Anak Tengah Yang Tersakiti

Tergerak tangan aku untuk membuat penulisan dekat sini disebabkan terbaca satu artikel di facebook.

Aku tak ingat tajuk artikel tu. Inti artikel tu, ada sorang laki ni, dia nak uji orang sekeliling dia dan nak tengok siapa je yang akan tolong dia waktu susah.

Jadi, dia mintak pertolongan dalam bentuk cash yang agak banyak, tak silap dalam RM50k kot dengan alasan dia ada sakit dan perlu di rawat segera.

For short, dia mintak tolong dekat bestfriend tapi tak dapat, then dekat adik-beradik pun tak dapat, mintak tolong dekat istri, istri pulak bising memanjang dan terakhir sekali mintak tolong dekat mak, dan hanya itu je insan yang tanpa banyak cakap, tolong dia.

Maaf kalau aku punya penulisan, bukan seperti yang korang bayangkan. Cerita aku, malah vice versa.

Dan aku sangat- sangat membangkang konklusi yang lelaki tu tulis di akhir artikel tu, dimana “tiada orang lain yang akan tolong kita seikhlas hati selain daripada ibu ayah, jadi hargai lah mereka”.

Aku anak tengah dari 3 orang beradik. Kami beradik semua perempuan dan sangat rapat dari kecil. Umur kakak dan aku beza setahun, kemudian aku dan adik beza dua tahun. Ibu dan abah sayangkan kakak dan adik aku lebih dari aku.

Aku tak cakap yang dia tak sayang aku, aku cuba untuk positif sehingga ke hari ini. Setiap hal yang berkaitan dengan kakak dan adik akan diberi perhatian yang banyak jika dibanding dengan aku. Ibu dan abah adalah penjawat awam.

Waktu kecil, ibu dan abah selalu belikan barang hanya untuk kakak dan adik. Contoh nya kalau kakak nak alat lukisan baru, esok nya terus abah belikan. Kalau adik nak barang mainan, terus ibu belikan.

Tapi kalau turn aku, dorang akan belikan, tapi mungkin minggu depan, atau bulan depan. Macam uniform sekolah, aku selalu ambil sisa dari kakak. Tak pernah dapat yang baru.

Tapi kakak akan dapat baru. Adik pun akan dapat baru sebab dia kecik sikit dari aku dan kakak. Banyak lagi sebenarnya hal pilih kasih macam ni waktu kecil, tapi aku skip, takut korang muntah baca panjang sangat.

Berbalik dekat “tiada orang lain yang akan tolong kita seikhlas hati selain daripada ibu ayah, jadi hargai lah mereka”. Kenapa aku tak sokong? Sebab aku pernah rasa, bila mintak tolong dekat ibu dan abah, tapi dorang reject.

Waktu tu aku masih dekat uni. Nak dipendekkan cerita, tahun tiga semester pertama, laptop yang diturun temurunkan dari kakak, tiba-tiba rosak.

Aku mintak ibu dan abah belikan yang baru untuk aku. Dorang cakap takda duit sebab baru je renovate dapur ibu.

Jadi lepastu aku mintak tolong dekat kakak. Masatu, kakak masih belum kerja, tengah training polis.

Tapi dia cakap, dia dapat tolong bagi RM500 kalau betul-betul aku perlukan duit. Tapi aku tolak, sebab aku rasa kakak lebih memerlukan duit.

Akhirnya, aku cari kerja part-time dan berjaya beli laptop hasil duit sendiri.

Sepanjang takda laptop, aku manfaatkan kemudahan pc yang ada dekat library. Tapi sangat payah, nak buat assignment pergi library, nak print notes pergi library, nak jawab kuiz pergi library.

Nak ditambahkan lagi cerita betapa pilih kasih nya ibu dan abah, selang sebulan lebih lepas aku mintak tolong tu, adik pun ada mintak dorang belikan laptop gara-gara hilang kena curi.

Laptop yang hilang tu pun, memang masih baru, sebab adik baru je masuk maktab. Tanpa alasan, terus ibu belikan. Terkedu sekejap aku waktu tu sampai aku terfikir, aku ni anak dorang ke anak pungut?

Sekarang ni aku berusia 31 tahun. Kerja di sektor O&G, dan baru dua tahun berumahtangga. Adik aku seorang cikgu, juga dah berkahwin, dia langkah dua bendul. Kakak pulak pegawai polis, tiga bulan lagi nak bina masjid.

Aku teringat waktu adik nak kahwin, aku teman ibu ke kedai emas nak belikan gelang emas buat hadiah kahwin adik. Dia ajak aku sebab dia cakap pergelangan tangan aku sama saiz dengan adik, jadi senang nak pilih.

Waktu tu aku terfikir, mungkin memang ibu akan belikan kami semua gelang emas kalau kami kahwin. Sangkaan aku meleset. Turn aku kahwin, dia cuma hadiahkan aku set pinggan yang dia beli dekat pasar malam.

Aku tahu dia beli kat pasar malam pun sebab kakak yang bagitahu. Sedih dan sakitnya aku rasa sampai paling hujung dalam hati aku. Tak lama lagi kakak nak kahwin, haritu adik cakap ibu dah start survey harga emas semasa.

Aku senyum, tapi tiada keikhlasan. Aku pernah ceritakan benda ni dengan kakak dan adik, dorang cakap jangan buruk sangka dekat ibu.

Mungkin Allah uji aku untuk terus sabar dengan hal macam ni. Aku tahu ini bahagian aku dan aku redha.

Tapi benda ni sedikit sebanyak menjadi faktor aku tak rapat dengan ibu dan abah. Alhamdulillah lepas kahwin, keluarga suami sangat-sangat sayang aku. Malah sampai aku tak rasa pun yang aku baru masuk keluarga ni.

Waktu aku pregnant tahun lepas, sampai lah ke hari deliver, cuma mak mertua aku je beria jaga aku dengan baby.

Ibu abah ada jenguk, tapi ada lah sehari dua dalam sebulan. Waktu adik dalam pantang, dorang beria nak jaga adik, aku pulak sebaliknya. Sedih wei.

Aku rasa sampai sini je lah aku nak cerita. Nak sambung dorang pilih kasih pasal cucu, tahap malas la pulak hahahah.

Jadi kalian semua yang membaca, aku nak pesan, tak semestinya ‘Orang Tua’ kita je yang akan ada bila kita perlukan ye.

Bergantung dengan kehidupan dan cerita masing2 sebenarnya. Aku hargai ibu abah sebagai orang tua yang telah lahirkan aku dekat dunia ni. Tapi cukup sampai situ je. Hati aku dah takda tempat untuk dorang.

Doakan aku agar aku tak pilih kasih dengan anak anak aku nanti. Aku taknak dorang rasa apa yang aku rasa.

Anak Tengah,

– Lara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *