Assalamualaikum. Aku tak tau nak mula kan cerita bagaimana. Aku seorang gadis pertengahan 20 an. Diluar rumah aku seorang gadis yang periang, kelakar dan pendengar bagi masalah kawan2. Tetapi didalam rumah, aku seorang pendiam. Bercakap hanya perlu. Tidak ketawa. Hanya muka marah sahaja.
Aku ada seorang ibu. Ibu aku selalu maki hamun dan sumpah seranah aku. Kerana aku mempunyai tanda lahir dan muka yang seiras bapaku.
Ayah dan ibu sudah bercerai ketika aku kecil. Ayah menceraikan ibu kerana tidak tahan dengan sikap maki dan mata duitan ibu. Aku bukan anak sulung,bukan juga anak bongsu. Tapi Aku mempunyai 5 orang adik beradik.
Maka sejak ayah tiada di dalam rumah, aku sering menjadi punching bag ibu. Ketika kecil fizikal aku menjadi sasaran ibu. Lebam dan luka sudah biasa bagi aku. Segala parut dibadan aku menjadi saksi kekejaman ibu.
Ketika usia aku bertambah ke alam dewasa, mental aku pula menjadi sasaran ibu. Sudah tidak memukul aku tetapi mendera emosi aku.
Ketika sekolah aku merupakan seorang pelajar yang agak cemerlang. Keputusan peperiksaan semua nya agak bagus walaupun kadang cuma gred B, C dan D saja. Aku seorang pelajar yang aktif sukan dan persatuan. Tapi itu hanya disekolah.
Dirumah aku tidak dibenarkan memasak dan membasuh baju. Erti kata lain tidak dibenarkan menggunakan mesin basuh dan dapur ibu. Aku tidak pasti mengapa. Yang pasti jika aku menggunakan mesin basuh pasti Ibu mengamuk seperti dirasuk saka.
Pernah sekali aku membasuh baju menggunakan mesin, lalu ibu maki hamun dan ketawakan aku. Ibu seolah2 mngatakan bahawa aku belajar pandai tetapi bodoh dalam menggunakan mesin basuh.
Ini salah satu punca. Ada banyak tetapi biarlah aku menceritakan satu punca utama sahaja. Begitu juga dapur ibu dan peralatan memasak ibu. Ibu akan mengamuk Jika aku menggunakan benda2 ini.
Setiap kali aku memasak pasti ibu akan komen buruk2 masakan aku. Tetapi setiap masakan aku pasti habis dimakan oleh adik beradik aku
Sejak dari itu adik2 aku lah yang membasuh baju aku dan memasak untuk aku. Mereka pun faham situasi aku. Orang luar mengatakan aku pemalas dan mengharapkan adik2 untuk melakukan kerja dirumah. Tetapi mereka tidak tahu hal sebenar.
Ketika sudah berkerja. Aku tetap memberi Ibu wang serta membeli barangan dapur walaupun sedikit. Tetapi ibu seolah tidak berpuas hati.
Setiap hari ketika mahu pulang dari kerja ibu pasti mesej untuk memesan apa2 saja yang diinginkan. Aku pasti usahakan juga walaupun aku mengikat perut seharian ditempat kerja. Tetapi ibu selalu marah.Ada saja perkara yang tidak memuaskan hati Ibu.
Sepanjang hidup aku, aku sudah cuba bermacam cara dari kecil untuk ambil hati Ibu aku. Namun semua nya sia2. Akhirnya aku yang dipersalahkan, aku yang dimaki hamun, aku yang sering dihina. Aku yang sering menjadi sasaran.
Ibu lebih sayangkan adik2. Adik2 mintalah apa saja pasti dapat. Ibu sanggup berhutang demi keperluan adik2. Cuma adik2 sajalah istimewa dihati Ibu.Walaupun keputusan peperiksaan adik2 semua merah, walaupun ada adik2 yang dibuang sekolah.. Namun akhirnya adik2 jua lah istimewa.
Aku agak tertekan tinggal bersama ibu sekarang. Aku buntu. Aku ada kerja cuma gaji hanya RM700 sebulan. Aku tidak tahu tahap kesabaran aku sehingga mana.
Sejak akhir2 ini aku sering bermimpi menikam ibu berkali2. Jadi aku takut dengan diri sendiri. Aku sayang ibu. Cuma aku rasa agak kecewa dan sedih dengan sikap ibu. Setiap perbuatan ibu lakukan terhadap aku ketika kecil masih aku ingati.
Aku solat, aku membaca al Quran. Tetapi jiwa aku sakit. Setiap kali aku marah tangan aku mengigil2. Rasa seperti mahu menamatkan riwayat ibu sahaja.
Aku perlukan seseorang yang sudi mendengar luahan aku tanpa menghakimi aku. Aku sering menangis. Suara aku tidak kedengaran. Yang pastinya airmata aku tidak pernah kering.
Tolong bantu aku. Please help me.
– Janes (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit