Anak Tanggungjawab Kita

Assalamualaikum dan terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan artikel ini. Artikel ini ditulis untuk memberi kesedaran kepada bahawa betapa pentingnya tanggungjawab anak kepada kita semua. Seperti yang kita tahu, dunia kini amat mencabar sama ada dari segi kehidupan ilmiah ataupun zahir yang melibatkan kewangan. Oleh yang demikian, kebanyakan daripada kita suami isteri bekerja untuk saling membantu dalam mengharungi proses-proses kehidupan mendatang.

Apabila suami dan isteri bekerja, perkara pertama yang difikirkan adalah bagaimana dengan anak-anak kita. Tanggungjawab utama ibu adalah menjaga anak dan tanggungjawab si ayah adalah mencari rezeki pada asalnya. Akan tetapi jika si suami membenarkan ibu bekerja, menjadi tanggungjawab bersama untuk memikirkan siapa, dimana dan bagaimana dengan asuhan anak-anak semasa kedua-kedua bekerja. Itu adalah tanggunjawab bersama untuk mencari tempat asuhan yang selamat, mempunyai persekitaran yang selesa dan juga boleh memberi impak positif kepada anak kita dan tidak sekali-kali negetif.

Oleh yang demikian, ibubapa perlu memilih tempat asuhan yang paling terbaik untuk anak mereka memandangkan semakin banyak-banyak kes-kes yang diingini. Persoalan yang ingin saya bangkitkan adakah kita sedar yang kita masih bertanggungjawab sepenuhhya lagi walaupun kita telah membayar kepada pengasuh untuk menjaga anak kita? Di laman media sosial seperti facebook, tweeter dan banyak lagi biasanya ibu bapa akan mengadu pelbagai perkara tentang ketidakpuasan hati terhadap pengasuh masing-masing. Sebagai contoh, pengasuh tidak bertolak ansur soal ambil lambat, pengasuh tidak fleksibel dalam menjaga anak semasa hari cuti, pengasuh suka bagi makan junk food, anak pengasuh suka buat anak kita dan lain-lain lagi.

Berbalik kepada ketidakpuasan hati tersebut, siapakah yang salah?? Pengasuh?? Mesti ramai yang akan menyokong Ya..pengasuh..kita pergi kepada isu tanggungjawab siapa. Tanggungjawab siapakah anak kita ini?? Ibu bapa wahai tuan/puan. Apabila kita menghantar anak kita kepada pengasuh, ini bermakna kita bersetuju bahawa semua nilai-nilai yang dibawa di rumah pengasuh itu tidak kira positif atau negetif diterapkan kepada anak kita sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Jadi apa yang perlu anda buat jika anda dapat kesan nilai negetif dari pengasuh anda..? Jangan lepaskan tanggungjawab anda kepada pengasuh anda. Anda perlu bertanggungjawab untuk mencari pengasuh yang lain yang boleh memberi nilai positif kepada anak anda, itu tanggungjawab anda. Bukan mengadu dalam media sosial sebaliknya carilah jalan penyelesaian. Pengasuh anda tidak akan mengubah cara hidup mereka dengan hanya upah RM300-400 yang anda beri setiap bulan.

Apa yang saya ingin sampaikan di sini, apa-apa kaitan yang berlaku kepada anak kita, kitalah penanggungjawabnya. Tuhan cari kita dulu bukan pengasuh kalau jadi apa2 pada anak kita. Selain itu, kita sebagai ibubapa perlulah memberi tempat asuhan yang memberi nilai-nilai motivasi dan makanan seimbang untuk tumbesaran anak kita. Kita hanya menghantar anak kepada pengasuh untuk dijaga bukan melepaskan tanggungjawab penjagaan sepenuhnya kepada orang lain. Saya bukan penyokong pengasuh, bukan juga penyokong ibubapa. Saya cuma menyuarakan yang betul. Terima kasih.

-Nil-

– Nil

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit