Anak Yang Kecewa

Aku Malik. Diringkas seperti yang aku katakan di tajuk. Penulisan aku ini adalah berkenaan anak yang kecewa terhadap ibu bapanya.

Aku seorang abang dari 5 adik beradik dan aku adalah anak sulung.

Makan pakai semua cukup kami sekeluarga cuma aku membesar dalam suasana dimana ayah ku kaki botol, dan ibu ku pula sejenis typical asian mum yang tak boleh tengok anak salah sedikit memang akan makan hanger dan rotan.

Air tumpah, lambat sikit bangun kalau dia dah panggil, lupa nak angkat jemuran dan sebagainya memang akan dihadiahkan sebuah sebatan. Jadi boleh aku katakan memori aku semasa kecil tidak la indah sangat.

Bila aku sendiri dah berkeluarga aku cuba belajar, aku beli buku parenting sebab aku nak belajar cara didik anak dengan meminimakan sentuhan fizikal yang boleh mencederakan. Aku trauma.

Bila besar aku sentiasa takut untuk membuat kesalahan kerana didikan dari kecil kami adik beradik tidak boleh membuat kesilapan pun, kalau tidak hukuman menanti.

Ayah aku pula jarang di rumah, kebanyakan masa dihabiskan dengan melepak di luar. Cuti sekolah pun kami dulu jarang bercuti. Sebab itu aku katakan memori kami semasa kecil sangat terhad. Tak banyak yang aku boleh ingat yang kita sebut sebagai ‘core memory’.

Ok kenapa aku ceritakan sejarah masa kecil aku. Ada kaitan nya nanti. Semasa ayah aku jarang meluangkan masa bersama kami sekeluarga, ibu aku lah yang mengambil alih tanggungjawab.

Dia la yang menguruskan rumah dan anak-anak tanpa sebarang bantuan dari seseorang yang bergelar suami.

Sebab itu aku andaikan, yang ibu selalu memukul dan memarahi kami adik beradik mungkin sebab dia burn out atau stress, mungkin lah. Sebab aku mula – mula kesian dan bernekad bila aku besar nanti, aku akan bantu untuk kurangkan beban ibu.

Tapi sekarang aku dah dewasa , dan aku menyesal masih tinggal dengan ibu bapa walaupun aku dah kerja. Kerana banyak sisi gelap keluarga yang aku baru sedar.

Dulu ku ingat ibu ku begitu kerana dia burn out. Tapi sampai ke hari ni, merotan nya kurang sebab ye la anak-anak dah besar kan.

Tapi membebel, kata kata kesat dan selalu tak puas hati dengan anak-anak memang jadi hidangan telinga hari-hari.

Basuh pinggan, kalau susunan di rak tak betul, singki tak dicuci dengan bersih (walaupun dah dibilas dengan air), sampah tak dibuang dengan elok semua nya akan jadi modal untuk dia membebel. Dari kecil sampai besar aku dengar benda yang sama, aku pula yang serabut.

Btw untuk pengetahuan pembaca, aku tinggal dengan parent sebab tempat kerja aku berdekatan dengan rumah. Jadi ayah aku awal2 dah suruh aku tinggal dengan dia orang dan tak benarkan aku duduk sendiri.

Yang pedihnya duduk dengan family, aku selalu tiada simpanan. Semua benda nak suruh aku tanggung, makan di luar, beli barang semua minta aku bayarkan.

Ibu ku pula seperti mata duitan aku tengok. Kalau tiada duit memang dia akan bermasam muka. Kalau diberi duit, bagus layanan nya dengan aku. Entah lah.

Aku berdosa bila anggap dia begitu. Tapi andaian aku ni semakin kukuh bila baru baru ni aku terbaca whatsapp ibu ku secara tak sengaja.

Dia ada scandal dan hubungan mereka dah jauh sangat menyimpang. Semua nya bermula dari reunion sekolah yang dia pergi tahun lepas. Scandal dia tu adalah ex nya semasa di sekolah dahulu kala.

Yang aku paling terkilan adalah dia pandai meminta duit dari jantan tu dan memburukkan kami sekeluarga dengan mengatakan bahawa dia letih melayan orang rumah dan duit pun selalu tiada.

Aku sedih aku kecewa sebab tiap bulan aku bagi dia duit, apa yang dia nak aku belikan, pekerjaan rumah pun kami anak anak ada membantu juga tapi masih diburukkan seperti itu. Ibu seperti apakah itu.

Segala tanggapan aku terhadap ibu semasa kecil dimana aku mengganggap dia wanita yang tabah, kuat dan cekal kerana mampu bertahan dengan ayah ku yang langsung tidak terlibat dalam membesarkan kami, semua nya musnah bila dia berkelakuan begini.

Ibu yang aku hormati yang aku sanjungi sekarang jadi individu yang aku benci. Salah kah aku berperasaan begini? Segala mesej lucah nya dengan scandal dia aku tak sanggup nak baca sebab bagi ku terlalu kotor. Aku jijik memandang muka ibu sekarang.

Sekarang aku masih berbagi hati nak menceritakan kepada ayah atau tidak. Kerana aku takut keluarga yang aku anggap sebagai sempurna selama ini walaupun banyak kekurangan nya akan musnah bila ayah ku tahu.

Aku juga masih mengenangkan adik adik ku yang masih bersekolah, bagaimana jika hal ini boleh menjejaskan pelajaran mereka.

Aku buntu. Sakit dada ku memendam semua ni tapi tiada tempat untuk meluah kerana aib ini sungguh besar dan memalukan. Patutkah aku menceritakan kepada ayah.

Bagaimana jika ibu diceraikan, dan ayah berkahwin semua kemudian dapat ibu tiri yang jahat. Semua tu aku dah fikirkan. Aku tak sanggup kalau benda m-benda yang aku bayangkan ni akan berlaku.

Apa harus aku lakukan. Aku buntu, aku keliru. Aku sakit hati terhadap ibuku. Kadang kala aku dalam fasa denial. Mungkinkah ibu ‘makan luar’ kerana kecewa dengan ayah. Kerana ayah selalu tiada bersama kami.

Tapi semakin aku denial semakin aku rasa ibu yang bersalah. Walau apa pun alasan nya, curang adalah perbuatan yang paling rendah darjat nya.

Adakah dia tidak memikirkan anak-anak sebelum melakukan perbuatan terkutuk seperti ini. Ayah aku belum tahu lagi.

Dan aku perlukan pendapat pembaca. Patutkah aku memberitahu ayah?

– Malik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Me wakil anak sulung,
    Sbg anak sulung mmg tanggungjawab kte besar pd keluarga tp tk bermakna kte tk boleh ada simpanan.
    In your case, sebelum your financial jd teruk, move out dari rumah family dan bagi duit secukupnya sahaja. Sbbkan sy lambat bertindak, sy kini dibebani hutang kerana duit sentiasa mengalir utk keperluan/kehendak keluarga.
    Part kecurangan tu mmg salah, mungkin sbg anak lelaki, boleh cuba tegur mak dulu andai kata tk jalan, bagitau je ayah. Kalau tk, mmg kira bersubahat and tkkn nk biar mak terus hanyut dlm dosa. Effect lps tu mmg tk blh jangka tp kte ada tuhan utk kte doa dan biar Allah yg menentukan selebihnya. Semoga urusan kamu dipermudahkan.

  2. Ayah kaki botol tak jalan tanggungjawab dari ko kecik, ko boleh taat dan anggap biasa, siap anggap keluarga sempurna. Mak yang bersusah payah sorang2 buat kerja ayah taguna ko, sebab dia bahasa kasar suka marah2 then curang, terus ko nak sailang???
    Woww.. just Woww.
    Punya lah takda nilai segala yang mak korban dan suffer stay dgn kaki botol. Ko sanggup tak hidup dengan wife kaki botol yang langsung tak peduli family? Tulah beza mulianya mak ko..
    Patut mak ko berambus tinggal je ko adik beradik duduk dgn ayah taguna korang. Mak ko patut dapat laki lain yang lagi baik lama dah. Aku doakan mak ko berhenti buat maksiat dan diberikan kebahagiaan sejati setelah bertahun2 buang masa hidup sia-sia dengan keluarga toksik yang tak hargai dia

  3. Mungkin juga ibu kmu bertindak begitu krn ayah kmu megabaikannya, dan dia ‘kecewa’ dgn keadaan yg dihadapinya.. since awk dah tau ‘rahsia’ nya, cuba ‘slow-talk’ dgn dia secara org dewasa.. terangkn bhw tiada faedah dia berbuat demikian, dan bagaimana nt, klaw sampai ayah atau ank2 yg lain tahu..? Boleh kah dia bayangkn apa yg bakal terjadi.. tp awk pon x bole ‘judge’ ibu awk begitu shj, dari kecil pon awk dah tengok apa yg berlaku, klau ayah awak bkn ‘kaki botol’ dan bertanggungjwb kpd keluarga dari dlu, mngkin perkara2 negatif xkan berlaku spt skrg ini, benarlah org kta, bhw arak tu bole jd ‘punca’ segala kejahatan.. sebelom menjadi lbh parah, mngkin awak bole berperanan utk memperbaiki keadaan mrk, jgn ‘lari’ dari keadaan, itu akn menjadikan msalah sedia ada tambah ‘kusut’ lg, mne tahu apabila awak tak ada di situ, dan ayah awk dpt tahu, (perkara sebegini slalunya akn diketahui juga akhirnya), takut jenayah lain pula akn berlaku.. cuba la damaikn hubungan ibu & ayah awak, secara hikmah dan keadaan akn normal semula dan berdoa lah bnyak2 agar Tuhan akn menolong niat baik awak.. wasalam

  4. Berdepan dgn ibu dahulu. Bgtau yang awk dh tahu segala skandal ibu. tgk reaksi ibu mcm mana, & dengar penjelasan ibu dahulu. apa yg awak tahu kini, its between u & ibu shj dahulu. jika ibu menyesal atas perbuatannya, beri dia masa kembali ke jln yg benar. beri dia peluang utk perbaiki kesilapan…& tgk perubahannya. jika +ve perubahannya, alhamdulillah, if -ve, masih xberubah2, bgtau ibu yg awak x teragak2 utk maklum pd ayah hal ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *