Assalamualaikum wbt. Sebenarnya, aku nak buat confession ni lepas terbaca confession “Rezeki Terpijak” (https://iiumc.com/rezeki-terpijak/).
Aku Li, seorang lelaki awal 30an. Anak ke dua dari enam orang adik beradik. Aku dengan Abang aku beza setahun je. Adik lepas aku beza empat tahun. Nampak sangat aku ni un-planned atau Anak tak dirancang. Walaupun aku un-planned, aku tahu, parents aku redha dengan rezeki dapat anak ke dua tu.
Sakit gak hati baca confession pasal Anak tak di sayang tu. Sebab, membesar aku tahu aku tak dapat layanan yang setara dengan Abang aku. Aku, baju pun recycle abang aku punya. Buku jangan cakap lah, memang recyle je semua.
Satu kali, aku darjah 3, ustazah aku “Sound” aku, masa sekolah agama. Sebab, sekolah Agama negeri aku ni, dia ada bahagian latihan. Tapi, sebabkan aku recycle buku abang aku, so bahagian latihan tu dah berisi. Bila nak submit, aku kena tulis balik dekat buku lain.
Ustazah pun pelik, kenapa aku hantar buku nota kecil, instead of buku latihan tu. Sebab parents aku tak belikan aku buku tu. Membazair. Tapi, aku cuba pujuk hati ni dengan bagitahu diri sendiri yang, adik-adik aku masih kecik. Dan parents aku tak mampu.
Aku cuba untuk redha, tapi sesungguhnya berdamai dengan takdir itu susah. Now talking about birthday. Adik beradik aku yang lain, siap parents aku celebrate birthday, jemput kawan-kawan diorang lagi.
Aku ingat, masa aku darjah 4, birthday Abang aku, mak aku buatkan chocolate moist cake untuk birthday dia, siap pakej jemput jiran dan kawan-kawan abang aku lagi. (Ada gambar ya) Tapi Sampai masa aku, habuk pun takde. Just a mere wish.. Sedih bila fikir balik. Cuz it hurts to the core bila kau yang kena galas kesakitan tu.
Tapi, benda ni jadi gak dekat kawan baik aku, so kitorang make a pact, every year kami akan celebrate birthday masing-masing, beli balik kenangan dan excitement yang kami tak dapat masa kecik. Rasa macam petty kan? Tapi its is part of our healing journey.
Then, kalau bab jaga adik-adik. Confirm abang aku menggeliat, dia dah di besarkan dengan “Authority” yang semua kena ikut cakap dia. Dia typical boss yang, “Aku bagi arahan, kau buat je”. Sambil aku goyang kaki. Kalau bab mak aku suruh buat kerja rumah, selalunya aku yang akan kena. Dari jaga adik, sampai ke masak.
Kalau mak dan ayah aku nak keluar, Aku yang akan kena jaga adik-adik. Abang aku pulak pergi lepak dengan kawan-kawan dia. Alasan pergi masjid, sampai ke isyak. Tapi, ada silver lining jugak lah, atleast adik-adik aku rapat dengan aku. Dan aku reti juga buat house chores. Aku train adik-adik aku sekali buat house chores. Masa raya, aku penggerak dan delegate task.
Bab masak, Ayah aku siap train aku dari darjah 3 siang ikan. Takde nye train, dia bagi aku ikan, then dia suruh aku siang. Ikan sardin tu, kau bayangkan tangan kecik delicate tu nak menyiang. Hasilnya, aku teror bab menyiang. Cuma yang tak adilnya, Abang aku tak perlu buat benda ni. Bitter bila jadi dengan aku.
Masa aku darjah 6, pernah mak aku pulang dari pasar dan bawak ikan, masa siang tu sirip belakang tu, tercucuk kat jari aku. Sakit oi. Tapi, kau cuba lah mengadu, confirm kau akan dipersalahkan. Abang aku, memang leceh bab nak siang ikan. Dia baru nak improve diri masa umur 30an ni. Seriau aku tengok cara dia siang ikan. Ikan tu dah mati dah Abang oi, takyah nak siksa lagi.
Masa membesar, kami tidur kat katil double decker. Tapi, kipas dinding tu satu je weh. Dan semuanya ke arah abang aku. Akau akan diam-diam, gerakkan ke arah aku. Aku duduk katil bawah. Tapi, once abang aku perasan, dia akan alihkan 100% balik ke arah dia.
Masa aku, darjah 6, balik sekolah agama, aku kena pergi tuisyen malam, jalan kaki dalam 3 km, abang aku pergi rembat aku, sebab aku tak masak-kan nasi. Ni semua sebab Abah aku bagi abang aku un-controlled authority towards others siblings.
Abang aku, paling aku tak boleh terima, dia bawak kawak-kawan dia datang kat rumah masa parents aku tak ada. Aku ada sorang adik perempuan kut. Then dia suruh kami keluar dan biar dorang semua kat dalam rumah.
So adik-adik aku ni Polos, tak tahu apa, pergi lah berlari-lari depan rumah masa maghrib, aku lah yang jaga (Aku duk kawasan kampung), Abang aku dengan kawan-kawan dia? Tengok video yang tak senonoh, Siap tutup langsir semua, tak nak bagi kitorang nampak.
Tak pasti mana dia dapat. Masa tu zaman CD. Aku tahu pun sebab, kebetulan cousin sebayan aku datang, dan aku bagitahu yang abang aku suh kami semua keluar, pergi bermain maghrin-maghrib. Aku tak reti nak provoke.
Walaupun, aku tahu je parents aku sayang aku. Cuma, ketidak-adilan masa membesar tu betul-betul beri kesan sampai sekarang. Authority were always meant for Abang sulung aku, Kelebihan semua dia yang dapat.
Sekarang, syukur aku dah ada career dan kerja yang stabil. Adik-adik pun dah besar, syukur ada yang masuk Universiti, berkerja dan bergraduasi. Hasil aku kerja keras lepas graduate dulu(A part of).
Abang aku? Aku sedih sebenarnya, sebab dia ni ada kepimpinan yang bagus, cuma short minded sikit. Always tak boleh kerja bawah orang, tapi buat bisnes pun susah, asyik bangun tinggi hari jer. Dia pilih untuk tidak berkerja, padahal dia ada diploma. Aku dah push, sebab kitorang bukan orang senang. Masa aku sambung degree, dia siap pesan
“Jangan sambung degree lama-lama, Abang pun nak sambung”, tiber si terpaling berkorban. Tapi aku dah cantas dia, sebab aku dapat JPA, so aku pesan kat dia, suruh sambung belajar, sebab aku tak mintak duit parents aku dah since aku dapat JPA. Tapi dia yang tak nak sambung. Tapi, itu pilihan dia.
Aku cuba istighfar, tapi kadang nafsu amarah tu memang membuak. Sakit membesar dengan ketidak-adilan ni buat aku tak tenang. Yang selalu remind aku? Adik-adik aku. Syukur dorang selalu sedarkan, kalau aku dah ter kasar or menyinggung perasaan parents aku. Parah juga bila selalu bottle up ni, bawa ke besar.
Aku selalu spoilt my parents and take care of monthly groceries. Aku tak lupa kan dorang. Doakan lah aku untuk redha dan stop benda ni kat aku je. Aku tengok parents aku ni, dorang dapat benda ni dari Atok Nenek aku, dan they repeat the same cycle. Itu yang buat aku risau untuk berkeluarga, am I going to be a good father?
Banyak je lagi ketidakadilan, sebab membesar dari keluarga yang adik-beradik ramai ni. Bagi tips tuk move on dari sakit zaman kecik ni. Please. Aku dah try, tapi sungguh ianya susah..
– Li (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
kesiannye… semoga mama dapat berlaku adil utk anak2 mama…. mama cukup dah dengan 2 anak.. semoga rezeki anak beralih ke arah kawan kawan mama yg belum ada ank. aminnn
TT.. let go.
Its not easy, but it can be done.
Letting go is not for him, not for your parents.
But.. for u. Love yourself more. Pity yourself more.
Let go.
Setiap hari, tuliskan kesyukuran utk hari ini. Setiap memori pahit tu, tulis dalam journal. Then at the bottom tulis :
“Ya Allah, aku syukur dan aku redha atas memori ini.”
Tak perlu cari alasan utk syukur n redha. Just practice, practice, practice sampai u can recall that memory tanpa ada emosi.
Then, u know that u have Let Go.
Bila hati rasa sakit, letak tgn kanan kat dada, hadiah Fatihah utk diri sendiri. Cakap kat diri, aku syukur, aku redha, aku nak let go.
Maafkan mak ayah. They have limited knowledge, limited parenting skills.
Maafkan abang. Kesian dia hidup dia jadi guinea pig. Dah jadi buluh dah pun. Kesian bakal anak bini dia. You wouldn’t want to trade places with him.
Redha dgn jalan yg Allah dah tulis utk u, trust me, your life will soar high.