Maafkan diriku jika confession ini membuat anda trigger.
Kenalkan, aku Fa. Aku seorang perempuan, anak sulung, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak, bekerjaya dan usia awal 30-an.
Aku straightforward, aku anak luar nikah.
Masa kecilku, banyak memori duka berbanding suka. Aku dipukul dengan teruk hanya kerana kesalahan kecil. Badanku berbirat. Luka-luka walau sudah sembuh, tetap saja luka itu membekas di hati.
Aku pernah dhalau keluar rumah walau ketika itu aku masih kecil. Tak tahu apa-apa. Aku nak lari ke mana?
Aku juga pernah dihukum dengan kesalahan yang aku tidak pernah buat. Aku yang sulung, aku yang kerap dipersalahkan. Semua itu masih segar dalam ingatan.
Masa tu aku belum membenci ibu. Sampailah saat aku tahu yang aku sebenarnya anak luar nikah dan aku di bintikan dengan bukan bapa kandungku (untuk menutup aib keluarga)
Sejak aku tahu, aku kerap memberontak dalam diri. Kehidupan aku juga dikongkong. Aku seperti orang gaji sedangkan adik-adikku bersenang-lenang. Sebaik mana pun perangai aku, aku tetap nampak buruk.
Ibu ku seorang NPD. Lebih menyayangi anak kedua, ketiga & bongsu walaupun ibu ku cakap ibu sayang semua.
Fast forward, aku banyak dapat tawaran belajar tapi ibuku tolak sebab kami orang miskin. Tapi akhirnya aku berjaya sambung belajar atas jasa makcikku. Dapatlah aku keluar dari dunia ibuku. Masa tu aku sangat gembira dapat bebas dari kongkongan ibu.
Masa kahwin, urusanku sulit sebab kena guna wali hakim. Terpaksa buat cerita dengan keluarga yang kami telah bernikah padahal hanya untuk menutup aib.
Kami nikah di pejabat agama disaksikan keluarga terdekat aku & suami. Mujur mertuaku dapat terima aku seadanya begitu juga suamiku.
Kami direzekikan dapat zuriat sebulan selepas nikah. PJJ dengan suami, dan dipendekkan cerita lahirlah anak pertama kami, dengan keadaan kami masih menyewa.
Majlis kahwin ibuku suruh buat besar-besaran. Tidak mampu, tapi takut dengan cakap2 orang kampung. Terpaksalah suamiku buat loan hanya untuk merealisasikan “impian” ibu ku.
Dapat rezeki pindah, maka bermulalah kehidupan kami sebagai suami isteri sebumbung. Alhamdulillah di sebalik semua ujian kami dapat atasi. Terima kasih duhai suami kerana banyak bersabar.
Ibu ku selalu sangat minta kami balik ke kampung, setiap minggu, sampai aku rasa kami tiada kehidupan sendiri.
Dari kecil, hingga berkahwin dan beranak dua ni kehidupan aku sering diatur mengikut kehendak ibu. Jika tidak diikut, akan merajuk. Mulalah aku dihantui dengan rasa bersalah dan berdosa sebab derhaka.
Marah anak tak boleh, tapi masa kecilku aku kerap dimarahi (& dipukul)
Cara kami didik anak pun ditegur. Padahal itu anak-anak kami.
Bkn membuka pekung di dada, tapi hakikat yang ingin aku katakan:
Ibu bapaku dan adik beradikku tidak mengamalkan kehidupan beragama. Tidak solat dianggap normal. Membuka aurat & tutup aurat mengikut keadaan. Tidak puasa walaupun sihat.
Keadaan ini membuatku keliru. Aku tercari-cari hidayah. Dan aku janji, walau keluargaku begini, tapi kehidupan beragama itu kena bermula dari aku.
Aku dan suami berusaha didik anak sesuai dengan suruhan agama. Doakan kami dapat jadi ibu bapa yang baik untuk anak-anak kami.
Aku pendekkan cerita,
Sampailah aku tak mampu tipu diriku. Aku benci dengan ibu dan rasa dendam makin hari makin kuat.
Kalau boleh aku mahu putuskan hubungan dengan ibu dan keluarga. Aku mahu mereka tak ganggu kehidupan aku lagi. Aku mahu “lari” jauh dari mereka.
Aku kerap trigger hinggakan anak-anak aku tantrum, fikiran jahat selalu menghasut, “bunuh! bunuh!” Sampaikan aku dapat bayangkan aku sudah “terbunuh” anak aku! Aku tak dapat kawal diri. Aku takut aku hilang waras.
Mujur الله masih pelihara diri dari melakukan perkara itu…
Aku ada berjumpa doktor, dan doktor refer aku untuk kaunseling. Aku masih berusaha untuk sembuh. Tapi ibu kerap ganggu aku.
Aku jadi semakin benci ibu. Aku juga tidak balik ke kampung. Aku juga tidak bertanya khabar. Aku tak mau tahu apa-apa tentang ibu.
Aku tahu aku derhaka. Sampai bila aku macam ni aku tak tahu, apa pengakhiran hidup aku tak tahu, apa yang aku tahu aku benci ibu dan tak mahu jumpa ibu.
Mungkin bila ibu meninggal aku akan melupakan.
Janganlah الله uji ibu sakit dan perlu dijaga, memang aku akan nampak anak yang terpaling derhaka.
Doakan aku agar tidak jadi seperti ibu,
Doakan anak-anak aku agar tidak membenci aku sebagaimana aku membenci ibu.
Aku mendewasa dengan luka,
Aku cuba memaafkan “jiwa anak kecil” yang ada dalam diri aku.
– Anak yang derhaka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Jauhkan diri sekejap, pulihkan kesihatan mental sis dulu. Bila dah tenang dan bersedia baru la pergi balik jumpa ibu dan keluarga. Jgn fikir derhaka tau tak. Allah lebih tahu & Dia je yg berhak menghukum. Yg penting jaga diri & kesihatan mental sis. Tu akan bagi effect pd keluarga kecil & anak-anak sis.
Anon, i dkt posisi sama mcm you yg ada NPD mom and also eldest of 3 siblings.
Bezanya i bukan anak luar nikah but from broken family bcs parent bercerai sejak sekolah. Dugaan besar kte adalah seorang ibu atau emak, apa yg i bolhe advice utk kasi semangat is you kne jauhkn diri n put gap dgn your mum. Ni benda paling susah nak buat but you have to do it. Jauhkn diri bukan utk menderhaka tetapi save yourself first.
You dah ada anak, utk org mcm kte yg exposed to trauma from mom, kte ada potential utk develop same attitude n beri trauma yg sama pd anak you pulak nanti mcm one cycle. So now, divert your outmost priority to your husband n anak more. Be happy with them n visit your mom kdg2 je. Semoga urusan anon dipermudahkan.