Anak Yang Dah Tak Dianggap

Hai aku seorang perempuan dah berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata yang comel. Alhamdulillah suami pon baik dan bertanggungjawab, walaupon kami bukan orang senang.

Sejak melahirkan anak yang sulung aku terus berhenti kerja atas beberapa faktor tapi bukwn ni yang aku nak cerita sebenarnya. Aku nk cerita pasal mak aku.

Ok sebelum tu nak cakap terima kasih dekat admin kalau cerita ni disiarkan dan aku perlukan pendapat pembaca semua apa aku perlu buat untuk hadap perangai mak aku ni. Harapnya tak dela kecaman sesungguhnya saya fragile huhuhuhu.

Ok aku cerita serba ringkas berkenaan mak aku, arwah ayah dan mak aku bercerai masa aku darjah 1, aku ada 5 orang adik beradik dan aku anak ke 3. Hak penjagaan kami semua dapat kat ayah aku. Alhamdulilah arwah ayah sangat baik jaga kami makan pakai semua cukup dialah mak dialah ayah.

Kami semua dia pastikan dapat sambung belajar ke menara gading sebelum dia meninggal dunia. Mak kami selepas bercerai terus kahwin baru dan mempunyai 2 orang anak lelaki. Kami lost contact dengan mak berbelas tahun sehinggalah arwah ayah meninggal baru dia munculkan diri.

Sejak dari tu kami sentiasa berhubung atau lawat mak kami di rumahnya, kami ingat selalu pesan arwah ayah untuk menghormati mak kami walaupon sebenarnya kami adik beradik tak rela.

Kami dah besar dan ada yang sudah bekerja, setiap bulan kami adik beradik hulur duit untuk mak tapi mak atau anak-anaknya selalu minta lagi dan lagi.

4 tahun lepas mak dan keluarga nya tekad untuk berpindah ke negeri di utara atas sebab ada kenalannya menjanjikan tanah dan rumah yang selesa. Kami adik beradik cuba pujuk mak untuk tidak berpindah tapi mak tak hiraukan nasihat kami dan mereka tetap berpindah ke sana.

Akhirnya mak ditipu dan terpaksa menyewa rumah disana dan pakcik (ayah tiri) yang memang panas baran dan tidak bekerja mula mengamuk dan jatuhkan talak pada mak berkali-kali. Mak dan anak2 nya tekad pindah rumah. Tak pela sampai sini je saya cerita pasal tu kalau tak lagi panjang nanti.

Berbalik pasal mak, 1 hari kami dapat tahu mak kena minor strok dan 2 anak lelaki mak asyik telefon kami adik beradik minta jaga mak di hospital dan minta duit dari kami untuk belanja sepanjang di hospital. Suami aku dapat tahu pasal ni terus mintak aku siap2 untuk ke utara dan jaga mak di hospital.

Sepanjang di hospital aku dan kakak nombor 2 yang gilir2 jaga mak.lepas mak dapat keluar dari hospital aku dan suami tekad bawa mak balik selangor untuk aku jaga kebetulan aku memang surirumah.

Mula2 susah nak pujuk untuk mak ikot aku tapi disebabkan aku susah nak lawat mak dan aku beritahu sapa yang nak uruskan mak yang susah nak bergerak barulah mak nak ikot aku. Kakak aku yang sulung siap buat jadual kami adik beradik giliran jaga mak setiap minggu pada sabtu dan ahad untuk aku rehat.

Tapi anak2 mak yang 2 orang tu langsung tak balik. Mak tak boleh makan hanya bergantung pada susu yang dimasukkan melalui tiub di hidung setiap 3 jam.

Susu mak mahal dan kakak yang sulung banyak belikan. Mak juga pakai pampers dan adik beradik lain belikan keperluan mak.. aku cuma tolong jaga mak.

Kami jaga mak dari mak tak boleh jalan sampai boleh jalan (bertongkat), mak tak boleh makan sampai mak boleh makan sendiri, mak pakai pampers sampai mak tak pakai pampers. Mak pon dah boleh ambil wudhu dan solat sendiri.

Bila mak dah sihat rupanya mak berhubung semula dengan pakcik seperti orang baru bercinta. Bila kami menjegah mak dating dirumah asbab tiada ikatan dan tak manis, mak jual nama kami cakap kami tak suka pakcik datang ke rumah kami.

Mak mula serba tak kena dan moody. Mak asyik suruh kami hantar dia balik ke utara. Mak bahagia hari-hari video call dgn anak nya yang 2 orang tu. Bila habis video call mak moody semula. Mak tak lalu makan, risaukan 2 orang anaknya yang dah berusia 20an tu dan cakap nak balik ke rumahnya.

Anak2 yang dikasihkan langsung tidak jenguk mak di sini. Mak asyik cakap kesian anak 2 orang tu yang penat setiap hari bekerja nak bayar segala bil dan rumah sewa. Mak langsung tak tanya kesusahan kami adik beradik lagipon kami tak tunjukkan kesusahan kami pada mak.

Akhirnya kami adik beradik sepakat untuk menghantar mak balik. Sedihnya kenapa kami seperti tidak dianggap. Apa salah kami mak!

Lepas ni korang rasa kami patut buat apa? Buat tak tahu atau masih ambil tahu?

– Lala yang layu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *