Salam semua. Nama aku Hujan. Perempuan, umur 35, bujang. Ini hikayat biasa-biasa, bukan sembang bangsa kayangan.
Aku si bongsu dari dua beradik. Lagi sorang dah kahwin, dah ada anak, dah ada family sendiri. Mak ayah dah pencen. Ayah Alhamdulillah ligat. Mak tengah recover stroke.
Akulah anak yang tinggal dengan mak ayah. Mak ayah aku dua-dua tak boleh drive. Aku anak yang habiskan cuti tahunan untuk appointment mak ayah pergi balik hospital, pergi balik Klinik Kesihatan.
Aku lah yang drive dan pimpin mereka kesana kesini. Aku jugak anak yang sediakan ubat setiap malam, dan bersihkan rumah.
Aku kerja swasta. Dah 10 tahun. Kerja pejabat biasa-biasa saja, gaji pun sederhana. Dengan gaji aku yang sederhana aku boleh bagi mak ayah tiap bulan. Beli barang dapur, bayar bill-bill, bayar kereta, lepas duit minyak kereta, lepas duit makan.
Ringkasnya, dengan gaji suam-suam tu aku mampu berdikari, tak menyusahkan mak ayah dan tak berhutang.
Sibling aku lagi sorang, dia ok je. Perangai dia takde pun menyakitkan hati. Gaji dia dah lebih 20K. Pangkat pun tinggi. Macam langit dengan bumi kalau compare dengan gaji dan jawatan aku. Cuma dia dah bekeluarga, aku tak kacau dia.
Memang kebanyakan hal-hal berkaitan mak ayah, aku yang volunteer, sebab aku yang bujang. Aku paham je commitment dan waktu terhad sibling aku lagi sorang tu.
Serasanya hidup tak mewah. Takde duit lebih nak pergi bercuti macam orang lain. Naik kapal terbang pun tak pernah. Nak beli insurance belum mampu lagi nak bayar. Nak simpan belum pernah ada lebih, huhu.
Kalau kereta rosak, kena kumpul duit dulu baru boleh repair. Gaji cukup-cukup untuk hidup dan commitment.
Dan entah kenapa, aku bukan orang yang bercita-cita tinggi. Aku takde vision and ambition to climb corporate ladder. I’m content at where I am. Ya, orang macam aku wujud.
Tapi, terus terang segala puji bagi Allah, hati aku tak de rasa dengki pada orang lain. Sibling aku atau orang lain yang lebih mewah, aku tak de rasa jealous atau envy pun.
Kalau tengok orang lain lebih, rasa yang ada adalah macam “fuyyyoooo wow wow wow”. Dan aku tak rasa aku susah dan sempit. Aku rasa aku cukup. Cukup-cukup.
Tapi, lumrah manusia, aku ada rasa sunyi. Ye la, kawan-kawan semua dah kahwin dah ada anak. Aku je yang selalu sorang-sorang takde tempat bercerita dan meluah perasaan. Ya, sunyi rajin menyapa.
Aku ni category bujang terlajak kan. Adalah mak and sibling aku cakap kahwinlah, nanti takde anak macamana, siapa nak jaga dah tua nanti? Siapa nak doakan nanti?
Aku munajat pada Allah yang Maha Baik, kalau nanti tiba waktu kudrat aku dah tak kuat, macamana aku ikhlas jaga mak ayah aku sekarang, Allah jaga aku sebaiknya.
Mungkinlah ada dikalangan pembaca yang kisahnya serupa macam aku, bujang dan dialah anak yang menjaga mak ayah. Mungkin ada juga yang lebih susah atau kurang bernasib baik dari aku.
Aku doakan mak ayah kalian sihat walafiat dan panjang umur. Aku doakan hidup kalian mudah semudahnya dan lancar selancarnya.
Aku doakan husnuh khatimah untuk kalian. Dan cherry on top, aku doakan syurga paling tinggi untuk kalian. Aamiin, aamiin.
– Hujan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
aamiin2, terima kasih utk doa,..kita seabaya dan sy juga jaga mak saya(dia sihat) ayh dh meninngal bulan 5 ritu..sy perrempuan sulung.kita redho jala nah, mana tau nt kita terjumpa di rumah org2 tua yg vouge.
Aamiin. Terima kasih atas doanya dan saya doakan anda juga sebegitu. Tahniah. Anda anak yang taat, kuat semangat dan tabah. Kisah anda dan saya dan ribuan anak-anak lain yang berkorban kehidupan demi kelangsungan hidup ibubapa sendiri. Moga pahala lah untuk kamu semua. Jangan risau siapa akan jaga anda kerana takdir baik pasti balasannya baik. Yakinlah, perbuatan molek pasti dibalas molek. Susah anda sekarang, siapa tahu mungkin itulah asbab anda masuk surga Allah nanti. Aamiin. Bergembiralah, Allah pilih anda menjadi anak menjaga ibubapa!