Anak Yang Dianggap Bodoh

Assalamualaikum semua. Saya hanya tersenyum bila baca perkembangan Shila dengan keluarganya. Itulah yang sedang saya alaminya sehingga sekarang umur dah hampir masuk 40 tahun.

Buka mulut, jadi anak derhaka. Diam pun tetap jadi anak derhaka. Bila harta diletakkan nombor 1, inilah akibatnya.

Saya baru sahaja melakukan tindakan yang tak pernah saya buat selama ini.

Saya hanya mendiamkan diri dan tidak balik kampung hampir setahun walaupun hakikatnya saya hanya melihat dan bertanya khabar kedua ibu bapa saya melalui orang lain. Sangat sakit sebenarnya. Rindu. 

Tapi, Saya dah tak perlukan nasihat sesiapa sekarang ini dan tak kisah orang menjatuhkan hukuman bahawa saya anak derhaka.

Benar apa yang orang sekeliling katakan saya tak patut bertindak macam ini dan saya akan menyesal bila ibu bapa dah tiada lagi. sebab saya bukannya artis, jadi ceritanya terlalu perit untuk diluahkan.

Saya hanya orang biasa, jadi mudah untuk orang hukum anak-anak seperti kami.

Saya yakin ramai lagi anak-anak kat luar sana yang seperti kami tak ingin berjauhan dari ibu bapa. Bertindak mendiamkan diri adalah jalan terbaik sebab title kami adalah title ANAK.

Tiada apa yang dapat kami balas dengan segala pengorbanan mak bapa membesarkan anak-anak tak berguna seperti kami.

Saya yakin, anak-anak yang berada dalam situasi seperti kami ni dah labelkan diri sendiri sebagai ANAK TAK BERGUNA, anak yang selalu menyusahkan mak bapa, ANAK DERHAKA.

Sebelum orang ramai labelkan kami, dah lama kami labelkan diri kami sendiri dengan semua tu.

Sejak dari kecil hingga dah besar. Adik beradik pulak cucuk jarum supaya bertambah api kemarahan mak bapa pada anak tak berguna seperti kami ini.

Sedangkan yang sibuk cucuk jarum dan jadi minyak tu, satu habuk harta pun tak ada. Susah sikit, cari mak, pinjam duit.

Tapi anak derhaka macam kami ni gak yang dianggap langsung tak ambil peduli pasal keluarga.

Kalau diikutkan gaji saya jauh lebih tinggi daripada adik beradik lain, tapi cara hidup saya pakai minum saya jauh lebih selekeh, lebih busuk, lebih buruk, lebih miskin daripada mereka.

Sendiri hidup boros, tapi saya pulak dicop sombong, berlagak sebab banyak duit. Label yang telah dicop oleh adik beradik sendiri dan juga mak bapa. Alhamdulillah.

Tapi kelakarnya, bila saya perghabihkan duit saya untuk tolong mereka, tak da pula dicop macam tu. 

Kamu semua, kami sebagai title anak belajar untuk diam sebab mental kami dah penat.

Kami hanya akan dilayan elok jika tolong adik beradik sampailah kami mati. Kalau tak tolong, dapatlah title yang sangat menyeronokkan keluar daripada mulut mak bapa kandung sendiri.

Perkataan-perkataan yang keluar dari mulut mak bapa kandung sendiri yang telah dihadam sejak kecil lagi,

Akhirnya membuatkan kami mendiamkan diri dan menjauhkan diri dari mak bapa kandung sendiri buat sementara waktu yang tak tahu sampai bila akan berakhir. Allahuakbar.

Hati kami sangat sakit sebab kami tahu tindakan kami salah.

Tapi kami perlu pulihkan mental kami. Sampai menggigil hampir setiap hari, tak tidur lena bertahun-tahun. Menangis setiap kali sebelum tidur.

Duduk seorang diri, tak suka orang ramai, selesa duduk dalam gelap dan waktu malam, suka hujan. Itu belum lagi kenapa tak kahwin je, pasal kerja dan kehidupan seharian,

– Khadijah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *