Assalammualaikum semua readers, tak terfikir yang akhirnya saya akan tulis confession kat sini. Saya berharap confession ni admin approve :)
Saya anak lelaki sulung, ada adik lelaki dan perempuan yang membesar dgn baik dgn pelajaran yang baik dan cukup keperluan. Saya Baru sahaja menamatkan pengajian diploma di ipta dan masih menaruh harapan untuk sambung degree soon.
Saya tak tahu nak bermula dari mana kerana semua benda yang jadi complicated. Saya nak tanya semua readers, apa jadi kalau ahli keluarga kita seorang “drug addict” and orang tu adalah AYAH KITA? ayah yang kita harap dapat bimbing anak-anak dan keluarga. Tapi, tak seindah nama dipanggil “ayah”.
Kalau dulu saya kecil, bodoh dan mentah tak tahu apa yang jadi kt dunia ni. Now, tidak lagi! Kami adik beradik semakin dewasa dan semakin tahu apa situasi sebenar. Saya juga yang jadi driver maaa ke mahkamah untuk ikat jamin ayah kerana dadah! Saya tak pernah tanya dan tak mahu ambil tahu sejak bila ayah jadi “drug addict” bagaimana jalan cerita. Bagi saya past is past. Tapi, kami terseksa!
Selepas pelbagai pergolakan rumah tangga dan kini maaa telah bercerai dua kali dengan ayah. Adakah maaa takut hidup menjanda? Kenapa maaa masih setia dan sayang? Maaa risau kami tak dapat kasih sayang ayah ke? Kenapa? Kenapa maaa tak pilih untuk move on dan tinggalkan kehidupan hitam ni! Kami anak-anak semakin membesar akan sentiasa untuk maaa, walaupun jika kami diugut dengan cerita kisah silam. Who cares? Kami terima jika jalan ni kisah hidup kami. Yang penting kami adik-beradik bebas dari beban ni!
Readers boleh bayangkan, Maaa ikut ayah pergi beli dadah naik motor. Padahal, kami anak-anak dah besar dan tahu tujuan tu! Tapi kenapa? Saya tak pernah faham apa yang maaa nak? Maaf cakap, saya pernah terfikir dan termimpi beberapa kali untuk bunuh ayah! Kalau tu jalan keluar kami untuk bebas dari “drug addict” ni.
Jika perkara ini berterusan, kami adik-beradik berpakat untuk sambung belajar jauh dari keluarga dan rumah. Dan akan terus jauh dan jauh dari maaa dan ayah! Kami tak takut gelaran derhaka atau tanggang kerana pembentukan keluarga adalah salah!
Kepada perempuan di luar sana. Tolong lah! Jangan sesekali hampiri lelaki yang ambil dadah ni. Even dia berjanji untuk berubah pun jangan! Tidak! Itu penipu. Benda bodoh ni tak akan bebas sampai mati. Hanya mati sahaja ubat untuk dadah ni! Please, saya merayu. Saya tak nak ada orang lain anak/family yang akan terseksa macam ni. Parents di luar sana jangan senang label anak derhaka/kurang ajar kalau anda sebagai parents banyak silap dan tidak mahu perbetulkan situasi. Jangan hanya pandai ugut! Kerana parents juga ada dosa kepada anak-anak disebabkan banyak perkara.
Terus terang saya cakap, saya takut nak kahwin dan berumah tangga kerana saya taknak darah yang mengalir ni akan merosakkan keturunan dan keluarga yang saya bina kelak. Tapi, insyaAllah dengan ilmu dan pengalaman saya tak akan biarkan perkara ini kembali menjadi karma! Tidak!
Saya minta readers tolong doakan maaa supaya keluar dari lifestyle macam ni dan kita pergi jauh. Jika tidak, kami adik-beradik akan pergi dengan sendiri cepat atau lambat. Saya cukup tak tahan hari ni sehingga terkeluar perkataan ” maaa ni perempuan bodoh ” tapi, hanya tuhan yang tahu bertapa saya sayang maaa lebih dari segalanya.
Bantulah kami :(
– Anak Sulung Maaa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit