Assalamualaikum semua. Aku nak mula macam mana pun aku xtahulah. Kalau ada yg anggap aku mcm membuka aib ibu sendiri terpulang. Niat aku hanyalah sekadar untuk meluah atau confess. Dan xkan ada nama yg disebut demi mahu menjaga maruah semua. Huhu.. harap kalian sudi selami jiwa aku ni. Biasalah masalah keluarga. Tiada kelurga yg sempurna. Begitu juga keluarga aku ni.
Aku berumur 20an, anak sulong dr 4 adik bradik. Dah kerja dan tinggal dengan mak bapak. Alhamdulillah. Masih diberi peluang bersama org tua. Walau kdg tiada persefahaman dan kerap bergaduh tp xpa, aku dah biasa. Cuma skrg ni aku tetibe terasa nak confess apa yg aku rasa sebab aku baru bergaduh dgn mak aku haha.. aku xtahulah mak aku ni. Semua benda pada dia x kena. Itu nak complaint ini nak complaint. Suka mengungkit, merungut. Aku letih gak kdg2. Tapi sebab aku dah biasa and lali. So aku rilek jela. Tapi selalunya memang kitorang akan berakhir dgn pertengkaran. Dan akan baik dgn sendiri. Cuma skrg jadi makin teruk sebab mak aku dah sakit2. Pastu nak salahkan kitorang pulak sebab dia sakit.
Mak aku skrg sakit kepala la sakit sendi la. Jumpa doctor g hosp g klinik, berapa kali cek darah tapi doctor kata xda apa. Semalam mak aku g hosp lg nak cek dara. Result tunggu bulan depan pulak. ok tadi mak aku cakap dia sakit sebab anak2 la, fikir itu ini. Fikir nak masak. Aku memang xpaham betul. Cakap suami xpandai nak ambil hati isteri la. Anak2 xpandai nak hiburkan hati ibu la apa.
Ya Allah, aku nk cerita lebih2 pun aku xsanggup. Ada je benda xkena keluar dr mulut dia. lagi satu mak aku ni pun ego skit. samalah macam aku ikut perangai dia haha..
Ayah aku pun macam dah xda ayat nk cakap. Sebelum tu ayah aku ada gak tegur mak aku, pastu last2 dorang macam berakhir dgn pertengkaran pulak. Dua2 senyap. nak ikutkan ayah aku ni rajin kot. Basuh kain family, tolong mak aku buat itu ini. Cuma ayah aku xpandai masak je. aku pun xtahulah apa kena dengan mak aku ni. Dia boleh salahkan ayah aku pulak sebab x keja ofis hour mcm org lain. Adui..dah separuh abad hidup bersama, xkan xleh faham suami lagi. Duit gaji ayah aku pun mak aku pegang, ayah aku x kisah pon asalkan untuk kebaikan.
Aku pun bukan anak yg baik sgt. Ya aku memang malas. Adik2 aku pun sume lebih kurang aku je. ikut perangai aku. Aku cuba cari kat mana silapnya. Nak ikutkan dlu aku wkt kecik2 rajin seingat aku. Rajin mengemas, rajin tlg mak aq kat dapur. Aku suka test2 masak itu ini. Tapi xtahu start kat part mana yg aku dengan mak aku jadi renggang habis. Aku pun banyak buat hal sendiri dan jadi malas peduli malas segala benda.
Memang mulut mak aku ni banyak merungut itu ini xkena. Kau rasa kalau dah mak macam tu, anak2 memang lari la semua. Semua xnak dekat dengan mak. Aku pernah cuba sama2 tolong2 mak aku buat kerja rumah, tolong dia masak bagai. End up, aku yg makan hati. Mak aku ni kadang2 macam rude pun ada. Maksud aku perkataan yg keluar dr mulut dia tu, adui pedas menusuk weh. Sejujurnya aku cakapla, kita boleh rasa kot beza org yg betul2 nak tegur kita dengan org yg nak hentam kita. Mak hentam anak sendiri? Hmm entahla. Tapi itulah hakikatnya. Kau rasa kalau dr kecik kene macam tu, ngam ke hubungan tu? Hahah sedih betul.
Kalaulah mak sentiasa support anak2, cakap benda2 yg x menyakitkan hati, aku yakin anak2 xkan lari dari dia. Tapi dalam adik bradik, aku jela yg slalu kena. Dah kata anak sulong kan. Aku kena cop pemalas la, paling bnyk masalah la apa. Whatever, terbako pulak kalau nak diceritakan semua. Nak kata aku main lelaki xda, isap dadah xda, keluar tgh2 mlm xda. melepak dgn laki pon xda. aku belajar smpai degree ok jaa. Skrg dh keje pon. Tapi sbelum dpat keje dulu blh tahan gak mak aku duk kata, rezeki payah nk datang la apa. Aku hanya mampu sabar je.
Tapi kadang2 aku mengaku, terbitnya rasa dendam kat dalam diri aku ni. Dendam dengan mak sendiri? Teruk kan. Sampaikan tgok mak sakit tu pon kdg2 aku dah x rasa apa, x rasa kesian. Tapi kalau tengok ayah aku sakit, nenek aku sakit, aku nangis kot hahah. kalau korang nak kategorikan aku ni anak derhaka ke apa aku x kisah dah. tapi aku harap itu x jd kenyataan. aku xnak mati dlm keadaan digelar anak derhaka.
Tengok org lain duk berkepit dengan mak, suka luangkan masa dengan mak. Bermanja berpeluk bagai. Aku?? Nak sentuh mak pun x biasa, awkward sangat rasanya. Last aku salam mak aku pon aku x ingat dah bila. Raya pon x salam. Kelakarkan? Bila dekat dengan mak lagi bertambah dosa aku rasa. Sebab mak aku suka je macam nk bg aku terbako, then aku melawan, then perang pun start, then ofcourse la aku dapat dosa kan..xkan dapat pahala plak. adik2 aku jenis banyak diamkan je dgn mak aku. aku ni je kuat melawan sikit haha. habis tu dah asyik aku je kena. mana x naik darah aku ni haha..
Sejujurnya aku x kisah dah kalau mak aku ada ke xda dengan aku. Suka hati dialah nak balik duduk kg ke apa. aku fikir dosa je sekarang. Hidup kalau banyak dosa buat apa. Mak aku x habis2 duk cakap nak balik kg, nak duduk kat sana. Letih dh fikir pasal keluarga. Macam la kitorang ni teruk sgt. Ayah aku dah berapa kali pesan kat mak aku suruh bersyukur. tapi pd dia, macam kitorang ni betul2 menyusahkan hidup dia plak.
Lantak la kalau mak aku nak pindah balik kg pon. dia ada tanah kat sana, adik bradik pun ramai kat kg sana. Tapi x balik2 jugak, ayah aku pulak memang xnak duduk kg. dia nak duduk kat kl sini dengan anak2. Entah la, pepandai la dorang dua buat keputusan. Memang mak bapak aku pun asyik berbeza pendapat je. waktu aku kecik2 lagi la, dorang banyak bertengkar depan kitorang adik bradik. Huhu.
Sekarang aku dah besar, aku macam nak ubah semua. Aku cuba, tapi perangai mak aku mesti buat aku down lagi. Berapa kali tah aku cuba, last2 aku jadi malas, xnak dekat dgn dia dah. Entah la. Komunikasi kitorang macam teruk gila. Dari kecik kalau bersembang dengan mak pun banyak pasal pelajaran je aku ingat. Kalau aku tanya benda lain mak aku macam x layan sangat.
Pastu kalau aku buat benda yg macam mak aku x setuju mulalah dia marah. Contohnya aku pernah nyanyi. Biasalah kan budak2 nyanyi nk hiburkan hati time tu. Mak aku x suka, dia punya marah tu bukan macam jerit2 memekik2 tu. Dia macam sound makan dalam punya. Pehh.. dgn jelingan mata yg tajam tu. Macam aku buat kesalahan besar je.
Aku pun satu memang kuat merajuk dari kecik haha. hati lembut, sensitif, cepat sentap. and aku ni manja sebenarnya walaupun nmpk je brutal. pastu sikit2 nak merajuk. Tapi dah besar2 ni pandai la fikir. Merajuk pun x guna. Sebenarnya aku dgn mak aku mmg xngam dr aku kecik lagi. Kalau ikut cerita nenek aku, aku dari waktu baby lagi memang xnak kat mak aku. Bila aku dah tidur baru ayah aku angkat aku letak kat mak aku.
Dan waktu kecik aku duduk dengan nenek and ayah aku kat kg. Mak aku dah pindah kl dengan adik aku. Masa tu ayah aku keje kat kg lagi. Start aku umur 4tahun macam tu, baru aku datang kl duduk dengan mak ayah aku sampai ke besar ni. Dulu aku lagi rapat dgn nenek dr mak aku. Skrg nenek aku dah sakit terlantar. Dan aku rasa macam dh xda support hahah.
Mak aku cakap waktu aku kecik asyik menangis je. Susah nak jaga. Adik2 lain semua baik. Aku sampai ke besar asyik ada masalah je. haha. Ayat biasa yg dia duk ulang2. Kadang2 aku balas balik haha.. Sepanjang aku hidup ni dah memang biasa makan hati. Sejak kecil aku selalu kene compare dengan org lain. Dengan spupu sepapat, dgn adik2 laa. Bab belajar pulak mak aku marah gila kalau aku x score. Belajar memang no1 pada mak aku. Kalau dapat teruk exam memang kenelaa dia punya ayat pedas plus menyakitkan hati kaw kaw tu. Pd ssesetengah org normal lah kan macam ni, huhu.
Hubungan aku dengan adik2 pulak biasa2 je. yg bongsu je masih sekolah n duduk asrama. No.2 duduk rmh sewa dh keje jugak. Dan kalau dorang baca confession ni aku rasa dorang boleh agak kakak dorang yg confess hahahh.. Aku pun xtahu ni confession ke apa. Dia macam nak confess tp x ter confess semua. yela xkan aku nak cerita detail, ni pun dah berjela. haha..Aku harap para pembaca sekalian paham lah apa sebenarnya keadaan yg aku alami ni. sudilah berikan aku tips atau pendapat. Nak buat macam mana. Aku rasa keluarga aku x bahagia. Asyik bergaduh sesama sndiri.
Dan benda yg paling mnyakitkan hati kita dlm hidup ni bila kita bergaduh dgn darah daging kita sendiri. its really break our heart right? :)
– Butterfy
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit