Anak Terbuang

Assalammualaikum semua. Terima kasih andai di publish cerita tak seberapa namun cukup menderitakan.

Anak terbuang. Itulah yang dirasa kan oleh aku dan abang aku. Abahku begitu memilih kasih antara kami dan lebihkan sayangkan anaknya lagi sorang (one of my brother).

Terlalu sayang sampai tak boleh nak lindung. Yes, memang kat belakang ada juga mengata atau luahan tak puas hati tapi bila didepan kalau boleh nak ditimang2…

Well said, aku hanya bekerja biasa2, abgku yang lain juga sama tidak sehebat alang. Kerja bagus. Gaji 10k tapi adakah itu tiket untuk abahku memandang rendah pada yang lain?

Aku kasihan pada acikku. Dia tinggal dirumah kami di kampung bersama keluarga kecilnya. Bertungkus lumus cuba untuk mengambil hati abahku. Tak pernah lupa membeli makanan selagi mampu bila keluar ke mana2..

Hampir seluruh tanggungan dirumah dibayar oleh acik hinggakan apa yang dia inginkan ditolak tepi.. Sekarang, dia dah terlalu mampu kalau nak pindah, sewa rumah tapi dia cuma nak menjaga abah yang semakin uzur, ibu yang semakin sakit….

Tapi aku pelik, abahku langsung tak memandang setiap pengorbanan acik.. acik seolah tiada nilai dimata abah… aku sedih… tapi aku tak mampu berbuat apa2…

Tu baru acik.. yang lain pon sama cuma kebelakangan ni keterlaluan terhadap acik… hinggakan mahu menghalau acik dari rumah.. abah lupa.. lupa..

Setiap kali sakit, acik lah yang balik kerumah dulu (waktu tu acik masih tinggal di luar). Demam biasa, tapi acik tetap balik dulu tengok abah.

Selagi mampu, acik cuba nak senangkan hati abah.. tapi abah TAK PERNAH nilai semua tu… di hati abah cuma satu. ALANG.

Acik, ketepikan keluarga kecil dia demi abah… abah kadang2 lupa yang acik ada keluarga sendiri yang perlu diutamakan. Hanya fikir diri sendiri.

Kesalahan yang kecil diperbesarkan. Hanya ungkit untuk menghalau acik… betapa bencinya abah pada acik…

Aku selalu pesan pada acik, acik jangan keluar selagi abah tak halau depan acik… dan sekali abah halau acik depan acik, jangan lagi acik jejak kaki rumah tu.. acik berhak bahagia… bersabarlah…

Aku lah yang selalu back up acik.. salahkah acik nak keluar dengan keluarganya? Selalu di kutuk.. apa yang acik buat tak pernah senangkan hati abah.

Opah ku sendiri nampak perbezaan layanan ibu dan abah terhadap alang berbanding kami yang lain.. orang luar juga nampak… Kami hanya tersenyum pahit..

Aku masih belajar.. aku tak mampu nak tengok derita acik.. dia keluar nak bahagiakan keluarga kecilnya tapi dirumah, dia dihina secukup rasa oleh keluarga… kalau acik pergi, siapa lagi nak jaga mereka di kampung? Siapa nak ulang alik menghantar aku di kolej?

Acik tak mampu memberi beribu setiap bulan, tapi pada aciklah kami banyak bergantung harap… keperluan dapur juga banyak acik yang beli.. apa yang abah ibu suka, selagi mampu acik belikan sampaikan apa yang dia suka, dia letak tepi….

Ingin sekali aku tanya, BENCI SANGAT KE ABAH PADA ACIK SEKELUARGA?

Abah tahu tak, membezakan kasih sayang anak2 itu BERDOSA BESAR?

Lumrah manusia pasti ada yang sayang lebih tapi janganlah tunjuk.. tunjukkan semua sama rata…. layan sama rata, jangan yang tersayang balik kampung, yang lain ditengking dimarah macam pengemis!

Aku sendiri? Aku cuma makan lauk yang dibeli oleh acik dan dimasak oleh kakak iparku… aku jarang nak makan apa yang abah beli sebab seolah2 segalanya bukan untuk dikongsi…

Tapi bila alang balik, lain jadinya… bukankah bapa orang lain akan belikan makanan untuk SEMUA anak2 makan? Adakah bapa orang lain sibuk nak bagitau harga setiap lauk seolah2 anak yang makan perlu membayarnya?

Entry ni cuma aku nak pesan pada semua yang bergelar ibu bapa. TOLONGLAH jangan pilih kasih terhadap anak2… mereka semua anugerah pada korang… bersyukur bila semua anak2 masih ada dengan korang…

Jangan sampai SATU WAKTU ALLAH ambil semua anak2 yang sentiasa ada, baru nak sedar. Allah bagi pinjam amanah ini untuk dijaga.. Allah beri amanah ini sebaik mungkin walau ada yang kaya, ada yang miskin…

Tapi mereka tetap manusia yang ada hati dan perasaan. Apalah gunanya kita sebagai ibubapa kalau mati, anak2 gembira dan tak doakan? Pahala kita sudah cukup ke tanpa doa anak2… Adakah kita sudah tak berdosa mengata darah daging sendiri…?

Syukurlah semua anak2 masih hormat, masih cuba untuk ada depan mata, tidak terlibat dengan dadah, bukan penjenayah, bukan memukul atau menengking ibubapa. Bersyukurlah. Jangan sampai ALLAH AMBIL BALIK.

Didunia, kita bongkak. Tapi di akhirat, segalanya akan dipertontonkan…

Bayangkan bila disatu masa, segalanya bahagia… hinggakan anak2 yang dikata dan dikeji ini semua berpimpin tangan bahagia dan ibu bapa yang hanya mampu melihat mereka pergi… bahagiakah ibu bapa itu?

Seronokkah roh ibu bapa bila mereka pergi, hanya senyuman kebahagiaan di wajah anak2?

Anak itu juga manusia yang layaknya dihormati. Kalau tak sayang jangan dikeji. Kalau tak bangga jangan dihina. Allah maha Melihat. Sekelip mata segalanya akan berubah…

Pada anak2 yang terpilih untuk disayang lebih, jangan bangga. Usahakan untuk ibubapa sedar dengan kewujudan anak2 yang lain… Allah akan terus menilai dan menilai.. ALLAH TAKKAN PERNAH TIDUR…

Dari anak yang kecewa,

– Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *