Anak Yang Dipersalahkan

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Terima kasih kepada admin seperti biasa jika cerita ini disiarkan.
Tujuan aku buat confession ini yang utamanya mahu memberi kesedaran kepada bakal ibu bapa atau ibu bapa yang masih buta menilai anak-anak mereka dengan sebenarnya. Manalah tahu, ada yang amalkan amalan anak kesayangan, sampai anak-anak lain pandang sebelah saja.

Aku anak sulung, dan sepastinya akan ada tanggungjawab yang automatik kena tanggung. Walaupun korang dan aku sendiri pun tak nak. Tapi, siapalah kita nak tolak takdir. Bersyukurlah jadi anak sulung sebab mak ayah akan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada kita. Sampaikan ada yang menyalahkan kita sebab adik-adik kita buat hal, kemudian ibu ayab akan salahkan kita buat benda itu, walaupun kita tak pernah buat.

Kisah ini bermula sejak aku sekolah rendah. Masa itu, adik aku baru masuk tadika. Jadi, ibu ayah aku lebih beri perhatian kepada adik aku memandangkan dia lebih perlukan sokongan. Kononnya. Aku pun sendirian dari hari ke hari. Kerja sekolah aku tanya pun, masing-masing suruh aku fikir sendiri. Tapi adik aku, mak ayah aku suruh aku ajar. Bila aku sibuk buat kerja sekolah, mulalah mak ayah aku merungut. Aku macam… what? Aku ini, tak ada tempat rujukan di rumah. Buku rujukan cuma buku teks yang aku sendiri pun tak faham. Haha. Tapi, mak ayah aku tak pernah tolong aku. Mereka suruh aku belajar sendiri dan kalau tak faham, pergi tanya jiran. Aku masa itu, tak apalah. Reda. Adik masih kecil lagi.

Tapi, makin lama makin melampau. Aku rasa mindset aku itu salah. Kalau aku sentiasa fikir adik aku masih kecil, habis aku kena fikir yang aku dewasa? Perkara ini makan diri aku sendiri. Tak salah fikir macam itu, tapi jangan keterlaluan. Sekarang, apa-apa yang adik aku buat salah, mak ayah aku akan cakap aku tunjuk perangai buruk aku depan adik aku. Sampaikan curi duit pun mereka kata aku tak pandai jaga adik. Again… what?

Cakap bab duit pula… Betul orang kata. Kalau kita ada duit, semua orang dekat. Tunjuk sayang mereka. Mak ayah aku tak terkecuali. Bila aku ada duit sikit, mereka mulalah berbaik. Siap gurau konon nak makan luar. Disebabkan aku ini diajar oleh diri sendiri untuk buat baik, aku pun belanjalah mereka makan di luar. Tapi taklah selalu baik. Kadang-kadang aku buat bodoh aje lah. Boleh kata 1/10 aku buat.

Adik aku pula, biadapnya semakin menjadi-jadi. Bayangkan, kau duduk diam membaca artikel gosip RotiMiskin di telefon, adik kau datang kacau. Kau tak nak dia ganggu kau, kau cakaplah jangan ganggu. Kemudian, dia degil dan teris kacau kau. Dia keluar sekejap dan nak ambil telefon untuk tangkap gambar kau. Kau pun kinci pintu. Dia tendang pintu kau sampai selak pintu tercabut sebab naik angin.

Kau rasa?

Kedua, adik aku curi duit aku. Aku mulanya tak perasan, tetapi makin lama, makin kurang duit aku walaupun aku tak guna. Ini duit tabung. Dan aku kira siap catat dalam buku. Aku dah tahu, siapa yang buat. Aku bagitahu mak aku, dia tanyalah adik aku. Mulanya tak mengaku, tapi akhirnya mengaku. Mak aku memang marah, tetapi beberapa hari kemudian, mak aku beri duit belanja pada dia supaya dia tak mencuri. Langkah yang bagus, tetapi aku? Langsung dia tak beri. Aku tak minta, tapi terkilan. Yalah, masa itu kecil lagi. Waktu aku sekolah menengah, dan biasalah remaja. Nak melepak. Tetapi, syukur alhamdulillah. Aku diajar lagi oleh diri sendiri supaya tidak membazirkan duit. Malangnya, adik aku yang diajar dengan baik oleh ibu ayah aku yang memboroskan duit sesuka hati.

Ketiga, apa yang adik aku nak. Ini paling aku sakit hati sebab sampai sekarang masih terasa. Apa yang adik aku nak, mak ayah aku akan cuba tunaikan. Aku? Kalau benda itu murah, okaylah. Mak ayah aku tanggung. Tapi benda itu mahal, mak aku suruh kumpul sendiri duit. Tapi adik aku, dia siap suruh adik aku jual barang dekat internet, dan semua duit itu adik aku guna untuk beli barang dia nak. Masa itu aku macam… ****. Maaf, tercarut sikit. Tak dapat baca pun.

Aku masih ingat, adik aku sebulan merajuk dengan mak ayah sebab tak belikan dia barang yang dia nak. Beratus jugalah benda itu. Dia jual barang mak ayah aku yang mak ayah aku terpaksa lepaskan walaupun masih elok dipakai, tetapi tak mengapa, demi anak tersayang. BUEKKK. Tak cukup, mak ayah aku siap tambah lagi. Lepas itu, mak ayah aku siap bangga, adik aku usaha untuk beli barang itu dengan usaha sendiri.

Aku pula… kumpul duit sendiri tanpa harapkan bantuan sesiapa, kemudian adalah aku puji diri sendiri yang aku puas hati beli barang guna duit aku sendiri. Tahu apa mereka kata?

“Nak beli barang yang kau nak, memanglah kena guna duit sendiri. Buat apa harapkan bantuan orang?”

Hahahahaha. Ya tak ya jugak. Sebab aku tak nak sakit hati, aku anggap itu perlian untuk adik aku walaupub masa itu adik aku tak ada bersama mendengarnya.

Keempat, ‘topeng’ adik. Kalau aku buat muka, sebab terasa dengan apa mak aku kata, mulalah mak aku membebel tak henti. Sampai kalau aku tak tolong dia kupas bawang sebab aku sibuk dengan kerja, dia membebel sampai mengungkit kisah lalu yang tak patut dikenang.

Tapi yang kelakar itu, bila adik aku buat muka, dia marah juga. Tapi libatkan aku sekali walaupun aku rilek je masa itu. Mula-mula dia membebel pada adik aku, kemudian dia kaitkan aku, dan akhirnya cerita perangai buruk aku sebagai penutupnya. Again and again… what the?

Yalah… memang aku sesuai dijadikan penutup cerita. Bangga pulak.

Macam-macam lagi sebenarnya nak diceritakan, tapi aku takut korang minta lukis sebab panjang pula nanti. Nak lukis nanti, hantar dekat mana?

Tipulah aku tak sakit hati merasai semua kenangan ini. Bukan ini saja yang aku rasa, tetapi banyak lagi aku rasa. Untunglah jadi adik aku itu, mak ayah aku marah pun, macam itu saja. Lepas itu lupa semula. Aku tak minta banyak, tapi aku tak mulakan, dan aku tetap kena marah sebab aku pun dua kali lima… sama saja.

Kalau korang? Korang pun bukannya suka sangat, dan tak buat, tapi tetap kena disalahkan….

Kalau aku yang buat salah, seminggu tak habis cerita lagi. Ungkit dan terus ungkit. Tak payah cerita aku buat salah, yang tak buat salah pun kena. Memang aku dibebani dengan tanggungjawab yang berat. Kena tunjuk baik 24 jam. Jadi anak contoh dari pejam mata sampai pejam mata. Yalah, aku kan manusia sempurna. Sebab itu aku tak boleh salah sikit.

Aku sampai satu tahap, terfikir, kenapa mak ayah aku begitu?

Mak ayah aku sembahyang tak tinggal, pergi ceramah dengar ustaz dan ustazah beri ceramah, dan lain-lain lagi. Tetapi, mereka tetap seperti itu.

Hmmm… Entahlah…

Aku harap, mak ayah atau bakal mak ayah, tolonglah didik anak korang dengan seadilnya. Jangan sampai salah seorang anak korang jadi macam aku. Jangan tahu buat anak, tapi tak pandai didik anak.

Aku cuma harap, jangan anak yang korang duduk bangga dan sayang, esok lusa malukan korang. Tapi anak yang korang malukan di khalyak orang ramai, esok lusa akan harumkan nama negara.

Ini pesanan untuk diri sendiri juga. Ingat itu, jangan amalkan amalan anak kesayangan. Amalkan amalan, sayang anak sama adil, sama rata, membina keluarga bahagia.

Sekian, terima kasih.

P/s : mohon faham jalan cerita dengan betul dan jangan timbulkan salah faham. Ini bukan pasal anak sulung , kadang2 anak tengah, anak bongsu boleh kena. Ini cerita yang aku kena. Okay? Sayang anda semua.

– Anak Sulung

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit