Anak Tiri Guard UIA

Salam para readers sekalian. Nampaknya ramai yang seronok balik rumah cuti awal muharram ni. Aku pun cuti tapi cuti aku kena stay up kat studio tiga hari berturut-turut. Ye, aku budak Kaed. Anak tiri pak and mak guard Uia. Aku dah tiga tahun belajar kat sini. Kenapa aku confess kat sini? Sebab aku harap pak guard misai and mak guard mulut laser slow sikit deraan mental dekat kami.

Benda ni first time jadi kat aku time aku first year. Masa tu aku inagt lagi first time aku kena stay up langsung x tido kat Kaed sebab kena siapkan presentation board. Time tu pukul 4.00 pagi. Mata aku rasa nak tertutup sendiri sebab penat sgt. Aku berjalan dgn kwn kwn aku and bila sampai gate mahallah, gate tutup kunci. Lepas tu nampak mak guard ni datang sambil bawak kunci. Time tu aku rasa bersyukur sgt and otak aku dah teringat-ingat dah katil yg empuk dalam bilik tu.

Aku pelik knp mak guard tu x bukak pintu. Aku tgk dia then dia cakap “Kenapa balik lambat” ok prihatinnya kakak ni. Then dia cakap lagi ” Budak Kaed ni memang suka menyusahkan org kan. Kenapa tak tidur terus kat Kaed tu. Orang lain pun belajar jugak takde pun nak stay up sampai pagi buta macam korg ni” ok mungkin kakak ni baru kat sini. “Saya kerja kat sini dah bertahun budak Kaed je yg menyusahkan dari dulu sampai skrg”. Terkesima jap aku kat situ. Aku diam. Then dia buka gate. Time tu aku x kisah dah dia cakap apa sebab aku penat sangat. Nk tido je. Masa kami nk masuk dia cakap “Lain kali jangan balik sini dah. Duduk sana terus”. Alahai terbakarnya hati. Tapi apa boleh buat. Nak menjawab rasa biadap. Diam je mampu.

Esoknya baru la aku pikir balik psl semalam. Mungkin kakak tu “dtg bulan” or maybe ada masalah family so husnuzon je. Malam seterusnya aku still kena stay up sebab ada group presentation. Bila dah group presentation mesti ada brothers and sisters. Masih kena stay Kaed. Bila dah pagi siap kerja nak balik tapi takut kena marah dgn mak and pak guard. Ingat lagi kami sanggup tido lantai berbantalkan beg berselimutkan a1 paper and tunggu gate bukak paginya.

Baru-baru ni kitorg kena stay up untuk presentation class esoknya, one of exchange student dari luar negara stay dengan kami and bila dah pukul 2 pagi kitorg x sampai hati nak suruh dia stay up sampai pagi dengan kitorg so kitorg bawak dia balik. Lepas je sampai gate kitorg nampak ramai pelajar perempuan luar gate and ada guard depan gate yg berkunci. Sorang antara kami turun sbb nak teman exchange student ni masuk. Sampai sampai je sana sesi bebelan guard seperti biasa. Diorang tanya exchange student tu kenapa balik lambat and diorang tanya dalam bahasa melayu. Dah tentu tentu dia x paham. Dia toleh kat org lain. “Kenapa yang duk toleh toleh orang tengah cakap duk teleng teleng buat apa”. Sedih bila dengar. Cuba kalau dia paham. Mesti malu orang melayu cakap mcm ni.

Gate mahallah akan bukak lepas subuh. Selepas je subuh kitorg pergi balik mahallah. Berjalan kaki walaupun penat tak cukup tido muka habes licin dek minyak. Sampai gate, still tutup. Guard keluar. Dalam hati. “Ahhh sudah pak guard misai tadi”. Belum sempat nak ready “Kenapa balik? Kenapa tak tidur je kat Kaed? Mahallah bukak pukul 6.00. Sekarang baru 5.40. Saya tak akan bukak selagi tak pukul 6. Pergi balik Kaed korang tu. ” Seperti yg dijangka. Bom hiroshima meledak jua. Dan seperti biasa kami senyap. Stay Kaed kena saman, tak stay Kaed kerja tak siap. Mana satu? Kami buat keputusan duduk kat bus stop sampai pukul 6.

Open letter kat pak and mak guard:
Kalau lah anak korang satu hari nanti macam ni, apa perasaan korang?
Kami tak mintak untuk tak tidur. Kami hanya minta belas kasihan je.
Sebanyak mana prihatin guard uia, kenapa tak prihatin bila segelintir pelajar perempuan kena duduk luar sebab guard tak benarkan masuk? Seteruk mana Kaed, kami still ada kawan kawan lelaki yang prihatin keselamatan kami
Guard universiti islam, mohon jangan dera mental kami.

And lastly, pagi pagi buta membebel adakah itu salah satu cara untuk korang berjaga malam? Terfikir kejap.
Yang ikhlas, anak-anak tiri guard.

– Kumbang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit