Anak Teristimewa

Assalamualaikum. Pertama kali saya ingin luah di sini. Saya kenalkan serba serbi tentang diri saya. Saya seorang isteri bersama sepasang cahaya mata.

Yang saya ingin ceritakan tentang anak sulung saya yang teristimewa buat saya. Sejujurnya, saya gelar begitu kerana dia adalah seorang ank tak sah taraf memang dosa saya bersama suami.

Saya taip ni dah hampir jam 1 pagi. Terasa sedih yang tak digambarkan bila lihat muka anak teristimewa saya. Apa yang akan dia lalui dan hadapi.

Umur dia sekarang baru 7 tahun dan dia seorang perempuan. Dia masih tidak tahu tentang status dirinya.

Kisah dia begini, semalam saya isi borang sekolah anak teristimewa saya, borang untuk bantuan persekolahan, dan bersama borang trsebut, perlu disertakan kad pengenalan ibu bapa dan sijil lahir. Dokumen tersebut perlu pengesahan dari ketua kampung.

Ada bidan datang rumah untuk mengurut kakak ipar saya, dan bila dah habis mengurut, kakak ipar minta tolong saya hantar pulang bidan tu. Saya tidak tahu rumah ketua kampung, jadinya saya minta bidan tersebut untuk bawa saya.

Bila sampai rumah ketua kampung, ketua kampung tu tak ada di rumah dan bidan tu bagitahu saya nanti dia akan ambilkan dan bawa bila datang mengurut kakak ipar (mengurut 3 hari turut2).

Saya ok la memandangkan rumah ketua kampung dan bidang berdekatan. Lupa nak bagitau. Bidan tu dah lama kenal saya dan keluarga mertua. Masa saya lahirkan anak teristimewa saya, dia juga yang uruskan saya.

Harini, bidan tu datang terus dia tanya kenapa nama anak binti lain tak sama dengan nama ayah saya tak malu saya tahu saya yang salah dan saya yang dosa bukan anak saya.

Saya rasa sebak. Saya bagitahu itu kisah silam saya. Bidan tu diam dan terus urut kak ipar. Sampai sekarang saya masih ingat. Bidan tu oke je cuma saya sedih bila mengenangkan hari2 ke depan yang akan dia lalui.

Apapun saya beryukur kerana keluarga belah saya dan keluarga belah suami semuanya sayang anak teristimewa ini sama seperti yang lain. Tak ada seorang pun yang hina atau keji.

Sepanjang dia sekolah sejak dia umur 4 tahun, tak pernah juga orang pandang sinis pada dia. Malah orang sayang dia. Mungkin kerana keletah dia yang pandai bercakap.

Saya selalu berdoa agar Allah temukan dia dengan orang2 yang penyayang dan tak memilih kasih. Saya tahu dosa saya dan suami. Silap besar ni juga akan sntiasa menghantui saya hingga hujung nyawa.

Saya tidak kisah jika orang nak pandang hina saya tapi jangan pada ank teristimewa saya. Dia langsung tak bersalah.

Kerana dia juga saya berubah. Kerana dia saya menjadi seorang ibu. Kerana dia saya kenal mana permata dan mana kaca.

Terima kasih sayang hadir dalam hidup ibu dan ayah. Ibu ayah sayang kamu. Tak ada beza kasih sayang kamu dengan adik kamu. Kamu tetap anak ibu ayah hingga ke syurga.️

Ibu yang pendosa.

– Seorang pendosa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *