Anak Yang Terbiar

Aku seorang perempuan umur dalam lingkungan 20an. Cerita yang aku nak sampaikan ni berkenaan tentang ayahku. Tahun lepas, aku dan keluarga baru dapat tahu yang ayah aku madukan mak aku selama 10 tahun.

Maksudnya since aku sekolah rendah mak aku telah diduakan oleh ayah aku sendiri. Macam mana boleh kantoi? Panjang cerita die. Dipendekkan cerita, bile Allah cakap “satu hari kebenaran akan terserlah”, semuanya akan terbongkar. Janji Allah itu benar. Aku sendiri yang menjadi saksi.

Disebabkan oleh itu, mak aku telah pun mengfailkan tuntutan penceraian atas sebab ditipu oleh suami sendiri selama 10 tahun. Rata2 pekerja di mahkamah syariah terkejut dengan kes mak aku ni. Sebab ape? Sebab lepas 10 tahun dimadukan baru mak aku dapat tahu.

Ohh lupe! Ayah aku ni kawen dengan orang seberang (indonesia) dan mereka nikah disana. So memang mak aku dan adik beradik aku tak tahu pasal perihal ayah aku ni. Cek punya cek, rupanya ayah aku dah kawen pada 2009 (di indonesia) dan didaftarkan perkahwinan mereka pada 2016.

Majority yang tahu pasal kes ni akan tanye soalan yang same. Kenapa baru tahu sekarang? WAllahualam! Allah tak bukak mata kami lagi. Ataupun kami yang terlalu bersangka baik terhadap ayah aku.

As time goes by, ayah aku dah lame tak balik rumah semenjak mak aku failkan tuntutan cerai. Perbincangan, kata2 maaf daripada ayah aku memang takde. Die hilang and just balik dirumah bini no2 shj. Kami adik beradik dan mak aku memang tidak diendahkannya. Paling kesian tengok mak aku, sebab die asyik termenung sana sini mengenangkan nasib die.

Sampailah satu hari, selepas beberapa bulan die tak balik, dan kami diberi arahan oleh pihak mahkamah untuk mencari alamat terkini ayah aku ni. Kebetulan aku tahu tempat tinggal ayah aku (bini no 2) disebabkan aku pernah ikut die diam2 mase nak siasat pasal hal ni. Jadi, aku pun beritahu mak aku yang aku tak tahu alamat penuh tapi aku tahu die duduk mane.

So, bermulah misi mencari alamat ayah aku yang telah menghilang selama beberapa bulan. Tujuan aku hanya ingin tengok nombor rumah sahaja, tak berniat pun nak ketuk rumah ke, tunjuk muka depan bapak aku ke, tak semua tak. Sampai2 sahaja dirumah die, aku tengok rumah die kosong! Maksudnya segala perabot, langsir, everything lah takde! Gelap je semua!

Dalam kereta aku termenung, sampai hati ayah tak beritahu yang die dah pindah. Kalau aku tak cek, sampai sekarang lah aku tak tahu ayah aku dah pindah. Mak aku dalam kereta dah menangis2 sebab memikirkan ape yang ayah dah buat.

Aku pun kuatkan semngat mak aku, and aku cakap jom cari ayah dekat tempat die meniaga! Malam tu jugak kitorang terus menuju dekat tempat die meniaga. Fyi, ayah aku meniaga dengan isteri no 2 die. Means diorang meniaga same2. Ayah aku ade kedai pun mak aku tak tahu sebab ayah aku tak pernah beritahu. Dimata kami, ayah hanya pemandu teksi!

Sampai je kedai, tepat tepat ayah aku memang ade di kedai die bersama isteri no 2, mase tu yang ikut hanya aku, adik perempuan aku dan mak aku sahaja. Disebabkan semua tengah marah, jadi memang time tu ayah aku kene serang.

Mak aku pun ape lagi terus serang bini no 2 ayah aku yang mak aku tak pernah jumpa pun. Time ni memang first time diorang bersemuka. Aku hanya mampu menangis. Biarkan mak aku serang madu die. Sebab bagi aku, perempuan tu deserve kene macam tu sebab die la punca segala2nya. Punca kami adik beradik tak dapat kasih sayang seorang ayah, punca ayah tak peduli dekat kami, punca family kitorang punya fam jadi hancur macamni.

Kenapa aku cakap die punca? Sebab sebelum kahwin dengan ayah aku, die tahu yang ayah aku dah kahwin dan ade anak, tapi still laki orang jugak kau nyondol! Kalau die baik sepatutnya die dah nasihat dah ayah aku untuk berlaku adil, nasihat ayah aku untuk balik rumah kitorang ingat dekat anak2.

And plus korang tahu ape die cakap dekat mak aku? Die cakap (isteri no 2) yang mak aku tak layan ayah aku macam raja sebabtu ayah aku berpaling arah daripada mak aku. Senang cite die cakap mak aku tak reti jage laki la!!

Mase kes serang menyerang berlaku, time tu ayah aku lari. Entah kemana. Adik aku tengok kereta die pun dah takde. Means die larikan diri tinggalkan isteri no 2 die terkulat2 gaduh dengan mak aku. Lepastu mak aku suruh die tutup kedai tunjuk rumah terkini dekat mana sebba at the same time kitorang pun nak alamat diorang atas perintah mahkamah.

Let me told you, jangan buat perempuan marah weh, sebab bile perempuan dah meletop, dunia ni memang terbalik! Jadinya naiklah kami berempat (aku, adik aku, mak aku, dan madu mak aku) dalam satu kereta yang uzur (kereta kancil) menuju ke rumah diorang. Sepanjang perjalanan mak aku menjerit2 marah madu die. Aku dan adik aku hanya diam membisu, menangis! Sebab terlalu perit nak hadap semua ni.

Sampai je dirumah mereka, (fyi, rumah diaorang landed house tau, sebelum ni rumah flat je (alasan perempuan tu sebab diorang nak dapat anak so rumah flat terlalu sempit untuk pasangan yang ade baby! Hello kitorang adik beradik 4 orang plus mak aku elok je ddk flat! Overkan die?? And yes! Isteri no 2 tengha mngandung anak pertama!).

So, seperti yang disangka, kereta ayah aku memang ade dipark dihdapan rumah mereka. Maka terjadilah pergaduhan antara ayah aku dan mak aku. Sampailah terkeluar ayat “aku ceraikan kau dengan talak satu”! Allah menggigil lutut aku bile aku dengar ayah aku ceraikan mak aku dihadapan aku dan adik aku. Anak2 die. Time tu air mata mencurah2 macam air paip bocor tau! Laju teruk!

Lepas mak aku kene cerai (tempat cerai dirumah isteri no 2), ayah aku halau mak aku and kata”aku dengan kau takde kene mengena dah!” Time tu aku sedih sangat! Sebab die halau orang yang bnyak membantu die ketika susah, orang yang melahirkan anak2 die, orang yang sentiase memikirkan keadaan suami dan anak2 dahulu sebelum memikirkan perihal die.

Time goes by, sudah masuk 2 bulan selepas kejadian tu, sekarang pun bulan puasa tak lama lagi raye. Sikit pun ayah aku tak amek tahu pasal kehidupan anak2 die. Whatsapp tak dibaca, call tak diangkat, malah die matikan phone lepas aku cal die. Tujuan aku call bukan sebab nak cakap duit tak cukup, tapi sebab aku rindu, dan ingin nak tanya khabar die.

Sedih sebab aku terkenang ayah aku yang dulu. Tapi sekarang ni bayang die pun dah tak nampak. Khabar berita semua dah takde. Dalam adik beradik, aku yang paling rapat dengan ayah aku, and of course aku yang paling terkesan dalam kes ni.  Rindu tau rindu dengan bayang die, rindu dengan bebelan die walaupun aku tak suke yang paling sedih bile kau rindu dengan orang yang ade lagi dekat muka bumi ni. Bukan orang yang dah meninggal.

Untuk ayah, walaupun ayah dah tak terima kami sebagai anak2, dah buang kami, dah tak ingat kami, ayah tetap dihati kami. Ayah tetap ayah kami dunia dan akhirat. Doa saya semoga Allah pertemukan kite di syurga ye kalau takde kesempatan kite nak bertemu lagi di dunia ni. Moga ayah hidup bahagia bersama orang yang tersayang walaupun kami tak tahu dah ayah duduk mane sekarang (last tengok rumah die yang baru tu, kosong jugak. Ayah lari entah kemana dengan isteri die).

Hanya gambar menjadi kenangan. Walaupun mak buang semua gambar ayah sebab benci. Tapi saya kumpul semua gambar ayah dan saya simpan. Saya janji, nanti kalau ade rezeki kahwin dan ade anak, saya akan tunjuk dekat bakal cucu ayah yang ni atuk diorang. Saya janji. Ayah maafkan kami adik beradik dan mak sebab tak dapat bahagiakan ayah sampai ayah kene cari orang lain untuk bahagiakan ayah. Moga ayah bahagia dengan kehidupan yang baru dan anak baru. Selamat Hari Raya ayah.

Yang benar,

– Anakmu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *