Hai. Aku Minah (bukan nama sebenar).
Aku anak pertama dari lima orang adik-beradik dan aku anak perempuan tunggal. Kenapa aku letak tajuk Anak Yang Keliru? Sebab banyak benda yang jadi akhir-akhir ni buatkan aku banyak keliru.
Kadang tu rasa macam tak ada siapa sayang aku. Untuk pengetahuan semua, aku dari broken family, ayah aku kahwin lain. Benda ni dah lama jadi dan kami dah reda.
Pada tahun 2024 lah terjadi satu tragedi titik hitam yang mengubah 360 darjah hidup aku. Febuari 2024 aku tamat belajar diploma di sebuah IPTA. Niat aku nak kerja dulu baru sambung belajar. Tapi lepas raya aku ditakdirkan patah tangan kanan.
Patah aku bukan sebab aku accident, tapi kerana adik aku sendiri!
Aku tahu cerita ni mungkin sesetengah akan cakap aku lemah… tapi jujur aku dah tak mampu. Kejadian tu masih segar dalam fikiran. Tak mampu aku lupakan.
Seminggu lepas raya, aku bercadang nak ganti puasa terus. Hari kejadian Isnin, lepas berbuka hanya kerana sebungkus nasi yang adik aku yang ketiga — aku namakan Samad — salah makan nasi adik kedua aku — aku namakan Samdol.
Si Samdol mengamuk dan aku marah juga sebab yela hanya nasi, bukannya dah habis, ada yang lain lagi. Si Samdol datang ke arah aku, baling kerusi plastik dan pukul-pukul aku. Aku pertahankan diri, tutup muka dengan tangan.
Dan kalau korang nak tahu, aku ni jenis tubuh halus, dan si Samdol pula jenis tubuh yang gagah, kasar macam tu.
Masa kejadian, mymom ada tolong tahan apa semua. Tapi nak jadi cerita, a few minutes lepas tu aku sedar tangan aku sakit, tak boleh nak gerak. Masa tu masih lagi nangis-nangis sebab nak marah.
Tangan aku tak berdarah, hanya goresan halus, tapi tak boleh gerak dan menggigil. Masa tu aku dah agak tangan aku patah.
Si Samdol masih nafikan. Mymom? Siap-siap nak ke hospital bawa aku. Tanpa ada marah sikit pun pada Samdol.
Sampai hospital, X-ray apa semua dan yaa tangan aku patah. Patah bukan crack sikit — memang betul-betul patah. Macam kau pijak kayu lepas tu patah, ha macam tu lah patah tangan aku.
Doktor suggest untuk buat pembedahan segera. Kalau tak nak segera, doktor bagi seminggu untuk fikir dan nanti datang balik untuk pembedahan.
Oh ya, masa sampai hospital, mymom dah pesan siap-siap jangan bagitahu doktor yang aku kena pukul. Disuruhnya aku reka cerita untuk selamatkan Samdol.
Si Samdol ada di luar kecemasan. Masa doktor bagitahu result, bolehnya mymom keluar untuk bincang dengan si Samdol. Dan apa keputusan si Samdol? Tak bagi aku operate. Tapi aku berkeras sebab aku yang sakit.
Aku bagitahu my mom yang aku tak boleh nak tunggu seminggu untuk operate, aku tak rela nak bertahan. My mom akur dengan keputusan. Si Samdol dengan muka tak malu dan tak bersalah buat macam tak ada apa.
Masa dalam bilik kecemasan tu, dia ada je minta maaf. Tapi kalau kau duduk tempat aku, apa kau akan buat? Kau maafkan macam tu je ke?
My mom layan dia macam tak ada apa yang salah!
Aku tak faham. Aku biarkan aje. Tapi ya, hubungan kami adik-beradik lepas tu dah tak seperti sebelum ni. Aku dah tak bercakap dengan si Samdol.
Sampai lah satu hari aku berlembut bercakap juga, tu pun sebab aku fikir my mom. Dia selalu duk cakap aku keras lah apa, so aku buat sebab mymom je.
Lepas tu a few months after tu, si Samdol ni nak minta aku tolong dia apply apa benda entah. Lepas kejadian patah tu memang aku block dan delete nombor dia. Anything dalam grup family je.
So nak jadi cerita, dia nak minta tolong apply tapi duk menekan, siap package maki hamun aku. Masa tu aku ada kerja dan aku cakap nanti balik. Dia siap maki-maki aku, cakap aku macam-macam.
Kalau kau, kau nak tolong ke orang macam ni? Aku sengaja balik lambat sebab aku memang malas nak tolong. Lepas apa kau dah buat, siap maki-maki aku, memang tak lah aku…
Dan mymom SALAHKAN aku. Cakap aku tak boleh tolong adik-beradik. Cakap aku ni payah. Adik minta tolong kenapa tak boleh tolong, dia tak pandai, aku kakak kena tolong. Haa pandai cakap, macam aku ni tak ada perasaan, kan?
Lepas kejadian tu kami adik-beradik tak bercakap langsung. Dia haramkan aku makan apa yang dia beli. Kereta dia apa semua aku diharamkan guna. Dan mydad tak ada kereta sebab dah rosak.
Ada suatu hari tu aku ingat lagi, masa tu aku ada interview satu tempat ni. Mydad yang hantar aku. Lepas interview, mydad yang ambil. And guess what? Mydad cakap:
“Dorang nak balik rumah atok, kakak tak payah naik la kereta orang, duduk rumah kunci pintu, tak payah naik kereta buruk orang.”
Hancur hati aku. Mymom dan adik-adik aku yang lain pergi tanpa bersalah langsung! Mydad kurang rapat dengan family belah mymom. So selalunya akan balik rumah atok dengan si Samdol ni lah. Memandangkan dia je yang ada kereta dan bekerja serta bergaji.
Bila mydad cakap macam tu, aku kata je aku tak nak pergi, nak tidur je. So lepas dorang pergi, mydad pun pergi kerja semula. Dia balik semata untuk hantar aku interview je.
Dan satu lagi kejadian yang aku tak boleh nak lupa dan hati aku sakit sangat-sangat — si Samdol tu beli daging dan tulang, minta mymom buat sup.
Dan kau tahu apa jadi? Dia haramkan aku makan yang dia beli! Mymom beli asing dan masak asing untuk aku! Kalau jadi dekat kau, apa kau rasa? Aku macam orang asing di rumah sendiri!
Oh ya, lupa bagitahu, lepas patah tu bf aku ajak bertunang. Dan sekarang kami masih dalam fasa pertunangan. Dia nak cepatkan perkahwinan, sebab dia tahu semua yang jadi ni. Dia tak nak aku duduk macam ni. Dia tahu aku stres. Patut ke aku kahwin je cepat-cepat?
Aku tak tahu apa perlu aku buat. Lepas kejadian tu aku rasa aku banyak berubah. Aku jadi sensitif, cepat marah. Kadang aku rasa aku ni macam dah gila.
Aku rasa sampai sini jela cerita aku. Terima kasih pada yang sudi baca luahan aku. Maaf kalau ada tersalah kata. Aku tulis kat sini sebab aku rasa sini je yang selamat untuk aku meluah tanpa ada siapa yang tahu.
Kalau ada apa-apa, aku cerita lagi.
– Minah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit