Hi, actually aku kat sini selepas aku jumpa satu confession pasai derita seorang anak ni, tujuan aku tulis benda confession ni bukan sebab aku nak sebarkan aib ke apa.
Cuma yalah, lepas baca derita seorang anak tu aku rasa relatable gila. Rasa macam, ada juga strict parent selain parent aku di era millenia ni.
Macam yang previous confession tu tulis pasai mama dia yang strict aku pon sama weh. Tapi ni bapak aku dan aku ni pompuan.
Honestly aku rasa hurting jugakla dengan bapak aku cause how come tak sakit bila bapak aku layan aku macam ni.
Aku dari kecil sampai besar asyik diajar dengan kekerasan, tak tumbuk sepak, tak sepak tampar. Aku dah besar kot, dah akhir remaja.
Aku tak pernah rasa bebas sebab everytime aku nak keluar rumah jumpa kawan ii memang tak boleh ayah aku tak kan bagi. Dari budak sampaila ke besar dok terperuk dalam rumah ni je aku.
Aku ni nak la merasa bebas macam pompuan pompuan normal di luar sana bukannya setiap kali aku keluar rumah aku akan beromen dengan orang, tak. Aku nak keluar dengan kawan aku je.
Dan aku sedih kenapa setiap kali aku buat salah ayah aku kena ajar dengan penyepak?
Aku ni punching bag ke? Aku penah la rasa yang semua benda ni mesti dihentikan, aku mesti bunuh ayah aku tu tapi mak aku macam mana?
Adik-adik aku. Susah betui jadi dulu aku amik keputusan nak bunuh diri, yala dari asyik kena bantai tiap ii hari baik kau mati an.
Dahla waktu tu aku kecil lagi dalam 8 sampai 12 tahun aku nak bunuh diri aku tapi at the end stop sebab time 13 years old aku dah datang bulan so dosa la kalau aku bunuh diri aku.
And at that time there cames such thought like, maybe Allah nak aku jadi pompuan yang kuat sebab tulah dia bagi life yang babi kat aku, okey aku cuba untuk hadapi semua ini sampai aku lepas nanti. Tapi nanti tu bila?
Pastu alam remaja aku sangatla despress sebab you know how teenager’s life nowday sangat la penuh dia punya keseronokkan nya bersama kawan,
If you are extrovert, bersama hobi dan minat kau kalau kau introvert punya orang dan setiap manusia pasti akan ada minat dan benda paling favourite diorang nak buat dalam hidup mereka time remaja ni untuk mengisi masa dan pengalaman serta memory,
I admit i am so jeleous dengan remaja-remaja begini, sebab apa? Sebab aku tak boleh ber life macam ni!
Aku pernahla masuk pancaragam (marching band) when i was like 15 years old like that, but my ayah does not approve it sebab dia kata balik pukul 7 malam lewat lah,
Kau tu dah la tak pandai nak buang masa macam tu and as matter for a fact dia cakap dalam bahasa yang lebih harsh lagi daripada ni.
Aku memang marah sangat nak rebel pon nanti kena belasah so aku nangis je,
Aku memang nangis macam oranggila bila dia suruh keluar sebab waktu tu finally aku jumpa apa yang aku suka iaitu bermain alat muzik, sounds like a nerd but itulah yang aku suka,
Dulu aku suka melukis dia kata tak boleh, aku suka baca novel dia kata merepek and everytime i did something he does’nt approve i will got penyepak by him, macam mana aku tak benci life aku, and theres came my mom who said,
“kau kena bersyukur at least kau dapat bapak macam tu at least dia tak pernah buat benda-benda yang lewd dekat kau or hisap dadah”
Yeah i know makk ya saya tahu tapi sekarang ni saya rasa macam nak lesap dan tidak wujud lagi. Aku tak tahu lagi apa yang aku boleh buat dalam hidup aku, sampaikan kerja pun dia kata kerja dari rumah, apa yang dia risaukan sangat?
Risau aku menjatuhkan maruah dia macam tu? Dia tu yang dok menjatuhkan maruah family dia, dia pukul anak dia kat rumah,
And dia pi pukul orang lain kat luar sana like what kind of issue you got in you man? Dia pon tak boleh terima kalau pendapat dia diketepikan dan disalahkan.
Tapi disebabkan sifat dia yang begitu aku dan anak anak dia yang lain ni sedih sampai sekarang like kenapa aku mesti hidup dalam keadaan macam ni? Aku penah jugakla harap ayah dan mak aku cerai pelik an sebab ramai tanak mak ayah cerai,
Semua ni sebab aku nak cau dari life dia la, tak sanggup nak kena pukul dan kurung lagi mak aku cuma pesan form 6 ni buatla yang terbaik dan apply la ke ipta yang jauh dari rumah agar aku boleh bebas, memang mak memang,
Kalau dapat peluang camtu memang aku tanak balik rumah dah cari kerja situ, dudukla situ, tapi kalau ayah aku kata tak boleh juga memang aku terpaksa lari dari rumah.
Semua ni bukan apa, aku pon ada cita-cita yang yang aku nak kejar dan betul la previous lahan tu kata, disebabkan parent macam ni kami sebagai anak sering dituduh sebagai anak derhaka kalau ada sesuatu jadi, ya memang betul habis perasaan kami ni nak baling mana ya Allah ya tuhan ku?
Perkara ni mesti stop setakat aku sahaja, bila aku dah ada life aku esok, aku mungkin akan berkahwin dan aku nak anak aku tak perlurasa takut dan jauh dengan aku.
Aku tanak setiap kali depa dalam masalah depa macam ah shit, mampos la kalau parent aku tahu, aku nak akulah orang yang pertama pop up dalam kepala otak diorang apabila ada sebarang problem.
Problematic sebenarnya anak yang dengan strict parent ni, diorang tiada keyakinan dan sering takut jika dipinggirkan.
Jadi untuk parent diluar sana, jadilah strong base untuk anak-anak develop kekuatan sebab nanti mereka akan terpaksa juga menghadapi dunia luar juga walau se strict mana pon parent tu. Tolong doakan saya supaya dapat hidup bebas dan mencapai impian kelak.
P/s : Thank you admin buat platform macam ni, perkara macam ni tak banyak di Malaysia, benda actually membantu orang problematic macam kami. Terima kasih sangat sangat.
– someone who are hurted too (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit