Assalamualaikum. Nama aku Zai, 26 tahun. Ini sedikit luahan hati aku menjadi seorang anak tunggal.
Jadi anak tunggal ni best masa kekecik je sebenarnya. Serba serbi tak berkongsi. Apa yang kita mahukan dan perlukan, inshaaAllah boleh dapat. Dan kalau cakap pasal tanggungjawab pada ibubapa yang meniti hati tua nanti, of course semu sedia maklum. Anak yang sorang ni lah yang akan menjadi harapan. Tapi takpe, sedaya upaya aku akn cuba untuk meraikan hari-hari tua mak abah aku kelak. Cumaaaaaa….
Aku sedih. Stress takde adik beradik. Bila mak abah aku bergaduh, aku tepu. Aku nak berkongsi perasaan aku ni tapi pada siapa? Kalau kongsi pada silap orang, pekung mak abah aku plak yang aku canang nanti. Aku stress. Kekadang aku terpikir, mak abah aku ni tak pikir stress anak yang melihat mereka berbalah? Mak aku kalau dia geram dengan bapak aku, dia ngadu kat adik-adik dia. Bapak aku pun sama. Habis, depa tak pikir aku ke? Aku tak bodohlah nak citer aib keluarga kat medsos. Stress sangat. Dulu pernah masa kekecik, zaman naif lagi, akak sepupu cakap “Kalau stress mak abah gaduh, citerlah kat akak.” Ya, dengan jujurnya aku bercerita. Esok lusa, aku dengar dah gosipnya dalam kalangan ahli keluarga yang lain. Serik giler.
Mak aku ni jenis mak dulu-dulu punya. Dia tak kata dia tak suka nak burukkan anak sendiri, padahal dia buat. Anak orang lain, dia bangga-banggakan. Alasannya, tak nak bangga dengan anak sendiri. Aku ada perasaan juga. Kat siapa aku nak kisahkan rasa kesal dalam hati ni? Bapak aku plak, aku tatau dia ni jenis lalang yang bagaimana. Maksud aku, dia rajin bercerita pasal aku kat adik-adik aku. Then, bila tiba masa aku ziarah makcik-makcik aku, setepek kena perli lah, kena marahlah. Macam-macam. Sedih wehhhh. Aku tak buat pape pun yang salah, tapi macam langsung aku tak pernah buat benda betul.
Aku tak tahu resam hidup adik-beradik melainkan setelah aku berkahwin dan suami punya 5 orang adik-beradik. Kadang aku tak faham, kenapa kakak ipar aku ni over tang hal aku dan laki aku. Kami honeymoon, kecik hati tak diajak. Makan shellout, kena diajak. Jalan-jalan kena gitau dia. Then, bila dah ada anak-anak sendiri, baru aku faham. Anak-anak aku yang ajar aku definisi hubungan adik beradik tu bagaimana. Alhamdulillah, aku faham. Rupanya best ya ada adik beradik dari kecik. Kita ada kawan dan saudara yang tidak setakat berkongsi rahim dengan kita, malah sama-sama melakar memori dari kecil untuk dikenang di hari tua.
Terima kasih Allah sebab anugerahkanku anak-anak agar aku faham bagaimana kehidupan punya adik beradik. Bila aku stress dan depress dengan cara mak abah aku treat aku dari kecil hingga tua begini, aku hanya harap Allah je la yang mendengar dan mengadili bila makcik-makcik belah keluarga abah aku menghukum aku tanpa usul periksa. Kekadang bila melayan sedih sesorang, baru aku sedar dunia ni terlampau singkat untuk bermuram durja dan nestapa. Tapiii, nak buat acaner kan. Aku pun manusia biasa. Doakan aku sabar dan sentiasa bersyukur kerana masih mempunyai mak abah. Terima kasih.
– Zai
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit