Aku Meme (bukan nama sebenar). Bekerja dan mempunyai anak. Disamping itu sedang menjaga Mak Mertua.
Mak Mertua umur dah lanjut, masih sihat tubuh badan (90 percent boleh uruskan diri sendiri), cuma ingatan je dah tak ada, jenis 5 minit dah lupa apa yang berlaku sebelum itu.
Bab Mak Mertua ni pulak memang kebanyakkan masa kami suami isteri jadi stress. Sebab utamanya peel Mak Mertua tak macam orang dewasa, dah macam budak-budak umur 3-4 tahun.
Jadi nak menjaga tu sangatlah mencabar.
Tapi nak cerita ni bukan pasal Mak Mertua sebab Alhamdulillah bab itu kami rasa kami boleh handle lagi. Cuma aku nak luahkan bab anak-anak (adik beradik suami).
Suami ada ramai adik beradik dan kebanyakkannya tinggal berdekatan, cuma daerah je berlainan. Tu pun jarak tak lebih dari 35 minit dari rumah kami (tak kena bayar tol pun).
Dan kebanyakkan adik beradik suami ada yang jenis ulang-alik yang laluannya dekat dengan area rumah kami. Jadi secara normalnya tak ada masalah untuk mereka datang menjenguk Mak Mertua.
Walaupun sebelum ada COVID19, mereka bab melawat Mak Mertua sangatlah jarang-jarang. Banyak-banyak kali kami jemput dan ajak datang ke rumah pun susah nak ditunaikan.
Nak kata datang tu kena bawak apa-apa (untuk mak mereka), tak perlu.
Bahkan kami suami isteri yang sediakan macam-macam untuk meraikan mereka. Kalau boleh kami nak bagi mereka seselesa yang boleh di rumah kami tu.
Itu kalau hari-hari biasa, di Aidilfitri dan Aidiladha pun mereka macam tiada budaya berhari raya dengan mak sendiri.
Datang beraya hanya bila dah puas beraya kat tempat lain, umpama beraya dengan jiran sahaja.
Suami dah banyak kali mengajak adik beradik berkumpul di rumah kami untuk beraya bersama mak mereka pada hari raya pertama atau kedua, tapi dipandang sepi oleh semua.
Kadang-kadang aku rasa kesiannya kat Mak Mertua. Sampainya hati anak-anak tak datang melawat mak sendiri.
Kesian kenapalah bila hari raya pun masing-masing takda hati dan perasaan nak beraya dengan mak.
FYI, Mak Mertua masa sihatnya terpaling kuat buat kerja. Mak Mertua suri rumah yang pandai masak, pengemas dan jaga anak semua sendiri.
Tak ada alasan Mak Mertua tu dulu tak disukai oleh anak-anak.
Kami tak pernah minta duit or apa-apa pun sebab jaga Mak Mertua. Cuma jenguk-jenguklah mak tu.
Maaf kalau tulisan aku pendek dan kalian jadi salah maksud.
– Meme (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit