Anak Yang Penat

Aku Lyla. Berusia 28 tahun, telah berkahwin dan bakal menimang cahaya mata. Aku seorang penjawat awam manakala suami pula seorang eksekutif di syarikat GLC.

Aku duduk berjauhan dengan keluarga dari bujang lagi sebab aku ditempatkan di situ.

Sebelum aku berkahwin, aku seorang yang berdikari. Meskipun begitu, aku sunyi terutamanya sewaktu PKP.

Aku juga bukanlah jenis tinggal solat cuma biasalah fitrah manusia dambakan peneman lagi-lagi bila jauh dengan keluarga.

Keluarga pula masing-masing dengan hal sendiri jadi aku pun faham aku tak boleh memaksa mereka untuk sentiasa ada dengan aku.

Apabila membuat panggilan dengan ibu ayah, selalu akan dijawabnya ‘sibuk melayan cucu’. Jadi aku akur perlu berdikari.

Hinggalah Tuhan menjawab doaku dengan hadirkan suami yang baik dan penyayang untuk aku.

Namun begitu, disangkakan panas ke petang, tapi hujan di tengahari.

Perkahwinan yang asalnya dipersetujui oleh ibu ayah aku, mula mendapat penerimaan dingin oleh ibu aku.

Sedikit pengenalan tentang ibuku, aku dan ibu memang rapat semasa aku berada di kampung dan aku memegang status anak harapan dalam keluarga.

Dari kecil hinggalah ke dewasa, aku selalu memenuhi expectation ibuku dengan mendapat straight A’s dalam UPSR, PMR dan SPM. Itupun semasa menerima keputusan SPM ibu aku bersikap dingin terhadap aku sebab aku tak dapat straight A+.

Hingga ke menara gading juga aku cemerlang dengan dekan. Rezeki juga aku ditawarkan untuk berkhidmat sebagai penjawat awam selepas aku bekerja di syarikat besar di kampungku.

Adik beradik aku yang lain paling tinggi keputusan SPM 4A. Ada yang nyaris dibuang sekolah.

Aku bakal membina keluarga kecil, aku sangat tertekan dengan keluarga aku sendiri yang dulunya tak hindarkan aku tiba-tiba selepas aku berkahwin, macam-macam isu yang dilontarkan.

Aku bukanlah ingin mengungkit, sebab aku sedar akan tanggungjawab aku sebagai seorang anak.

Majlis perkahwinan kami langsung tidak melibatkan wang dari ibu ayah sebab aku tak nak bebankan mereka sebab mereka pun kekangan wang. Meskipun begitu, kakak dan abang aku ditaja penuh semasa majlis mereka dahulu.

Itupun ibu aku bising sepatutnya aku hulurkan semua duit sumbangan tetamu kepadanya walhal aku dah bagi separuh. Tak kesian ke pada anaknya nak beli barang rumah lepas berkahwin?

Aku juga ditaja biasiswa atas kecemerlangan aku. Kakak dan abang aku yang lain? Mereka semua ditaja ‘FAMA’ sepenuhnya ke luar negara sebab masa itu ekonomi masih baik dan ayah aku masih banyak duit.

Tambahan tu, setelah aku mula bekerja, aku tak pernah gagal beri mak ayah aku wang bulanan sebanyak 500,

Manakala abang aku (Ahmad) sendiri menganggur 10 tahun, menumpang duduk rumah mak ayah aku dengan kakak ipar aku dan tak beri mereka wang, mereka tak pernah mengungkit.

Tetapi Ahmad beri duit 100 setiap bulan itupun selepas dia bekerja dilambung tinggi. Jika aku lewat bagi sehari sekalipun, mak aku akan telefon dan tanya mana duit bulanan?

Aku sedih bukanlah sebab aku tidak dihargai sebab aku cuba ikhlas yang mungkin.

Tetapi aku sedih atas ketidakadilan terhadap anak mereka sendiri dan dimana kakak (Siti) dan abang (Ahmad) disanjungi malahan aku dan kakak aku seorang lagi (Mina) bukan setakat tidak dihargai, tetapi dimaki.

Mak aku sampai menangis-nangis telefon aku dan bagitau aku yang dia kesal sangat dengan aku seperti tak buat apa yang dia nak seperti bagi lebih duit dan bawa dia berjalan selalu. Perasaan useless tu tak payah cakap la bila ibu sendiri cakap macam tu.

Akulah anak yang selalu balik kampung meskipun aku jauh dan bawa dia keluar berjalan walaupun semasa kami keluar bersama dia gunakan masa tu untuk cakap benda yang mengguriskan hati aku dan suami.

Banyak kali juga dia hina keluarga suami aku tapi aku diamkan sahaja. Tetapi bila aku diam, dia kata aku menyebelahi keluarga mertua padahal aku tak pernah cerita masalah aku kepada keluarga mertua.

Bukan setakat aku dan mina jadi mangsa, suami aku pun turut terkena. Apa-apa melibatkan datuk dan nenek aku, aku yang bertanggungjawab untuk hantar mereka ke hospital sebagai ‘wakil’ ibu aku.

Aku mampu buat semua itu cuma apabila dipaksa, aku terbeban. Adik beradik lain tak kena langsung ye jaga datuk nenek aku.]

Ahmad si Hero pula banyak kali ‘basuh’ aku untuk menjadi anak yang baik untuk mak aku dan seolah dialah yang terbaik dalam dunia.

Siap cakap aku anak derhaka. Aku tahu dia dan Siti selalu jadi batu api sebab aku pernah terdengar perbualan mereka mengutuk aku.

Aku gatal mulut aje nak sebut satu persatu kekurangan mereka (tahap pergi kelab malam, berbikini) tapi fikirkan dia abang dan akak, aku diamkan aje.

Aku pun tak suka menuding kekurangan orang tetapi bila orang sibuk tuding tahi pada kita, geram juga nak membalas.

Pernah sekali aku terlibat dalam musibah banjir, bila diceritakan kepada ibu aku sendiri, dia ketawa. Penat, sungguh penat.

Bila ajak berbincang apa yang tak kena sebenarnya, mak aku akan menengking-nengking sampai ayah aku pun terpaksa undur diri.

Tiada ruang untuk berbincang. Nampak semudah boleh ‘ignore je’ tetapi ketahuilah antara ujian berat adalah ujian kita dengan keluarga sendiri sebab berbalah atau terluka macam mana sekali pun, hubungan tu tak boleh putus.

Aku juga trauma, setiap kali mak aku ada bangkitkan isu dan nak mulakan perang, aku akan rasa takut sangat, menggigil dan depresi amat sangat sampai aku menangis tanpa henti.

Begitu juga dengan Mina, dia juga hadap benda yang sama tetapi mungkin dia lagi teruk.

Selama ni aku bujang dan selalu menemani ibu aku, ibu aku rapat dengan aku tetapi bila aku jauh dari keluarga aku dibenci adakah sebab aku hanyalah disayang apabila diperlukan?

Untuk ibu bapa diluar sana, iya memang syurga di bawah kaki ibu dan anak perlu menghormati ibu. Tetapi perlu ingat juga, ibu bapa tidak terkalis dari dosa sekiranya tidak berlaku adil kepada anak sendiri dan menghancurkan hidup anak.

Sekiranya semua ni memang disebabkan silap aku sendiri, aku terima jika aku ni memang anak derhaka. Semoga kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah.

– Lyla (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *