Anak Yang Mengubah Hidupku

Namaku Muna. Aku berkahwin pada usia 19 tahun dan menjadi ibu pada usia 21 tahun. Menjadi ibu di usia muda, sesuatu yang tidak mudah.

Tatkala melihat rakan-rakan berjuang di menara gading, aku menjadi surirumah sepenuh masa. Memberi sokongan penuh pada suami yang menyambung pelajaran.

Usia 23 tahun, aku dikurniakan anak yang kedua.

Mungkin faktor usia anak-anak yang rapat di usia muda, aku menjadi seorang yang garang. Bahkan sangat garang dengan anak-anak.

Suami jarang berada di rumah kerana tuntutan dakwah, terkadang sebelum Subuh sudah keluar dan pulang ke rumah pada lewat malam.

Suami sangat prihatin dan sabar, dengan keadaan penat seusai sampai rumah selalu tanyakan kondisi aku di rumah. Terkadang kain baju, suami yang bantu uruskan.

Anak-anakku lasak sehingga ramai orang bertanya “anak kamu hyperactive ke?”

Awalnya aku tak berapa ambil kisah, sehinggalah suamiku bawa jumpa dengan Pakar Kanak-kanak dan doktor mengesahkan anak-anakku normal, aktif. Doktor minta kami pantau pemakanan anak-anak.

1. Elakkan makanan manis. (Aiskrim, coklat, gula-gula)

2. Elakkan makanan segera. (Sosej, nugget dll)

3. Kurangkan susu formula.

Bila makanan minuman mengandungi gula, ia akan buat anak-anak menjadi aktif. Selepas menjaga diet anak-anak, aku perasan anak-anak kurang lasak.

Selalu aku menangis kerana penat.

Tidak sekali aku menangis di depan anak-anak kerana terlalu penat, aku ada penyakit asma yang kronik. Kadang aku tercungap menguruskan anak-anak, kadang aku jadi terlalu cepat marah bila anak bermain sehingga bersepah. Mungkin aku penat..mungkin sebab aku muda dan kurang sabar.

Sehinggalah hadir anakku yang ketiga.

Sedari mengandung, aku sentiasa dipantau doktor pakar kerana keadaan bayiku membimbangkan. Doktor menjangkakan bayi dalam kandungan tidak akan survive.

Setiap hari siang malam, aku tak jemu doa semoga Allah selamatkan anakku.

Jujur aku katakan, aku terlalu takut untuk kehilangan bayiku walau nyawaku sendiri dalam bahaya.

Setiap hari aku minta Allah kuatkan hatiku untuk menerima segala takdir. Aku merayu macam bayi, bersungguh aku menangis terisak saat aku tak kuat untuk hadapi kenyataan.

‘Merangkak’ untuk sebuah kekuatan.

Takdir Allah, aku selamat bersalin anak yang ketiga. Sempurna sifat anggota dan subhanallah sangat mudah diurus. Tidak banyak kerenah.

Kehadiran anak ini banyak mengubah cara pandang kehidupan, aku makin sabar dan lebih cool dengan kerenah anak-anak kerana aku berada pada situasi ‘anakku boleh mati bila-bila masa dalam kandungan’.

Bila lahir sihat sempurna, aku bersyukur dan tak ada lisan mampu menggambarkan perasaan.

Aku makin sabar dengan anak-anak.

Rumah sepah, aku okay. Bila anak-anak dah tidur, aku kemas.

Makan simple, aku okay. Aku masak untuk anak-anak je, aku kongsi lauk diorang.

Suami jarang makan di rumah, kalau suami ada biasanya dia yang akan volunteer masak. Walaupun lepas tu dapur macam tsunami, aku okay je. Lepas suami siap masak, aku kemas. Hidang makanan dan kami makan sama-sama.

Banyak benda yang berubah.

Anak menangis tengah malam, aku tidur beriba anak pun aku okay je bangun paginya. Aku tak marah-marah dah…

Baiknya Allah, Dia nak didik aku untuk bersyukur dan jadi ibu lebih sabar, Dia uji aku masa mengandung dan aku berubah sungguh dengan kehadiran anak ketiga.

Anak-anakku juga cakap, mereka suka aku yang sekarang. Aku jarang marah dan easy going. Aku wat lek wat pis je bila rumah bersepah. Kalau dulu, aku marah-marah bila anak tak kemas mainan, serupa harimau je. Kesian anak-anakku.

Maafkan Mama wahai anak-anak.

Aku tekad, aku nak jadi ibu yang baik untuk anak-anak. Aku nak jadi ibu penyayang untuk anak-anak.

Aku harap, bila mereka dah besar mereka ada pengalaman manis dibesarkan oleh aku sebagai Mama.

Dan semoga Allah pandang usaha aku untuk jadi Mama yang baik sebagai jihad.

Semoga kita semua mampu jadi ibu yang sabar dengan anak-anak.

Anak-anak tak pernah berdoa untuk jadi anak kita tapi… kita berdoa supaya mereka menghuni rahim kita! Bersyukurlah dengan kehadiran mereka.

Semoga semua pasangan yang menanti anak akan dikurniakan anak soleh solehah.

Semoga kalian akan menikmati perasaan sebagai ibu ayah.

– Muna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *