Anak Syurga II

Untuk Part I, (https://iiumc.com/anak-syurga-5/).

Assalamualaikum. Sorry aku muncul lagi. Aku terharu baca komen korang semua. Allah. Kuat la semua yang senasib atau yang belum pernah merasa ada zuriat. Kalian hebat. Semua ibu2 dan bapa2 pun hebat. Sebab tu aku cakap, tolong jangan lupa jasa mak ayah korang. Diorg la asbab korang berjaya sekarang.

Aku tak sangka ramai mendoakan. Terima kasih. Syukur alhamdulillah Allah bagi peluang aku merasa semua ni dan dapat kongsi kisah dengan korang. Buat parent NICU bertahanlah, banyakkan doa, zikir dan kuatlah. Buat nurse2 dan doc NICU terima kasih, sesungguhnya kerja kalian sangat mulia. Ada nurse jaga anak aku add fb aku then die suh aku anggap die dgn kawan-kawan die macam mak angkat anak aku. Aku jumpa ramai orang baik.

Lepas seminggu arwah pergi aku dengan suami dah balik rumah sewa kami dan packing siap2 baju-baju arwah ( yang tak pernah sehelai pun die dapat sarung ), napkin, topi dengan stroller semua. Semoga lepas ni ada rezeki untuk adik2 arwah pakai barang2 ni. Aku tak bersalin normal so kena tunggu 2tahun. Susu pun masih ade, dulu aku menangis2 masa pam susu sambil doa nak susu banyak untuk arwah sebab arwah muntah bila minum susu hospital bagi. Sekarang aku pandang sayu je susu aku :’)

Lepas anak dah takde, nanti ade nurse akan call untuk datang melawat sambil nak amik macam2 maklumat pasal kau dengan anak kau. Anak aku baru pergi sebenarnya. Harini genap 2minggu. So lepas ni aku nak habiskan masa teman suami aku dulu dengan family kitorang. Lepas tu baru fikir pasal kerja aku yang aku tangguh.

Ok, ni last aku hantar confession, aku harap yang mana ada parents tu selalu2 call dan jenguk diorg, mana2 ada anak sihat jaga anak dan pastikan anak ade vaksin, mana2 ade anak xsihat aku harap anak korang cepat sihat then korang kuat tempuh dugaan, mana2 belum rasa pengalaman jadi ibu lagi usaha try test segala macam dan jangan putus ase, aku doakan semua korang bahagia dan kuat!

Sesiapa yang rasa kehilangan macam aku, harap korang kuat, nak nangis nangis lah, janji kau ingat ni semua qada dan qadar dari Allah. Jangan kau sampai salahkan diri,orang lain atau takdir. Memang sedih, rasa tak percaya, macam mimpi, tapi Allah ada. Dia tak kan aniaya kau. Percayalah.

Jangan kau tahan sangat perasaan kau, takut kau sendiri stress nanti, carik la sesapa yang rapat dengan kau untuk kau luahkan, buat pasangan atau keluarga, jadilah pendengar yang baik. Gunakan skill pujukan yang paling power untuk memujuk. Hidup kena diteruskan, fighting!

Doakan kami suami isteri ok? Btw ada pulak orang tahu sapa aku, kah! Die baca confession aku semalam then pm aku. Die manusia yang memang Allah bagi untuk kuatkan aku lagi, ko tau ko sape kan. Aku sayang kau sampai mati :D

Semoga korang semua dalam lindungan Allah.. wassalam.

Perindu sepenuh masa,

– Mrs In

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *