Assalamualaikum, terima kasih sediakan ruangan untuk aku bercerita kisah hidup aku dan sekali gus dapat membuka ruang untuk aku bertanya pendapat kepada semua.. (maaf aku lebih selesa menggunakan ‘aku’ supaya nukilan ni lebih natural dan tak nampak macam karangan sekolah.)
Ok aku mulakan kisah aku untuk korg lebih faham,dan boleh hujahkan pendapat korg.. Mungkin Lebih dari 300 patah perkataan,moga semua tak bosan membaca. hihi
Aku seorang anak angkat yang dijaga oleh ibu angkat yang sangat baik, rela bekorban masa, wang ringgit dan tenaga walaupun beliau hakikat nya seorg yang bukan berkemampuan. Dan beliau berkahwin selepas 7 tahun menjaga aku. Maknanya beliau menjaga aku sendirian tanpa suami..
Mengikut penceritaan ibu, beliau mengambil aku menjadi anak angkat sebab ibu kandung aku nak menjual aku kepada seorang yang berbangsa cina, so ibu rasa bertanggungjawab untuk tidak lepaskan aku kepada orang yang bukan Islam..
Beliau terus mengambil aku sebagai anak angkat yang berdaftar.. Cara macam mana ibu aku kenal mak kandung aku tak pernah tau.. Yang ibu ceritakan mak kandung aku selalu jenguk aku tetapi selepas aku berumur 3 tahun ibu kandung aku langsung tak datang jenguk aku..
Dan melepaskan terus tanggungjawabnya kepada ibu angkat aku.. aku dan ibu aku teruskan kehidupan seperti biasa tanpa aku tau yang aku anak angkat dan sehinggalah berumur 12 tahun, ketika nak buat kad pengenalan, segala borang, dan details2 agak meragukan, jadi aku sendiri yang bertanya kepada ibu dan ibu dedahkan semua..
Pada masa tu, macam2 perasaan aku, dengan status yang aku pegang, tanpa maklumat bapa. Mana pergi mak ayah kandung aku.. Malunya nak hadap dunia ni.. Tapi ibu selalu pesan, adik jangan risau, ibu sentiasa ada dengan adik. Ibu sayang adik dunia akhirat ibu.
Ayat2 ni buat aku bangkit untuk teruskan hidup.. Ibu jaga aku dengan penuh kasih sayang, agama, sekolah, kolej.. Ibu banyak sangat berkorban seolah2 aku ni anak kandung dia.. tak dapat aku balas jasa-jasa ibu..
Sehinggalah aku berkahwin, dan dikurniakan anak-anak.. Suami tahu kisah hidup aku.. Alhamdulillah suami sangat menjaga aib aku dan menerima aku seadanya tanpa pernah mengungkit hal2 keturunan aku.. beliau sangat menjaga sensitivity keturunan aku..
Pernah sesekali aku luahkan yang aku nak cari ibu kandung aku, tapi suami halang, beliau ingat kan aku untuk jaga hati dan perasaan ibu angkat aku, dan minta aku untuk lebih fokus memberi kebahagiaan kepada apa yang ada depan mata aku..
Dan fikirkan keadaan family ibu kandung ketika tu, mana tau diaorang boleh terima ke tak aku. Nanti aku yang menjadi perosak dalam keluarga ibu kandung aku. Bantutlah niat aku untuk mencari ibu kandung aku masa tu..
2018, ibu angkat aku meninggal dunia, tiada lagi insan yang bukan darah daging aku dan sanggup berkorban untuk aku. Aku pasangkan semula niat untuk mencari ibu kandung aku, tanpa pengetahuan suami aku sebab aku tahu beliau tak pernah setuju. Aku tahu niatnya baik, tidak mahu tengok aku susah dan sedih..
Aku mula mencari dengan info2 yang aku ada.. Melalui bantuan rakan-rakan… Aku dapat 1 info yang mana betul2 mengejutkan aku. Ibu kandung aku, selalu mendapat rawatan untuk klinik pakar psy (mental).
Ibu kandung aku mempunyai Depresi.. Selalu marah-marah, maki hamun (maklumat ini aku dapati dari info hospital, bagaimana cara tak dapat aku dedahkan) dan melalui maklumat2 tu, aku anggarkan ibu kandung aku masih belum mendirikan rumah tangga…
Selepas aku tahu keadaan kesihatan ibu kandung aku, aku terus rasa ingin membatalkan niat aku untuk berjumpa beliau, aku risau nanti aku yang kena dipertanggungjawapkan untuk menjaga beliau.. dengan kehidupan aku yang sederhana, dan tanggungjawap yang aku ada sekarang, aku tau aku tak mampu…
Persoalannya, berdosa dan kejam tak aku, melepaskan tanggungjawab aku sebagai anak, setelah hampir 30 tahun ibu kandungku meninggalkan aku??
Maaf aku habiskan penceritaan aku setakat ini.. Mohon pendapat dari semua. Maaf andai membosankan… Terima kasih…
– Anak yang keliru
– NHA
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit