Anak Yang Berkira

Nama aku Tia.. Umur aku 28.. Aku tak tahu nak luah kat siapa.. Aku ni serba salah.. Aku kadang kadang ada terselit rasa tak puas hati dan berkira dengan ayah aku sendiri..

Aku duduk berdua dengan ayah aku.. Ayah aku dah lama pencen.. 2019, lepas aku habis study, aku kerja sebagai sales person..

Bila aku dah ada pendapatan sendiri, aku mula bantu ayah aku dari segi duit.. Aku bayar bil bil elektrik, kadang kadang aku belikan barang dapur, bawa ayah aku makan diluar..

Bila pergi berjalan, aku bayarkan mana yang aku mampu.. Aku bukak akaun insurans hibah untuk ayah aku..

Bila raya, aku belikan baju baru tapi aku mampu beli sehelai je. Selebihnya adik beradik aku yang lain sponsor ayah aku..

Tapi lama lama.. Ayah aku mula letak tanggungjawab keperluan rumah tu pada aku..

Barang dapur dia dah jarang sangat beli.. Kalau dulu, sesekali ada je dia jengah peti ais, barang basah dah habis dia ajak pergi beli.. Tapi sekarang dah tak buat..

Kecuali kalau anak anak dia yang lain balik tidur sini.. Tahu tahu peti ais dah penuh dengan barang basah..

Kenapa bila anak anak yang lain balik sini je baru nak belikan barang basah? Aku ni bukan anak dia ke?

Diorang tu dah berkahwin.. Sepatutnya diorang tu datang sini, belikan keperlua kat rumah ni..

Dulu masa aku belum bekerja, nak tidur pasang aircond sekejap pon ayah aku selalu bising kata aku selalu nyalakan aircond.. Padahal tak selalu pon..

Sekarang bila aku pulak bayar bil bil di rumah ni.. Bila anak menantu cucu dia balik tidur sini, disuruh suruhnya aku nyalakan aircond untuk diorang tidur..

Aku tak marah.. Cumanya aku rasa sikit terbeban dan aku terasa dengan layanan ayah aku.. Semua yang perlu dibayar kat rumah ni, semua aku kene bayar..

Aku pergi kerja naik motor.. Jarak rumah dengan pejabat aku, tak sampai 4km.. 5 minit je dah sampai.. Ulang alik, paling pon seminggu sekali baru aku isi minyak motor RM5..

Tapi ayah aku suka keluar malam, naik motor untuk pergi lepak kat kedai.. Aku tak kisah pon nak pakai.. Tapi setiap kali.. Setiap kali.. Setiap kali dia pakai, mesti sampai habis minyak..

Aku baru isi minyak 2 hari lepas.. Hari rabu petang aku isi minyak, hari khamis malam ayah aku pakai motor.. Hari jumaat pagi aku tengok minyak dah e..

Aku jadi geram sebab aku ni nak beli barang dapur pon kena korek duit tabung bila hujung bulan.. Aku tak ada duit.. Aku dah usaha bawak bekal makan dekat ofis.. Tapi ayah aku buat macam tu..

Bila aku pakai kereta dia, tak pernah aku biar minyak kereta dia kosong.. Mesti aku isi..

Entahlah aku tahu luahan aku ni memang kena kecam punya.. Tapi aku tak tahu nak luah dekat mana.. Tolong la nasihatkan otak aku yang asyik berkira dengan bapak sendiri ni..

Aku tak suka perasaan berkira dengan ayah aku sendiri.. Tapi perasaan tu datang bila setiap kali jadi.. Aku cuma mengharapkan ayah aku faham keadaan anak dia ni..

Memang ayah aku dah pencen.. Tapi dia ada sumber kewangan..

Sepatutnya tanggungjawab seorang ayah untuk menanggung anak dia yang masih belum berkahwin.. Anak bagi duit pada mak ayah tu, cuma ehsan sebagai seorang anak pada orang tuanya..

Adik beradik aku masing masing bagi duit bulanan pada ayah aku banyak sebab ayah aku pernah tunjuk pada aku..

Maafkan aku ayah.. Korang nak kecam aku kecam lah..

Terima kasih..

– Tia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. pasal minyak moto tu…boleh kot ckp direct..ckp la xsempat nk isi ke camne..
    benda ni boleh bincang je elok2…cakap..buat curhat..tapi orang tua mcm ni la…dekat bau tahi…jauh bau wangi…so..kena berlapang dada la…

  2. Tanggapan bahawa parents kena tanggung anak yg belom berkahwin tu salah ye. Kalau ada anak umur 40 belom kawin kena tanggung juga ke. Parents wajib tanggung anak2 yg masih belajar. Awak kan dah bekerja. Mmg awak kena tanggung parents pula, tapi bukan lah seperti apa yg terjadi pada awak ni. Parents kena faham mereka tidak bole melampaui batas. Kena ada tolak ansur. Anak2 pon ada perancangan masa depan masing2. Kalau rasa tertekan pindah lah. Cuba berdikari, tapi jenguk selalu dan hulur bantuan walaupun tak diminta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *