Untuk part I, (https://iiumc.com/anak-tak-sah-taraf-bahagia/).
Hi semua. Terima kasih admin page IIUM Confession sebab aprove post saya. Bertemu kita lagi sekali sebab saya nak respon tentang post seorang ibu saudara yang memiliki anak saudara yang istimewa macam saya.
Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/anak-saudaraku-anak-tak-sah-taraf/)
Firstly, saya nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada semua yang komen dekat post saya sebelum ni. Saya baca semua komen anda-anda semua dan terima kasih untuk segala kata-kata yang baik dan doa-doa yang baik. Mudah-mudahan, doa itu akan kembali kepada anda semua.
Untuk ibu saudara yang prihatin dan baik, semoga Allah merahmati anda. Saya faham segala kegusaran yang bersarang di hati puan. Sedikit pengalaman yang saya lalui, ini yang saya kongsikan.
Saya tak ingat bila Allah jentik hati saya tentang perkara ni, cuma ianya seolah-olah berlaku macam tu sahaja. Nama saya tiada binti. Sebagai contoh, Ann Muhammad. Ini contoh sahaja.
Mungkin atas sebab inilah saya tak pernah syak apa-apa atau mungkin atas izin Allah, Allah menutup perkara itu dari bermain difikiran saya. So, ia nampak normal dan saya tak pernah terperasankan tentang ‘binti’ yang missing itu. Mungkin sebab Allah menjaga aib saya, aib ibu ayah saya.
Tapi, saya adalah syak serba sedikit lepas saya dah remaja. Masa tu saya masih di IPTA, mungkin sebab saya pun dah makin dewasa masa ni.
Saya beranikan diri bertanya pada ibu saudara saya yang paling rapat, dan dia berterus terang dengan jujur. Besoknya, nenek dan beberapa orang ibu saudara saya yang lain terus menceritakan hal yang sebenar.
So, kebenaran itu jelas bila saya dah matang, dah boleh fikir segala baik buruk. Tentang anak saudara puan, saya agak tak pasti sebab dia sendiri masih kecil dan saya tak tahu nak expect macam mana reaction dia. Cuma yang boleh saya nasihatkan, jujur bila dia dah nampak bersedia.b
Kadang-kadang memang sukar. Of course perkara ni sangat sukar.
Sebagai salah seorang yang dilahirkan macam ni, apa yang saya boleh tekankan adalah perlu berlaku jujur supaya tak timbul masalah di kemudian hari. Sebab ini melibatkan nasab dan keturunan. Bukan perkara yang boleh kita ambil mudah. Tolonglah jangan.
Memang masa nak bernikah agak sukar tapi berdoalah yang Allah ada bersama kita. Memang masih wujud mereka yang sukar nak terima status macam ni. Saya melaluinya. Sebab tu apabila kenal dengan suami dan kami jadi lebih rapat, saya terus berlaku jujur.
Mungkin nasib saya agak baik sebab dapat suami dan keluarganya yang faham keadaan diri saya. Saya tak minta pun lahir macam ni, dah tertulis dalam takdir saya.
Saya harap, puan temui jalan penyelesaian yang terbaik untuk anak buah puan. Tolong sayangi dia dan jaga dia baik-baik. Saya doakan yang terbaik untuknya dengan seikhlas hati saya.
– Ann (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit