya, doktor A menaikkan semula dos labetalol kepada 6 biji sehari. Saya agak pelik kenapa banyak sekali dos yang diberikan kepada sy. Kerana pada masa yg sama, sepupu saya yang tekanan darahnya lebih tinggi daripada sy iaitu antara 150/90 dan mempunyai ciri-ciri pre-eclampsia seperti mual, lihat bintang-bintang, pening, tidak diberikan sebarang ubat kepadanya. Namun, siapa la sy untuk mempertikaikan kemahiran seorang doktor. Lalu, sy di discharge setelah doktor berpuas hati dengan bacaan tekanan darah sy yang di bawah 110/60.

Apa yang sy perasan selepas itu, anak sya jd kurang aktif. Dia banyak mengeras daripada bergerak. Pada waktu itu, sy ingatkan itu perkara biasa kerana baby semakin membesar. Seterusnya pada 36 minggu, saya ke hospital untuk temujanji pakar O&G, ketika di ultrasound, doktor pda ketika itu mendapati bahawa saluran darah saya ke baby sudah tidak berapa elok. Doktor tunjuk kepada saya graf yang ke bawah menunjukkan ianya sudah tidak “cantik” lagi. Lalu doktor tersebut mengarahkan utk emergency czr. Sy sangat positif pada ketika itu. Tak terlintas langsung difikiran bahawa itu adalah kali terakhir sy akan merasa gerak anak yg saya dan suami tunggu sekian lama.

Setelah selesai pembedahan, saya pelik kerana tiada terdengar tangisan anak sy. Ketika sy diletakkan di ruang menunggu selepas habis pembedahan, saya bertanya kepada nurse disitu dan mereka hanya menyatakan bahawa doktor kanak-kanak akan memberi penerangan. Hati sy sedikit risau. Setelah doktor terangkan bahawa pernafasan anak sy hanya 40% dan sekarang di letakkan di inkubator untuk bantuan pernafasan, saya berdoa semoga anak sy selamat.

Saya dipindahkan ke wad biasa dan suami datang membawa khabar bahawa pernafasan anak kami telah 100%. Saya besyukur sangat pada masa tu. Tak sabar tunggu esok hari untuk berjumpa dengan nya. Namun, smpai ke tengah malam dalam pukul 11 malam, wad kanak-kanak menghubungi saya dan meminta saya untuk datang ke wad kanak-kanak, namun saya tidak boleh bergerak kerana bius masih bersisa. Saya meminta suami pergi. Setelah bberapa ketika, suami kembali dengan muka tenang, dan mengatakan anak kami cuma ada 50-50 sahaja kerana jantungnya tidak dapat mengepam oksigen. Saya masih bertenang kerana suami kelihatan tenang. Namun dalam hati saya berdoa sesungguh-sungguhnya untuk anak saya diselamatkan. Pada pukul12 lebih, suami datang semula mencari diapers dan kain batik. Saya pelik kenapa kain batik. Tetapi suami kata, mereka hendak membersihkan baby. Diapers tiada dalam bakul bajunya. Saya terus bertanya dalam group whatsapp family jika mereka terlupa meletakkan diapers tersebut dalam bakul. Tidak lama selepas itu, adik sy telah menghantar personal whatsapp yg menyatakan anak sy telah tiada. Rupa-rupanya ketika suami meminta kain batik itu tujuannya untuk membungkus anak saya dan meletakkannya di bilik mayat. Suami tidak mahu saya tahu kerana risau saya akan lebih sakit. Dia menyimpan sendiri tangisnya, sedihnya seorang diri.

Saya menangis semahunya. semahu-mahunya. tiada langsung terlintas di fikiran bahawa anak sy yg tak sempat sy susukan, tak sempat sy dengar suaranya, tak sempat sy lihat matanya terbuka itu akan meninggalkan sy secepat itu. Sakit czr langsung hilang. Alhamdulillah, suami, keluarga dan kawan-kawan lah yang banyak membantu sy. Jika mereka tiada, rasanya sy boleh jadi gila.

Sebenarnya, apa yang saya nk kongsikan dan sebenarnya saya ingin tanyakan. Apakah tindakan yg boleh saya ambil ke atas Doktor A sekiranya memang terbukti bahawa tindakannya memberikan saya dos labetalol yang tinggi sedangkan tekanan darah sy tidak terlalu kritikal itu merupakan punca anak saya meninggal dunia selepas 6 jam dilahirkan akibat komplikasi jantung? Sy telah merujuk kepada seorang doktor, dan beliau menyatakan bahawa untuk bacaan tekanan darah seperti itu (140/90) tidak sepatutnya diberikan dos labetalol yang tinggi sehingga 6 biji sehari. Ada ubat darah tinggi yang lebih sesuai sepatutnya diberikan kepada ibu mengandung.

Sesiapa yang ada pengalaman mengambil labetalol ketika mengandung, boleh share berapa bacaan tekanan darah sebelum di berikan labetalol dan berapa dos labetalol yang diberikan.

Saya telah menerima hakikat, dan redha Allah mengambil semula cahaya mata kami. Dan sy juga bersyukur Allah berikan kami nikmat pada hari akhirat kelak. Namun, jika benar asbab kepada pemergian anak syurga saya itu adalah disebabkan kecuaian doktor tersebut, saya harus mengambil tindakan.

Terima kasih.

– Ibu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *