Anak Tumpangan

Assalamualaikum admin dan pembaca semua. Maaf pertamanya saya tak pandai dan tak tahu nak mula daripada mana. Tapi saya amat memerlukan pendapat dan meluah apa yang terbuku dihati saya.

Isteri saya disahkan mengandung 5 bulan lepas, dan akan melahirkan anak kedua dan ketiga kami pada hujung bulan 7. Pada mulanya, saya terlalu excited kerana isteri saya disahkan mengandung kembar. Kegembiraan kami tidak terkata.

Masa dating scan tu, baby 8 minggu. Tapi memang nampak 2 kantung dalam rahim isteri saya. Dipendekkan cerita, asbab terlalu gembira saya pun telah berkongsi berita gembira tersebut dengan mak saya.

Tapi, bila isteri saya dapat tahu, isteri saya marah. Tapi, bagi saya mungkin pembawakkan budak dalam perut kan. Jadi saya abaikan ja. Dalam 2 minggu selepas tu, mak saya whatsapp saya, dan minta saya serahkan salah seorang kembar bila dah lahir pada kakak saya.

Saya tergamam sampai tak terkata. Tangan saya mengeletar akibat rasa amarah yang teramat. Saya tanya kenapa?

Mak saya beri alasan, dia cakap sebab kakak saya kahwin tahun yang sama dengan saya berkahwin. Sampai sekarang kakak saya masih tiada rezeki anak. Jadinya, mengikut orang tua-tua dulu katanya, kiranya anak kakak saya menumpang dalam perut isteri saya.

Lagilah, saya menyumpah-nyumpah. Fahaman karut apa lah. Dah yang mengandung isteri saya, benih dari saya. Tiba, jadi anak kakak saya. Jadi saya bluetick whatsapp mak saya.

Belum sempat apa-apa isteri saya terbaca conversation mak saya tu. Isteri saya terus menangis.

Tapi, saya tenangkan dia. Saya cakap takkan ada orang boleh ambil anak kami biarpun apa sekalipun.

Isteri saya terus salahkan saya, sebab bagitahu awal dekat mak saya. Tapi, saya akur dan mengaku kesalahan saya. Saya ingatkan akan berakhir begitu, rupa-rupanya mak saya ada whatsapp isteri saya juga.

Tak habis dengan itu. Kakak saya juga ada whatsapp cakap benda yang sama. Bagi saya, kepercayaan apa yang telah dibawa oleh mak saya ni, saya langsung tak boleh faham.

Kakak saya ni, umur 40-an. Dan telah berkahwin 4 kali, mempunyai anak 3 orang. Kami bernikah pada tahun 2020. Kakak saya nikah pada bulan 3 dan saya sepatutnya nikah bulan 4, tapi sebab wabak covid, dan PKP kami nikah bulan 5 tanpa buat majlis.

Jadinya, kakak saya menyalahkan saya dan isteri sebab nikah tahun yang sama dan dia tak boleh nak mengandung lagi. Padahal sebelum-sebelum ni elok je dia mengandung. Adakah betul semua ni? Bagi saya mengarut semua ni.

Ada juga orang kampung mengata mak saya, orang kampung kata mak saya ni ada ilmu guna-guna. Sebab, mak saya nikah dengan suami orang (ayah tiri saya).

Saya tak kenal rapat dengan mak saya, sebab waktu umur 5 tahun lagi mak abah saya cerai, saya dan arwah kakak saya dihantar ke rumah nenek belah abah saya. Mak saya hanya bawa adik saya sahaja.

Mak saya cakap, dia tak mampu nak bawa saya dan arwah kakak sekali. Jadi terpaksa tinggalkan kami dengan arwah nenek. Sebabtu, saya tak kenal personaliti mak saya. Tapi saya hanya dengar orang bercerita sahaja.

Abang saya ada juga cerita, selepas mak dan ayah tiri saya kahwin, takada satu hari pun yang ayah tiri saya balik bermalam di rumah isteri pertama.

Ayah hanya balik waktu siang sahaja. Malam akan balik semula ke rumah mak. Ayah kata, sebab mak penakut, tak boleh kena tinggal. Macam isteri pertama ayah, ada anak-anak, cucu lain yang duduk bersama.

Kalau ayah balik bermalam dirumah isteri pertama pun sebab ada kakak dan abang balik rumah. Itu pun sehari. Saya tak tahulah, sepanjang saya hidup. Bila saya dah berkahwin dengan isteri ja, saya baru balik rumah mak. Dengan kata lain, baru saya kenal mak saya.

Sebelum ni, saya duduk dengan arwah nenek. Lepas nenek meninggal, saya ikut makcik sepupu belah abah saya. Sekolah tingkat 2 sampai 5 saya duduk asrama. Waktu cuti kadang lepak rumah makcik sepupu belah abah.

Habis spm saya dah start kerja. Dan masuk universiti. Daripada masuk U, saya hanya hidup sendiri sehinggalah jumpa isteri saya.

Saya kerja dan menyewa bilik sewa, walaupun waktu tu saya masih seorang student universiti. Saya balik rumah mak saya pun, sebab isteri saya. Saya balik pun setahun sekali dua sahaja.

Sekarang, saya menyesal balik semula dekat keluarga saya.

– Pendekar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Tak payah dgr ckp mak tu. Time dia nak sesuatu dan2 la jd terpaling mak~~~ Sebelum2 ni tak kesah pun. Kau jgn layan mak dgn kakak tu. Jaga diri sendiri dgn anak isteri tu dulu. Ckp dkt kakak tu suruh dia p hospital check diri tu kenapa susah lekat. Bukannya sesuka hati tala menyalahkan org. Cara fikir serupa tak p sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *