Anak Tak Suka Bapak

Masa muda kita boleh jadi apa saja.. Bila makin tua, anak2 saja la dunia kita. 

Sama jugak dengan kami. Sapa ja tak pernah buat salah. Suami masa muda kerja dengan ah long. 

Senang cakap macam samseng la. Bila kahwin dengan saya, dapat anak sulung. Dia sangat gembira. 

Anak sulung pulak lelaki lagi dia gembira.. Selalu dia cerita impian dia nak anak berjaya. 

Dia tak izinkan saya pukul anak. Kalau saya marah pun dia akan marah saya balik. 

Dia layan anak macam raja. Bila anak kian membesar, dia mula faham macam2. Anak2 kami semua pandai2. Cepat tangkap. 

Anak sulung masa umur dia belasan tahun, dia dapat tahu ayah dia siapa. Mula la dia tak suka ayah dia. 

Suami sebenarnya sangat panas baran dengan semua orang kecuali dengan anak2. 

Boleh nampak betapa suami hormat anak2 dia. Sepatah pun dia tak akan cakap bila anak soal2 dia even sampai sekarang. 

Tapi bila anak sulung makin tak suka ayah dia. Dia cakap nak sekolah asrama. 

Suami terpaksa akur demi kebahgian anak walaupun suami nak anak depan mata. 

Anak selalu soal saya, kenapa ibu kahwin dengan ayah walaupun tahu ayah kerja apa sedangkan ibu belajar bagus. 

Kenapa ibu bodoh sangat terima ayah. Dah tak de laki lain dah ke dan macam2 lagi la soalan. Siap suruh saya bercerai dngan suami. 

Tapi di mata saya, dia la suami dan ayah yang sangat baik. Saya kenal dia luar dalam. Walaupun dia mungkin samseng, tapi di rumah hati dia sangat rapuh. 

Biasanya, apa anak sulung buat, anak2 lain akan ikut. Sebab abang ni contoh untuk adik2. 

So dua lagi anak saya, yang bongsu tu perempuan. Anak saya tiga ja semua mula menjauhkan diri dari ayah. 

Apa2 ibu saja la. Nak mintak duit ke, kongsi apa berlaku kat sekolah ke. Anak2 hanya rapat dengan saya ja. 

Kalau suami ada, masing2 duduk dalam bilik. Keluar bila suami tak de. Kecuali anak sulung. 

So suami nak anak2 happy, dia jarang balik. Balik pun lewat malam lepas tu curi2 pergi tengok anak masa budak2 ni tido. 

Anak2 kalau ada, suami nak dekat dengan saya pun takut. Sebab ada sekali anak sulung macam pertikai pulak suami keluar dari bilik saya. 

Bagi anak sulung ni, tak payah dah tidur dengan ayah. Dia akan diam kalau tengok ayah dia tidur dekat sofa. Baru dia lega kot.

Kalau suami tidur kat bilik saya dia tak akan suka. Ada la apa2 dia tak puas hati. Nak psiko saya benci ayah dia kot. Katanya takut ibu mengandung. 

Ya Allah apa benda la budak ni. Dia rasa dia belajar tinggi sangat sampai ingat kami ni bodoh sangat? Kami ni tak fikir saya akan mengandung ke tak. 

Rasa malu sangat dengan kata2 anak. Kalau suami tak tido dengan saya nak tido dengan sapa. Tapi otak anak sulung ni lain macam. 

Dua lagi anak macam takut dengan ayah mereka. Tapi anak sulung kuat membantah ayah mereka. 

Yang sulung ni sentiasa kondem ayah dia. Dia berani ja cakap depan2 ayah dia apa pun dia tak puas hati. 

Sebab tahu kot suami tak akan buat apa2. Suami akan diam ja. Dah hilang rasa takut jauh sekali rasa hormat pada suami. 

Senang cakap anak sulung makin kurang ajar dengan ayah dia. Dia rasa dia ja betul. Belagak sangat dengan kerja dan pelajaran tinggi dia. 

Keadaan ni berterusan sangat lama. Anak2 yang lain mula duduk asrama. Hubungan dah makin rengang dengan kami. 

Budak2 balik masa cuti. Cuti pun banyak di habiskan tingal dengan nenek mereka. 

Suami pernah cakap dekat anak sulung, zaman tu bukan mudah nak tingal dunia tu. Tambah2 ada keluarga. Suami kata satu kaki dah langkah, tak senang untuk tarik keluar. 

Tapi usia anak yang muda tak mampu faham semua tu. Mula la memandang suami macam orang jahat. 

Soalan2 dia kenapa tak macam tu, kenapa tak macam ni tak mampu suami jawab. Sebab bukan semudah tu untuk tingal dunia tu. 

Tapi sekarang dah lama dah suami tingal dunia tu. Dah pernah masuk penjara pun. Suami pun dan umur 53 dah. 

Suami kerja sendiri sekarang ni. Anak2 pun dah besar. Semua dah berjaya. Pelajaran bagus. Kerja elok2. 

Tapi masih lagi pandang suami macam penjenayah walaupun suami dah pernah mintak maaf. 

Oh ya, kan saya cakap anak2 akan balik rumah nenek kan. Nenek tu ibu kepada suami saya. 

Bila mak mertua makin tak sihat.. Anak2 lain tak nak jaga. Sebab mak mertua dah nyanyuk. 

Tapi suami nak ja jaga walaupun mula2 cakap rotation. Sebab anak sulung beriya nak bawak jaga. Anak sulung sangat sayang nenek. Tapi anak jarang2 ada rumah. 

Mak mertua nyanyuk makin teruk. Selalu buat benda2 tak masuk akal. Contoh macam pergi basuh muka dengan air kotor dalam besen. 

Tak nak mandi. Makan tak nak basuh tangan. Pergi gali2 sampah. So suami akan tegur. Tapi suami kan baran.. Nada dia akan keras. Kalau tak mak dia tak nak dengar. 

Mak basuh tangan dulu sebelum makan. Mak air tu kotor kan.. Mak dah berapa hari tak nak mandi ni.. Mak jangan sentuh benda2 kotor. 

Nada teguran dia yang keras tu anak2 tak suka. Bagi anak sulung, suami ni tak hormat mak dia. Tak reti cakap elok2. 

Anak selalu cakap jangan jadi samseng dalam rumah ni pulak. Sebenarnya ikutkan hati nak ja saya tampar anak saya.. Hanya kerana patuh pada suami saya terpaksa diam. 

Dan telan segala penghinaan tu. Suami akan cakap, betul la apa anak cakap.. Anak tak salah. Dia yang salah. 

Tapi bagi saya anak makin melampau. Lupa agaknya siapa yang besarkan dia jadi jantan berjaya sekarang. 

Apa2 kita cakap, dia akan bongkak cakap berapa dia perlu bayar upah besarkan dia dan adik2. Ya Allah sakit sangat hati ni. Sombong sangat2. 

Saya tahu anak sulung sangat sayang nenek. Tapi dia balik sesekali ja. Dia tak jaga sepenuhnya macam kami. 

Jaga orang tua nyanyk ni sangat sukar. Bila cucu balik, si nenek mengadu dekat cucu. 

Ayah kau pukul nenek. Ayah kau marah nenek. Padahal suami tak pernah pukul pun. 

So anak sulung makin benci ayah dia. Mak mertua pun dah lama meninggal. 

Anak sulung dah 28 tahun ni. Semalam hari jadi saya.. Anak sulung nak bawak kami makan kat luar. 

Saya cakap kalau ayah tak ikut ibu pun tak akan ikut. Sebab memang selama ni diaorang ni tak akan ajak pun ayah diaorang. 

Ayah pun tak akan ikut. Tahu budak2 ni tak selesa. Anak2 memang baik jaga saya. Sayang saya. 

Belikan itu ini.. Saya ni dah pernah pergi macam2 negara anak bawak. Tapi anak2 tak pernah faham saya tak bahagia tanpa suami disisi. 

Saya lagi gembira pergi makan warung depan ni ja kalau tu dengan suami. Tapi bagi anak2, saya mungkin terpaksa kahwin dengan dia. 

Tapi ank2 tak faham saya cintakan suami. Bukan saya terpaksa. Apa pun kita pujuk, budak2 akan cakap. Ayah tak selesa tak payah bawak ayah. 

Macam2 lagi la. Suami pulak akan pujuk saya.. Pergi la dengn anak2. Bagi budak2 happy. Nanti kita pergi berdua pulak. Macam tu la dia pujuk. Akhirnya saya terpaksa ikut kata suami. 

Saya tak pernah merasa makan sekali semua sekeluarga sebagaimana orang lain. Sedangkan tu yang saya nak. 

Tapi bagi suami kebahgian anak2 ja utama, bagi anak2 pulak kebahagian mereka yang utama. Tapi kebahgian saya, siapa pun tak pernah fikir. 

So kali ni saya keras, kalau ayah tak ikut tak payah ikut. So akhirnya anak2 ni diam ja la kata ok. 

Tu pun suami tak nak. Pujuk punya pujuk suami setuju la. Tapi dia cakap dekat2 dah la. 

So pergi la satu kedai makan ni. Dalam kereta ada la suami tanya anak pasal kereta. 

Ye la, anak pakai kereta mahal. Anak cuma jawab sepatah2 ja. Tak tahu la kekok ke apa ke. Last2 masing diam. 

Masa makan biasa la, anak perempuan bawak kek suruh potong. Rasa la jugak bahagia sekejap. Suap kek dekat anak2 dan suami. Anak selfie ada semua orang. 

Tu la kot gambar pertama kami 5 orang ada sekali. Sebab tak pernah ada gambar sekeluarga. 

Lepas makan, suami tegur satu makcik ni. Suami tanya dah makan ke makcik. 

Lepas tu anak sulung marah. Dia kata mak sendiri tak pernah tanya makan ke tak. Tapi sibuk nak tanya orang2 lain. 

Suami diam ja la. Saya tak tahu la sampai bila nak macam ni. Saya nak keluarga saya bahagia macam orang lain. 

Baik suami mahupun anak2, masing baik2 dengan saya. Tetapi sesama mereka, tak boleh nak ngam. 

Suami saya dah menyesal dengan past dia. Tapi anak2 ni tak nak faham. Tak tahu la budak2 ni fikir apa. 

Saya fikir macam keadaan suami kalau saya ni pergi dulu. Suami melawak kata anak2 tak mungkin nak jaga abang. Biar abang dok rumah orang tua la. 

Lepas tu dia diam. Dia cakap salah yang kita buat masa hidup ni macam bayang2. Sampai mati akan ikut kita. Menyesal pun tak guna. Abang ada anak2 pun mcam tak de jugak. 

Abang cuma ada syang ja. Kalau sayang pun dah tak de. Hidup abang dah tak de makna.. 

Abang selalu harap abang yang pergi dulu. Sebab tak tahu dah macam mana nak hidup kalau sayang pun dah tak de. 

Tapi saya cuma harap biarlah kami berdua pergi sama2. Tanpa suami saya jugak tak bahagia. Anak2 akan ada kehidupan mereka sendiri. 

– Sal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Sedihnya saya baca. Saya anak yatim piatu. Abah meninggal masa saya masih kecil. Mak baru beberapa tahun meninggal. Nasihat saya, hargai ibu dan ayah sementara masih ada kesempatan. Semoga anak-anak puan sedar..

  2. Betul
    Kesalahan masa lampau mcm bayang2
    Sentiasa ikut kita ke mana pergi

    Semoga anak2 puan memahami ayahnya dah insaf n bertaubat
    Semoga suami puan n anak2 boleh berbaik2

  3. sedih baca. melampau anak sulung tu. dia kena hormat. selagi ayah tak suruh anak buat benda yang berdosa, selagi tu kena hormat.

  4. Mungkin da puan terluah perasaan tak puas ati suami kat anak anak tanpa puan perasaan. Ataupun anak tu da trauma pasal bapak dia. Saya bagi pov as anak sulung yg mak selalu cita sikit sikit tak suka perbuatan ayah tapi taknk cerai. Hari hari meratip benda yg sama. Dah nasihat tapi bt benda yg sama. Tak pernah pikir perasaan anak atau mental anak yg hari hari dengar kisah silam depa berdua. Anak ni bukan boleh dengar maknya susah. Tapi mak sendiri taknk keluar Dr masalah yg sendiri cari. Hmmmm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *