Hai semua. Nama aku Ika berumur 24 tahun. Anak kedua dari 4 orang adik-beradik. Dalam adik-beradik ada 3 perempuan dan seorang lelaki. Aku boleh dikatakan anak yang paling kurang buat masalah.
Jika dimarahi aku tak melawan, aku buat semua kerja rumah dari aku berumur 16 tahun. Aku juga sorang sahaja yang belajar sampai ijazah. Yang sulung hanya belajar sekerat jalan saja dan buat banyak masalah sehingga diberhentikan oleh pihak kolej.
Dari aku umur 16 tahun aku akan balik sekolah dan buat semua kerja rumah kerana ketika itu kakak aku sedang menyambung pelajaran di KL. Aku anak perempuan yang paling besar akan ambil alih tugas dirumah kerana kedua ayah dan ibu bekerja.
Semasa SPM aku tak ambil kelas tambahan luar ataupun disekolah sebab aku tau aku kurang pandai dan bagi aku membazir duit hantar aku pergi tuisyen, aku bukan la datang dari keluarga yang senang kami sederhana sahaja.
Tanpa tuisyen aku berjaya mendapat 5A dalam SPM dan menyambung pengajian di universiti awam tempatan. Aku mengambil pinjaman PTPTN semasa belajar dan universiti awam yang aku dapat sangat jauh (dari utara ke selatan).
Duit PTPTN aku guna untuk beli buku, makan, beli barang keperluan tanpa meminta sebab tak nak menyusahkan mak dan ayah kerana kakak aku jugak ketika itu masih belajar dan mak ayah kena bagi duit setiap bulan dekat dia.
Aku masih fikir cukup duit pinjaman kalau aku pandai berjimat. Tamat pengajian aku, aku dapat pula sambung degree.
Aku bekerja sementara menunggu panggilan degree. Pada mulanya, aku tak mahu sambung kerana aku takut hutang PTPTN akan bertambah dan jika habis ijazah susah untuk dapat kerja. Tapi ayah aku berharap seorang anak dia mempunyai ijazah aku turutkan juga.
Setelah 2 tahun, aku tamat pengajian dan bekerja. Gaji aku tidak lah banyak tapi aku bayarkan kereta separuh untuk mak aku. Disaat, aku mula bekerja mak aku start mengungkit dan minta untuk aku bayarkan macam- macam.
Sedangkan, kakak aku yang bekerja tidak bayar apa-apa motor yang dia naik pun mak aku yang bayarkan. Semasa kakak aku belajar pun laptop mak ayah yang belikan tetapi aku beli pakai duit sendiri.
Adik aku yang lelaki anak yang paling disayangi keluar siang balik tengah pagi banyak buat masalah merokok, melepak dari umur 16 tahun. Sampai ayah risau dan cari bila setiap kali tak balik. Bila ditanya melawan tapi mak ayah akan cakap berbaik ja dengan dia.
Tapi kalau anak perempuan buat salah yang sedikit satu rumah dimaki, dimarah salah yang lelaki pun perempuan kena bila balik yang lelaki senyap seribu bahasa. Aku paling banyak terasa sebab aku dah buat yang terbaik cuba jadi yang menyenangkan tetapi masih mak dan ayah tak puas hati.
Sehingga satu hari, adik lelaki ditangkap polis atas kes ketum dan dadah. Aku ingat dapat buka mata ayah dan ibu. Tetapi tidak adik aku tak dimarahi lansung malah mak aku menangis takut adik tak dapat dilepaskan selepas bayar denda.
Aku sebagai kakak pada waktu itu, aku sudah berhenti kerja kerana ingin mencari pekerjaan baru, ayah aku minta pinjam duit untuk bayar duit jaminan adik aku bagi RM 1500.
Duit gaji yang aku simpan setiap bulan semasa aku bekerja aku beri kepada ayah. Sampai bermacam-macam adik lelaki aku dah buat mak dan ayah masih sayangkan dia, turutkan semua cakap dia even rumah dia buat macam hotel pun tak apa.
Tapi anak perempuan macam aku dimarah bagai nak gila walaupuan kesalahan yang dibuat hanya sedikit.
Malah anak perempuan yang dituduh buat rumah macam hotel padahal aku hanya pergi kerja sahaja tak keluar rumah walaupun cuti. Buat kerja rumah waktu cuti. Aku ini ibarat punching bag bila mak aku stress balik dari kerja.
Aku bukan nak disayangi aku cuma mengharap mak dan ayah sepatutnya adil bukan pilih kasih. Menilai mana yang buruk dan yang salah. Aku cuba jadi anak yang mendengar kata dan tak menyusahkan tapi aku rasa macam tak berbaloi dan kecil hati.
Selalu anak yang pandai menjadi kebangaan ibu bapa tapi anak yang bermasalah dalam keluarga aku pulak paling disayangi. Bukan tidak aku cakap semua ini tapi bila cakap katanya aku dengki pada adik aku yang lelaki. Dikatanya, aku pun sama sahaja.
Ingatlah jadi mak dan ayah tak semestinya anda betul sentiasa. Anak itu anugerah dan tanggungjawab jangan dibeza-bezakan. Marah bila perlu, tegur bila salah jangan kerana sayang pejam mata. Jangan kerana aku nampak senang diperlakukan sebegini :)
– Ika (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit