Assalamualaikum. Tulisan ini bukan nak buka pekung didada, tetapi sekadar perkongsian dan pesanan untuk semua.
Tulisan ini daripada ku sebagai seorang anak yang datang dari keluarga toksik. Ye, keluarga toksik memang wujud sudah lama sebenarnya cuma baru sekarang kita dengar.
Tidak tahu bagaimana nak mula tapi, ku teruskan saja luahan. Sebagai anak, yang ada bapa baran tidak kena tempat memang sesuatu yang malu.
Terkadang rasa elok saja tiada bapa daripada ada bapa begini. Bagi anda mungkin pernyataan ini kejam, tapi tunggulah anda berada ditempat kami, tahulah bagaimana rasanya.
Baran lelaki (bapaku) yang dibesarkan dari bapa (atokku) yang baran lebih sadis kerana mereka sudah upgrade tahap baran itu.
Mungkin aku tidak pernah didera secara fizikal mahupun seksual tapi dera mental wujud ya semua.
Dera mental seperti herdik maki hamun anak dan isteri dengan kata kesat dan hina membuatkan emosi anak terganggu.
Hidup malu kerana semua tahu ku ada bapa baran, salah sikit dimaki tanpa belas kasihan, bayangkan dari kecik lagi ku terima deraan mental.
Bila menjinak dewasa ku sudah mula pandai pertahankan diri, tidak sanggup diherdek dimaki dihadapan orang sedangkan salah nya kecil. MALU!
Tapi itulah kita asia ni anak melawan terus dicop sebagai anak derhaka! Anak tak kenang budi anak neraka!
Bayangkan dari kecil, dipasaknya perkataan derhaka kerana ibuku buat salah habis dikaitkan keturunan ibu yang didik tidak betul sedangkan bapa ku yang didik dengan maki hamun.
Bila ku besar, ku tidak sanggup dengar atok nenek belah ibu dihina, ku cuba pertahankan, malah ku diherdek balik, katanya ku anak tidak kenang budi!
Hidup dalam keadaan bapa yang denial dengan kekurangan diri bukan mudah! Tidak mahu dengar pendapat orang, tidak suka orang yang lain dari fikirannya. Fikiran yang mana keluarganya saja betul, mulia, suci, murni!
Tapi itu bukan kemuncak kelukaannku. Ku sangka ibuku anak pertahankan diri bila dihina, ternyata tidak. Dibiarkan sahaja dengan alasan tidak mahu besarkan hal.
Pernah ku utarakan, minta saja berpisah tapi ibu ku kata kesian anak! Walhal ku pernah kata ku terseksa hidup begini.
Tapi entahlah apa yang dalam fikiran ibu ku, ku jua tidak pasti. Jujurnya sudah banyak kali ku katakan kutidak bahagia miliki bapa seperti ini.
Pernah jua ku ugut mahu tinggalkan ibu ku tapi ku tak sanggup kerana kesiankan ibuku. Tapi sekarang hati ku pudar.
Jika dulu, kalau ibu ku diherdek, ada jua ku pujuk. Tapi kini ku biarkan saja kerana ku penat. Ku penat hidup begini.
Sampai satu tahap, ku lepaskan jua apa yang terbuku, ku katakan, kita boleh pilih pasangan, siapa yang jadi suami/ isteri kita tapi anak-anak tidak boleh pilih ibu bapa!
Sejujurnya ku cemburu lihat anak-anak yang miliki bapa penyayang dan soft spoken. Ku rasa dunia ini tidak adil. Kenapa ku diuji begini. Ku penat.
Ye ku tahu ini ujian, tapi kadang ku penat jua. Terkadang ku rasa suami isteri yang bermasalah kenapa anak-anak perlu terkait?
Bagi mereka yang memiliki keluarga harmoni, jagalah hubungan itu, jangan rosakkan kerana ramai anak-anak seperti ku dambakan keluarga bahagia.
Kadang jika ingin hilangkan rasa sedih, ku cipta sendiri moment keluarga bahagia. Moment bapa ku soft spoken, ibuku seorang yang kuat. Cukuplah itu buatkan ku rasa bahagia, walaupun itu palsu.
Wahai bakal suami atau bakal isteri, ingatlah pilihlah pasangan anda betul-betul, kerana salah pilih anak anda kena padahnya. Anak-anak tidak boleh pilih ibubapa! Ingat tu.
Jika yang membaca ini, alami apa yang ku lalui, kupinjamkan kekuatan ku agar kau terus kuat! Ku faham, sakit penat, tapi bertahanlah! Kerana dunia ini sementara!
Sekian dari ku, sekadar luahan hati yang mengharapkan akan ada sinar bahagia suatu hari nanti.
– Luahan hati si anak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit