Anak Tidak Sah Taraf

Assalamualaikum semua, saya kenalkan diri saya sebagai Puan Manis. Saya berusia lingkungan 30an sudah berkahwin selama 9 tahun, dan dikurniakan 2 orang cahaya mata.

Saya dilahirkan sebagai anak tidak sah taraf. Allahuakbar menyebut tu sahaja pun dah buat air mata saya berlinang.

Saya mempunyai 4 orang adik beradik dan saya merupakan anak yang sulung Ibu dan ayah berkahwin selepas saya lahir..

Jadinya adik2 yang lain memang berbinkan ayah saya, cuma saya sahaja berbinti Abdullah. Tapi masa tu saya budak lagi memang tak tau menahu pasal status saya.

Saya mula tahu mengenai status saya masa darjah 5 apabila tanpa sengaja tertengok sijil lahir.

Pada ruangan maklumat ayah memang ditulis tidak diketahui, saya tanya ibu saya dia cuma menjawab masa saya lahir ic ayah hilang terpaksa letak binti Abdullah.

Tapi masa tu saya memang dah boleh tahu sebab tengok tarikh nikah ibu dan ayah memang mereka nikah selepas saya lahir.

Saya menangis macam nak gila, saya rasa macam saya tak berguna, tapi saya langsung tak marah ibu ayah.

Demi Allah langsung tiada dendam dalam hati saya, sekurangnya saya bersyukur ibu ayah tak buang saya, tak bezakan saya dengan adik² yang lain. 

Jadinyaa bila status saya macam ni saya menikah pakai wali hakim.

Alhamdulillah ibu ayah permudahkan urusan saya, mereka langsung tak mintak maaf tapi saya tahu mereka dah cukup rasa berdosa dengan saya. Dunia akhirat saya sayangkan mereka.

Suami saya alhamdulillah terima saya seadanya.

Alhamdulillah syukur sangat, suami tak pernah kisah dengan status saya, cumanya yang menjadi masalah bila 2 hari lepas anak saya yang sulung umur 8 tahun tanya 

“Ibu kenapa nama ibu takde nama tok? kan ibu anak tok, sebab pakteh, makngah, pak uda semua ade nama tok”.

Ya Allah saya rasa macam batu timpa kepala saya, saya pandang anak saya tanpa reaksi, saya jadi kaget, Ya Allah saya tak tahu nak terangkan macam mana pada anak saya.

Saya tak dapat fikir jawapan yang spontan, saya cuma pandang je dia. Saya kalau boleh taknak dia tahu, saya taknak dia fikir yang bukan2 pasal atuk dan nenek dia.

Tapi dia makin dewasa, lama2 memang dia akan tahu. Cuma saya taktau nak terangkan pada dia macam mana.

2 hari saya jadi murung, kadang saya nangis sorang2 semua benda saya buat serba tak kena. Saya dah lama tak menangis pasal hal ni.

Sungguh saya redha seredhanya. Cuma bila jadi macam ni saya memang buntu, jadi lost.

Lagi 1 saya takut anak saya tanya pada atuk dan neneknya kenapa nama atuk tak ada pada nama ibu? Saya taknak diorang malu.

Harini pulak saya ada terbaca pasal seorang anak yang mengaku pada public yang dia sebenarnya anak luar nikah.

Sungguh saya faham perasaan dia, moga yang baik2 je untuk dia.

Tolong bantu saya macam mana nak terangkan pada anak saya??

Saya akan baca semua komen, tolong jangan kecam saya. Maaf kalau ayat yang saya taip ni berterabur. Tolong doakan saya.

Terima kasih semua.

– Puan Manis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *