Anak Yang Berdosa

Assalamualaikum. Terima kasih admin approved cerita ini.

Nama aku Sofea. Ini kisah tentang nenek aku yang sudah berusia 85 tahun. Namanya Mawar. Berkahwin di usia 16 tahun dengan datukku Johari, anak orang kaya. Datukku sudah lama meninggal.

Pada awal perkahwinan semua nampak indah. Sehinggalah kemeninggal duniaan ayah dan ibu mertua. Nenek terpaksa bekerja kuat untuk membesarkan 11 orang anaknya.

Datukku? Dah terbiasa hidup senang, kerjanya menghabiskan harta orang tua tanpa menghulurkan sesen buat anak isteri. Belum pun cukup pantang bersalin 40 hari, sudah membanting tulang mencari rezeki. Cukup 4 orang anak, nenek dimadukan.

Fast forward, nenek semakin tua dan nyanyuk. Anak-anak nenek sudah punya keluarga masing-masing. Di fikiran anda bagaimana cerita di hujung usia nenek? Anak-anak balas jasa jerih perih ibu? Entah mengapa nasib malang tak berkesudahan dalam hidup nenek.

Anak-anak nenek jenguk nenek di hari raya semata-mata untuk bergambar. Kemudian update Facebook, “kasih ibu bawa ke syurga. Sayangilah ibu.”

Aku yang jadi pemerhati bebas rasa nak termuntah. Benarlah, manusia suka tayang apa yang manusia lain mahu lihat. Hakikatnya tak begitu. Semua orang boleh sebut SAYANG, tapi berapa ramai yang buktikan dengan perbuatan??

Anak-anak tak sudi jaga nenek. Bertolak-tolak dengan bermacam alasan. Anak-anak lelaki nenek yang seramai 8 orang beri alasan, ibu sesuai tinggal dengan anak perempuan. Takkan anak lelaki nak cebokkan ibu?

Whattt? Habis yang cebokkan kamu dulu bukan ibu? Yang berjaga malam saat kamu sakit itu orang luar? Yang susukan kamu itu jiran tetangga? Allahu… Salah di mana, silapnya siapa…

Mak Ngah aku membebel saat suaminya menghulurkan wang RM100 pada nenek, katanya nenek dah tua nyanyuk apa guna bagi duit?? Yelah yelahhh Mak Ngah, nenek sejak nyanyuk ni dah tak makan. Ubat nenek pun tu haaa Sofea kutip dalam longkang.

Tiba giliran Mak Usu aku pula, jemput nenek katanya nak ajak nenek pergi berjalan-jalan. Bukan tepi pantai, tapi duduk makan angin dalam pejabat tabung haji.

Baki duit nenek kerja zaman muda ada RM5k. Mak Usu ambil semua. Bila dah kantoi katanya buat modal berniaga. Mentang-mentang nenek dah nyanyuk, anak-anak b****hkan nenek.

Pak Lang pula beristerikan isteri acah-acah model. Dari kaki sampai tudung semua tip top. Tapi jaga mak suami, jadi neraka dunia buatnya.

Setiap hari nenek dicaci maki. Kotor tua dan busuk. Kalau nenek terberak, habislah nenek dicaci. Mak Lang tutup hidung satu hari. Update Facebook, “tak lalu masak dan makan, busuk bau tahi orang tua.”

Aaaa betul sangat mak lang, kalau bau perfume mahal baru kita selera makan kan??

Tak habis untuk aku ceritakan semuanya. Kita hidup di dunia untuk lakukan kebaikan bukan? Aku pun tidak baik, penuh dosa. Tapi manusia yang berkira dengan secebis kebaikan yang disebut-sebut, aku percaya hidup mereka takkan bahagia.

Saat ibu pergi dari dunia, maka terputuslah nanti satu keberkatan hidup anak-anak iaitu doa ibu yang tiada hijab di sisi Allah. Tak sedarkah anak-anak tentang itu?

Nenek, sabarlah nenek. Moga setiap kezaliman itu, Allah gantikan dengan syurga. Hidup nenek pun tak mungkin lama lagi di dunia. Moga anak-anak nenek insaf dengan kejahilan mereka.

“Celakalah seseorang yang kedua orang tuanya berusia lanjut namun kedua orang tuanya tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga (kerana kebaktiannya).”

(Hadith riwayat at-Tirmizi, No. 3545)

– Sofea (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *