Assalamualaikum, tak tahu nak start dari mana, cuma sedikit info, seorang anak tengah yang hampir menginjak ke umur 3+, kejap aku sambung lagi, kini aku masih sendiri (ini lagu) Hahaha.
Baru je kejap tadi mak ada tanya, bila kau nak kahwin nie. Dan soalan ini aku biarkan berlalu. Banyak cerita aku simpan sendiri bukan sebab takut tapi tak pandai nak luah. Pernah diluah tapi disalah erti hujung-hujung makan hati, hahaha.
Aku pernah dengar ‘Anak Sulung’ besar tanggung jawab dan agak sedikit berat untuk si sulung tu tanggung. Aku tak nafikan memang berat nak tanggung sebab aku tengah rasai sekarang, cuma beza aku bukan anak sulung.
Menjadi kaunselor untuk keluarga sendiri tu tak mudah. Aku memerlukan kekuatan hati, perasaan dan mental untuk tak cepat koyak. Tapi ada jugak aku koyak, nangis sorang-sorang dalam bilik, hahahaha.
Aku nie cepat kesian, lagi-lagi dengan orang yang bernama keluarga. Aku simpan sendiri sampai sesak dada,
Pernah cuba untuk dikongsi bersama sakit tu dengan orang yang bernama keluarga tapi yang dapat hanyalah sebuah pandangan tanpa sebarang reaksi. Hujungnya aku muak untuk meluah, Aku keluar cari kawan dan luah dekat dia sambil nangis teresak-esak.
Aku dapat rasa adik-beradik aku nie, setiap kali aku gaji, dan-dan semua wasap atau call sebab nak pinjam duit. Sumpah demi Allah aku pernah ditahap menyampah dengan mereka.
Paham situasi orang yang dah gaji nak kan sedikit masa dan duit untuk diri sendiri tapi kena bagi ke orang lain (dan ini aku mengaku salah aku) Macam aku cakap, aku cepat kesian kan diaorang.
Tapi diaorang tak kesian dekat aku, Hahahaha, ada duit lebih hutang tak bayar dulu yang penting enjoy, duit kurang wasap lah aku balik minta pinjam. Benda sama yang berulang.
Kalau korang tanya mak ayah apa reaksi? Eh takde reaksi diaorang anggap dalam bank aku ada 13 JUTA (Aamiin). so assume nothing happen. Minta pun buat dang je.
So nak elakkan dari putusnya silaturahim, ada satu cara je aku buat iaitu DIAM. Itu belum lagi hal dalam rumah. Semua masalah yang datang, jumpa nya aku, ibarat aku nie penyelamat dunia.
Segala keluh, resah, susah, sulit semua mesti ada aku terlibat. Tak pernah sekali untuk cuba selesaikan sendiri. Ini tak boleh salahkan aku lah, Ketuanya memang dari awal yang dituju untuk menyelesaikan masalah adalah aku. So hadap lah sampai muntah.
Tahun lepas mak aku di diagnos penyakit yang sedikit seriouslah bagi aku. Bermula dari mak demam, pergi klinik and then doktor klinik suruh refer hospital untuk pemeriksaan selanjutnya.
Start mula sampailah keputusan keluar memang aku lah penemannya. (Allah bagi aku rezeki tempat kerja yang mudah untuk berurusan. Alhamdulillah)
Part nie aku tak kisah sangat sebab ye lah siapa je tak sayang mak kan. Tapi aku jadi marah, masa kita sekeluarga berkumpul ayat si sulung,
‘Kalau jadi apa-apa dekat mak, yang tanggung anak tengah lah, apa-apa mak mana nak dengan kita orang, mak nak dengan dia je’ Aku terdiam. Paling tak disangka ayat nie boleh keluar dari mulut si sulung.
Aku cuba hadam dalam-dalam ayat tu, ayat dia nie seolah melepaskan tanggungjawab pada aku ketika wujudnya waktu susah, tapi bila tiba waktu senang kepala dia lah yang keluar dulu sambil menghulurkan tangan memimpin mak ayah.
Aku pernah bersuara, tidak sekalipun aku meminta waktu diaorang untuk teman mak buat checkup and amik ubat semua. Tapi bila waktu genting jangan sesekali melepaskan beban yang besar nie dekat bahu aku. Yang lain apa guna?
Muncul lah ayat, aku ada keluarga. Aku ada anak, Aku kerja jauh, Aku tak sempat Aku penat, Habis aku nie? Tak bermaksud aku belum berkeluarga kau boleh lepaskan semua pada aku, aku pun nak masa aku.
Aku pun nak guna kudrat aku untuk diri sendiri sekejap. Masa aku 24jam sama dengan semua, kenapa aku boleh sempat, kenapa korang tak boleh sempat? Satu je jawapan ‘KAU NAK KE TAK NAK’.
Diam sekejap mereka, time senyap nie lah otak diaorang berjalan dengan normal, kalau tak senyap otak semua 3 suku.
Ada juga beberapa kali adik-beradik aku yang dah kahwin nie makan luar dengan keluarga mertua dia. Tak pernah sekali pun dia ajak mak ayah aku tau. Tak ajak satu hal lepas tu post dekat status.
Dah orang tua tu bersuara ‘sedapnya dia makan, kamu rasa dia makan dekat mana, mak tengok macam sedap’
Weii berkecai hati aku. Aku nak paham kan ayat mak aku sama ada teringin nak makan ke atau terasa hati sebab tak pernah diajak. Korang paham tak?
Baru-baru nie hantar mak checkup dia tengok makan sedap-sedap dia tunjuk aku, itu dia bagi hint yang dia nak makan tu.
Jujur aku cakap aku mampu tapi kau tahu tak bertapa remuknya aku bila dia nak tapi cari tunjuk dekat aku tu dalam keadaan berhati-hati. Sebab mak memikirkan permintaan dia nie akan ganggu aku tak.
3 hari sebelum aku cuti dia dah list dah nak kemana semua, mak ajak pergi rumah abang dia, pergi makan tempat dia teringin, pergi belanja lah, takpun pergi ziarah kubur mak ayah dia.
Perkataan TAK nie susah aku nak keluarkan sebab aku tahu dengan anak-anak dia yang lain dia jarang minta. Itu belum lagi kes masalah keluarga adik-beradik sendiri tapi libatkan aku.
Aku sekarang di tahap pikir macam mana nak atur keluarga aku dari segi kewangan lah utamanya. Tahun nie adalah tahun terakhir aku rancang sebab tahun depan aku akan tanggung keseluruhan kewangan dalam rumah mak ayah. Ini amanat ayah bagi dekat aku.
Kalau korang tanya kenapa aku sorang yang diamanat kan, jawapan dia satu, Ayah ingat dalam bank aku ada 13 JUTA (Aamiin), hahaha, In sha’Allah kalau kahwin, perkara nie juga adalah perkara utama yang akan aku bincang dengan bakal suami.
Haishhh kira panjang lah kalau nak cerita. Cuma aku nak pesan. Kalau ada mak ayah, tolong anak-anak bersatu hati lah jaga mereka. jangan biarkan sorang yang menanggung. Sesak wei sesak.
Kita lahir di rahim yang sama, dibesarkan dengan tangan yang sama. Tak boleh ke kita sama-sama pimpin tangan dia? Susah sangat ke?
Mak ayah pun paham kalau korang dah berkeluarga, dia tahu macam mana rasanya bila dah bekeluarga. Dia memerlukan sedikit perhatian pada kita. Cuba korek sedikit masa. Tak susah pun.
Dah panjang macam nie tetiba aku terpikir, kenapa aku share cerita nie, masa awal start tulis tadi hati aku sempit simpan cerita sendiri, hahaha.
Dah alang-alang dah nak habis nie, aku cuma nak cakap, aku minta maaf kalau ayat berbelit. Aku tak minta banyak. Minta sedikit kata-kata untuk menguatkan mental dan fizikal aku, bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing , hehehehe.
Terima kasih dan assalamualaikum…..
– Si Adik (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Big hugs sis, kta dlm kasut y sm…akak dh dkt 40 an…msh lg single…hr² pikir cmna nk kluar dr kemelut klrga…huhu…ayah dh xda, akak tggl dgn Ibu n kakak yg sdh berkeluarga …kmi tggl 10 org dlm 1 rumah…bygkn nk kna jg aurat dgn abg ipar…nk belanja brg² kperluan lg…kdg xsmpt hjng bln gaji dh hbis sbb tnggung belanja d rmh…kdg ksian dgn diri sndri, xsmpt nk pikir kperluan diri..asyik utamakan org lain…huhu…bknlah berkira tp kekadang sikap lps tgn adik brdik tu yg meletihkn hny krna status akak y msh single, ..komitmen pn byk sbnrnya wlaupn xbklrga lg…burn out gk rsa…😢
Dik, dia cenggini. Jangan kita start bagi tak minta. Sudahnya jadi macam akak, Dari akak Mula kawen sampai anak 5, adik beradik dah ada famili sendiri pun Masih menempel nak Bantuan. Kerja main tukar2 je. Tak suka berhenti. Tak dapat pinjam akak pinjam kat mak ayah. Masalahnya duit yang akk bg kat mak,mak bg anaknya yang lain. Akk ni keje gigihla bekal hari2 nak jimat Diorang sedapje beli makanan. Bila kita belanja makan, sedapje order yang terpaling mahal. Geram tp sebab adik beradik. Aish😌