Anak Tak Pernah Minta Dilahirkan

Terima kasih admin untuk post luahan hati ini.

Anak tak minta dilahirkan, mak ayah yang nak anak. Mungkin ayat ni agak kontroversial dan mungkin akan ada yang terasa dengan ayat ni.

Intro sikit, tahun ni aku berumur 25 tahun, sihat tubuh badan dan sempurna secara fizikal. Aku baru hantar notis berhenti kerja 24 jam beberapa bulan lalu. Aku tak mempunyai apa jenis komitmen, kedua mak ayah masih bekerja.

Balik ke tajuk ni. Anak tak minta dilahirkan, mak ayah yang nak anak.

Kepada mak ayah kat luar sana, baca ayat tu berulang kali dan fahamkan. Aku google dan aku baca apa tanggungjawab anak. Jawapan yang aku dapat dari website mufti:

Semasa hidup:

1. Berbuat baik kepada ibu bapa.

2. Tidak meninggikan suara.

3. Membantu dari sudut kemampuan setakat mampu.

4. Taat dan tidak derhaka.

5. Sentiasa berdoa untuk mereka.

Selepas kematian:

1. Langsaikan hutang dengan Allah.

2. Langsaikan hutang dengan manusia.

3. Sentiasa berdoa untuk mereka.

4. Menziarahi sahabat-sahabat.

5. Sedekah untuk mereka.

Aku nak fokuskan kepada semasa mak ayah masih hidup.

1. Buat baik. Macam mana seorang anak nak buat baik kepada mak ayah kalau mak ayah tak baik dengan anak? Logik atau adil tak macam tu?

2. Tidak meninggikan suara. Bila anak asyik dimarah, disergah, dimalukan, macam mana seorang anak nak hadap semua tu? Adakah seorang anak harus menjadi lebih matang dan sabar daripada orang tuanya untuk menjaga mulut dan percakapan?

3. Membantu setakat yang mampu. Betul, anak muda lebih bertenaga. Tapi adakah itu sebab untuk ada anak? Supaya ada orang gaji/orang suruhan untuk melakukan apa yang mak ayah nak?

4. Taat dan tidak derhaka. Bila anak dah tidak tahan dengan layanan orang tuanya, bagaimana untuk terus taat?

Secara asasnya, semua orang dilahirkan baik hatinya tapi keadaan sekeliling yang memburukkanya. Bagaimana untuk tidak derhaka sekiranya mak ayah yang memburukkan hati anaknya?

5. Sentiasa berdoa untuk mereka. Ini merupakan platform terakhir seorang anak untuk meluahkan isi hati kepada Allah SWT kerana Allah maha mendengar, berbeza dengan mak ayah.

Kerana lambat laun, Allah SWT akan makbulkan segala doa dan keinginan kita. InshaAllah.

Sekarang aku nak bagi contoh “anak tak minta dilahirkan, mak ayah yang nak mempunyai anak.”

1. Seorang anak didapati kurang sempurna dalam kandungan seorang ibu. Dan diberi pilihan oleh doktor pakar samaada untuk teruskan atau menamatkan kandungan itu.

Dan si ibu memilih untuk teruskan, setelah dilahirkan, didapati anak kurang sempurna, memerlukan alat pernafasan, memerlukan beg stoma, dan sebagainya dan anak yang kesian itu terpaksa melalui kehidupan yang sukar ini.

2. Mak ayah bukan dari keluarga senang. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Anak dilahirkan untuk menjadi orang suruhan.

Dibesarkan tanpa cukup zat dan khasiat. Dipaksa buat apa saja, dengan harapan dapat meringankan beban dan dapat keluarkan keluarga dari belenggu kemiskinan.

Bukan ke itu tanggungjawab mak ayah? Untuk menyediakan kehidupan senang untuk keluarga?

3. Mak ayah orang senang. Tapi sentiasa sibuk bekerja. Anak diberi pendidikan, masuk universiti terkemuka untuk mendapat kerja elok.

Anak dijadikan safety net/payung kecemasan/plan untuk bersara pada hari tua mereka. Bukankah itu tanggungjawab mak ayah? Untuk merancang kewangan pada hari tua mereka??

Betul anak itu rezeki, tapi jangan pernah lupa anak juga sebuah amanah yang harus dijaga. Anak ni cerminan orang tuanya, sekiranya baik orang tuanya, inshaAllah baik anaknya. Anak ni tak pernah minta dilahirkan, mak ayah yang nak anak.

Kepada mak ayah diluar sana, sekiranya tak mampu untuk menjaga amanah, bukan semata dari segi kewangan saja, merancang la keluarga sebaik mungkin. Boleh je pergi klinik kerajaan untuk dapatkan ubat/alat pencegah kehamilan.

Jangan la diseksa jiwa anak yang dilahirkan suci bersih. Sebelum merancang nak ada anak, mungkin boleh betulkan atau cari tahu niat untuk ada anak ni. Adakah untuk menambah umat Nabi Muhammad SAW atau untuk sebaliknya?

Akhir kata, aku minta maaf kalau ada terguris hati siapa2, tersalah cakap. Yang buruk dari aku, yang baik semestinya dari Allah SWT.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *