Assalamualaikum pembaca IIUM Confession semua… tujuan saya menulis ni untuk meminta pendapat dari anda.
Saya mempunyai adik beradik yang boleh dikatakan berdikari sejak kecil munkin faktor mak ayah kami sibuk bekerja mencari nafkah untuk kami.
Tetapi salah seorang dari kami mempunyai perangai yang pelik suka mengambil hak orang sesuka hati dan duit mak ayah saya sejak kecil. Sehingga dirotan pun masih tak berubah perangainya.
Sebelum berkahwin dia dimanja dan diagungkan oleh ayah walaupun mengambil duit daripada pelanggan kami.
Oh ya untuk pengetahuan semua ayah saya berniaga kecil-kecilan ya sehingga ibu terpaksa mengeluarkan simpanan untuk membayar hasil jualan tersebut untuk dibuat modal esok harinya.
Tapi ayah tetap tak mahu ambil tindakan atasnya kerana jumlahnya hanya lah sikit RM3000 kata ayah.
Kami adik beradik yang lain benggang masa dia nak kahwin dia mengaku simpanan nya banyak tetapi diakhir waktu duit dia kosong kami terkejut lalu selepas diselidik, rupanya dia bermain judi online sehingga habis duit kahwinnya.
Kelam kabut kiteorg cari duit untuk dia bernikah sehingga dari cincin nikah sehingga la ke wang hantaran semua nya duit ayah dan kami adik beradik untuk elak malu.
Habis telefon, rantai emas aku dan beberapa barangan berharga dijual nya. Menangis air mata darah masih ayah membela nya, kata ayah itu lah kau letak lagi merata.
Selepas berkahwin, barangan kemas isteri juga dijual ya, masih ayah menyalahkan kami seperti dia tidak salah langsung.
Binggung dengan ayah aku punya pendirian apa la yang diagungkan sangat manusia begitu, sehingga isteri dia minta untuk diceraikan tapi masih mengulangi silap yang sama.
Sekarang mereka bahagia dengan seorang cahaya mata tetapi dia masih berperangai sama.
Kini, dia berani mengambil duit jualan sehingga RM10,000 terpaksa kami menanggung dan kini dia berani cuba pinjam pada ah long.
Benda yang paling kami takut dan masih ayah aku membela dia dan kami mendesak untuk membuat report polis atas pecah amanah.
Ayah hanya marah dan berkata pergi ayah tak mahu ambil tahu apa-apa. Kalau la dari dulu tindakan diambil pasti ini tak akan terjadi. Kami rasa tidak selamat dirumah sendiri.
Mohon bagi pendapat apa yang perlu aku lakukan? Report polis pasti ayah membenci aku selamanya, jika tidak report dia boleh membahayakan keluarga kami…
Terima kasih kepada yang sudi membaca dan maaf atas ayat yang berterabur.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit