Assalamualaikum semua. Confession ni sekadar untuk meluah isi hati yang dah lama pendam. Sebelum tu saya perkenalkan diri saya dulu lah ye.
Saya W (27L). Bekerja di sektor swasta. Ceritanya saya sekarang masih bujang dan belum pernah melalui apa-apa hubungan romantik.
Ceritanya mula macam ni. Saya datang daripada keluarga yang kacau-bilau dengan bapak entah hidup entah mati (tak pernah jumpa dia mungkin la ada masa kecil-kecil dulu tapi sejak-sejak boleh ingat ni tak pernah nampak batang hidup) dan mak pula selalu bertukar-tukar suami.
Saya membesar dengan bapak tiri yang boleh tahan menyusahkan, kaki botol dan kaki perempuan. Disebabkan persekitaran hidup kami macam tu jadi saya sebagai anak sulung ni lah jadi tempat lepas geram mak bila dia bergaduh dengan bapak tiri tu.
Lupa nak bagitau, saya juga ada dua orang adik seorang 23L dan lagi seorang 18P. Alhamdulillah semua lepas untuk sambung belajar dalam bidang yang diminati masing-masing.
Berbalik kepada cerita tadi, mak ni boleh dikategorikan sebagai “women always right” dan “men always wrong”.
Jadi, bila mak bergaduh dengan bapak tiri, dia akan lepaskan geram kat saya dengan kata-kata seperti “jantan memang semua sama-sama beban”.
Itu tak kisah sangat, yang paling membuatkan saya sebagai anak termakan hati bila ada satu hari tu saya ada terbuat perangai (waktu ni mak saya baru bercerai dengan bapak tiri kedua daripada 5 dan ye itu memang salah saya. Saya juga masih dalam lingkungan 9-10 tahun waktu tu)
Mungkin dia geram sangat sampai dia sumpah supaya saya tiada jodoh sampai mati, kalau saya ada girlfriend ke atau ada perempuan yang minat saya ke dia akan cuba sedaya upaya untuk pisahkan kami. Lebih kurang macam tu la yang dia cakap.
Dalam beberapa tahun kemudiannya, mak diterima bekerja sebagai seorang peguam dan kehidupan kami mula baik.
Bila mak dah banyak simpanan, mak pula mulakan perniagaan sendiri dan masih dalam circle berkahwin dan bercerai selang 2 tahun. Waktu ni kehidupan kami sudah pun harmoni tanpa ada apa-apa lagi konflik keluarga. Alhamdulillah.
Bila saya pun dah bekerja dengan gaji 5 angka ni mula la mak buat ayat teringin nak timang cucu dan sebagainya sedangkan anaknya ini masih tiada calon dan tak pernah ada pengalaman dalam perhubungan romantik jadi saya macam terpinga-pinga juga la.
Awal-awal tu layan la juga dan anggap benda ni sebagai satu jenaka tapi bila dah bertahun-tahun dengar dia cakap macam tu (kitaorang ada rutin di mana setiap petang waktu saya dalam perjalanan balik ke rumah kitaorang akan saling membalas panggilan antara satu sama lain) rasa lain juga.
Saya pun dah banyak juga termakan hati bila disoal bila nak kawin sebab setiap kali disoalkan perkara tu terus datang déjà vu yang dia pernah sumpah supaya saya tiada jodoh.
Sekarang mak suka ship-ship kan saya dengan anak kawan-kawan dia dan siapa-siapa je dia rasa ok dengan saya (ship-ship pun tetap tiada jodoh)
Bagi sesiapa yang tak faham maksud ship tu, ship ni istilah tidak formal yang membawa maksud perbuatan sesebuah pihak yang berfantasi terhadap 2 pihak lain di mana dalam fantasinya 2 pihak ini adalah sebuah pasangan kekasih/suami isteri.
Sekarang ni saya berada dalam kecelaruan bila dikenakan soalan bila nak kahwin. Perasaan celaru bercampur benci semakin membuak-buak bila soalan tersebut ditujukan.
Saya dah banyak beristighfar dan cuba untuk memaafkan tapi saya juga manusia. Secara jujurnya, saya juga nak rasa ada pasangan hidup tapi tiada rezeki.
Mungkin salah satu sebab kenapa saya masih tiada jodoh selain daripada kata-kata mak mungkin sebab bila saya tengok orang perempuan macam tak ada apa-apa. Tengok siapa-siapa pun nampak biasa je sehingga pernah dituduh g#y.
Mungkin ni balasan kepada saya kerana nakal waktu kanak-kanak dulu.
Saya tak minta apa-apa pun dengan para pembaca, sekadar mahu meluah isi hati sebab saya juga seorang yang agak pendiam jadi tak ada kawan untuk cerita masalah-masalah peribadi. Kawan-kawan yang ada pun sekadar berkawan demi kepentingan masing-masing. Sekian..
– W (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kalau saya jadi En. W, saya akan beritahu mengenai “sumpahan” mak En. W. Ingat tak mak pernah cakap “begini begini”. Minta tarik balik sumpahan tu dan doakan yang baik-baik sahaja. Lagi-lagi mak En. W pun nak bercucu. But idk la apa yang En. W pernah buat yang maybe menyebabkan En. W tak meluahkan benda tu. Atau bagaimana personaliti mak En. W. Tak boleh ditegur ke apa.
P/S: Btw, I like how you write the intro just like AITA haha. Senang sikit nak tahu jantina (siapa yang menulis). Tak de la bila baca, ingatkan perempuan. Rupa-rupanya lelaki or vice versa hahahha.