Aku Wani. Berumur 30 tahun. Bekerja dan bujang. Seperti tajuk, aku, anak yang direzekikan tinggal dengan ibu bapa. Macam anak tunggal lah kiranya sekarang. Semua adik beradik lain berada di negeri lain.
Ya, aku dan ibu bapaku bertiga sahaja di rumah. Baru masuk tahun kelima aku direzekikan begini. Aku tertarik nak cerita hal ni, untuk semangat buat semua, yang direzekikan menetap dengan ibubapa. Orang luar akan rasa, wah bestnya dapat berbakti etc etc.
Walaubagaimanapun, aku faham perasaan kita semua. Sikit banyak mesti ada konflik dalaman, perasaan dan luaran. Samada dengan ibubapa atau adik beradik lain. Cumanya kita kekal positif sebab kita faham, itu mak tu, tu ayah tuu. Jadi, telanlah segalanya dengan senyuman. Kita manusia biasa, takkan ada yang semuanya indah. Pasti ada onak duri.
Pada tahun awal, aku struggle untuk ikut rentak daily ibubapaku. Lain ye suasana anak yang jauh balik sekali sekala dengan anak yang duduk sekali setiap hari ni. Jangan suruh kami menyewa di luar, keadaan kami perlu di rumah ibubapa untuk kesejahteraan semua.
Bila kita sorang je anak, automatically segala kerja rumah kita perlu buat. Segala. Sebab kita anak. Dah sampai masa kita perlu buat semua untuk mereka. Awal-awal dulu aku struggle, rasa penat gila. Sampai satu tahap, aku rasa tak mampu. Tapi cara terbaik bila aku ubah mindset.
Ubah mindset kepada ni semua ladang pahala aku. Like seriously ladang. Aku kena tuai untuk akhirat aku. Ladang dah ada, kalau aku tak tuai, rugi besar! Bila mindset aku macam ni, aku jadi teruja nak buat segala kerja rumah, masak, mengemas, segalanya untuk ibu bapaku.
Setiap kali adik beradik lain balik, tipulah kata tak penat. Masak mengemas semua jadi extra. Nak taknak, aku yang duduk di rumah yang tahu segala flow, jadi aku lah kena treat semua yang balik sekali sekala. Ingat, gunakan mindset ladang pahala. Ni ladang pahala, akan membuatkan kita bersemangat untuk menuai.
Aku sampai tahap, kalau adik beradik aku balik, aku akan cepat-cepat nak buat kerja rumah, sebab aku akan fikir eishh kuranglah pahala aku harini kalau diorang yang buat. Hahaha. Alhamdulillah adik-beradik aku semua ok bertanggungjawab, takde isu apa-apa.
Seterusnya, selalu kita akan keluar dengan ibubapa, betul? Makan ke pasar ke, ke mana sajalah. Anak-anak yang direzekikan bersama ibubapa, cubalah tips aku ni, tinggalkan handphone di tempat lain ketika bersama ibubapa.
Contoh, kalau keluar makan malam, handphone tinggal di rumah. Paling lama 2 jam jee. Kalau makan di rumah, tinggalkan handphone di dalam bilik. Paling lama 1 jam je. Kadang-kadang kita yang daily hidup bersama terlepas pandang benda-benda macam ni. Tinggalkan terus handphone, tataplah wajah kedua ibubapa. Nescaya, akan rasa sesuatu sangat.
Aku taktau apa yang aku bebelkan, aku just nak kita semua ‘team direzekikan jaga ibubapa’ terus cemerlang gemilang dan terbilang menjadi anak yang terbaik yang kita mampu! Dedulu aku selalu sebut, ‘dah nasib aku kena tinggal dengan diorang, tak bebas hidup membujang etc etc’.
No, tukar perkataan. Bukan nasib, tapi rezeki. Ladang pahala, remember? Kita semua ada ladang masing-masing. Yang bersuami, ladang pahala dengan keluarga bersama suami. Dan inilah ladang yang Allah bagi pada kita. Rugi kalau tak guna sebaiknya. Terbentang luas dah ladang ni.
Akhir kata, anything yang Allah bagi dulu, kita nikmati dan hargai. Jangan sampai kita menyesal di hari akan datang. Dalam situasi apa sekalipun, count your blessings! Count and count! Selamat tuai pahala banyak-banyak di ladang masing-masing. Tu je objektif kehidupan kita semua sebagai manusia. Hugsss.
– Wani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit