Anak Yang Terluka

Assalamualaikum warga IIUM Confession. Terlalu lama memendam sampai rasa letih dan diri mula seperti orang yang terkena penyakit anxiety.

Saya isteri dan ibu kepada dua anak berusia 2 tahun dan 5 bulan.

Apa yang nak saya tulis dekat sini sikap ibu. Ya ibu saya sendiri bukanya ibu mertua. Bukan untuk membuka aib tapi sekadar untuk meluah dan mendengar pendapat dari semua.

Saya bersyukur dilahirkan dalam kelurga yang sangat family matter. Kami adik beradik akan buat apa sahaja asalkan ibu dan ayah happy.

Cuma perubahan pada ibu mula nampak sedikit demi sedikit bila saya berkahwin. Awal perkahwinan semua ok. Tapi bila saya mula melahirkan cahaya mata pertama sikap ibu terhadap suami dan family mertua berubah.

Sedikit demi sedikit saya perasan ibu berubah. Saya cuba untuk menutup sikap ibu supaya tak nampak di mata suami tapi lama kelamaan saya jadi letih dan depress. Saya tahu sesiapan pun akan sayangkan cucu tapi perbuatan ibu terlalu ketara.

Dia ibarat sangat cemburu kalau tiba giliran saya pulang ke rumah mertua. Kalau boleh dia nak anak saya tidak rapat dengan mertua.

Dia selalu burukkan mertua depan saya. Mertua saya begitu dan begini; susah nak bergaul la, tak macam orang lain dengan dia dan blaa blaa.

Padahal bagi saya mereka ok sahaja. Ye kadang sikap ibu mertua yang susah nak bergaul dan mesra dengan orang,

Tapi untuk saya yang jenis tak fikir sangat perangai orang saya hanya cuba untuk terima sikap dia yang begitu asalakan layanan dia dekat saya anak dan yang lain2 baik sahaja Cuma tak terlalu mesra.

Kita sendiri pun tak tahu orang senang atau tidak dengan sikap kita. So saya berpegang pada “kita terima baik buruk orang supaya orang terima baik buruk kita”.

Awal-awal saya cuba untuk bersikap mendengar dan tenang apa sahaja yang keluar dari mulut ibu supaya tidak nampak saya berpihak kepada mana-mana.

Lama kelamaan saya sedih ibu suka memandang rendah suami. Entah saya sendiri tidak tahu di mana silap.

Ye saya akui suami bukannya seorang yang berpangkat atau bekerja yang bergaji besar. Tapi keperluan rumah anak2 dan isteri dia cukupkan.

Berbanding suami, saya bergaji lebih sedikit (sedikit sahaja) tapi ibu sering merendahkan suami didepan saya.

Nasib masih bukan didepan suami. saya berdoa perkara itu tidak akan berlaku. Saya sendiri tidak tahu suami berpura-pura tak perasan dengan sikap ibu atau betol-betol tidak perasan.

Ada suatu hari saya menangis kerana terlalu sedih. Bagaimana hati tak terluka bilamana yang berkata-kata itu ibu sendiri dan yang diperkatakan oleh ibu itu adalah kepada suami sendiri.

Saya jadi macam orang yang gila bila memikirkan semua ini. Tak tahu dimana nak berpihak.

Tersepit. Duit gaji saya banyak saya habiskan untuk emak demi nak mak rasa yang walaupun anak dia dah berkahwin tapi dia tak pernah saya lupakan.

Untung nya saya suami tak pernah bertanya kemana duit saya pergi. Saving langsung tak ada.

Jika ada duit lebih saya belikan dia perabot rumah, emas, set pinggan mangkuk idaman dia. Semua tu saya beli dengan ikhlas demi nk dia tengok yang saya cukup segalanya.

Suami mampu cukupkn kami walaupun gaji tak sebesar orang lain dan duit gaji saya boleh beli macam-macam untuk dia. Tapi rupanya itu belum cukup untuk buat ibu puas hati.

Hari demi hari ada sahaja yang tak kena di mata dia. Sebut pasal mertua muka terus berubah. saya selalu berdoa semoga ditautkan hati yang semakin menjauh.

Saya impikan keluarga yang harmoni bukannya berada dalam situasi yang sentiasa tersepit.

Bukan tak pernah menegur malah dikatnya saya ni berpihak kepada sebelah sana sampai menagis-menagis bersedih dengan sikap saya.

Sekarang saya hanya diam dan memendam rasa dengan sikap ibu. Kadang malu kadang rasa marah semua perasan jadi bercampur baur.

Tak tahu bila semua ni akan berakhir. saya letih sampai kadang terfikir nak keluar dari semua ni berpisah dengan suami dan duduk di kampung dangan ibu supaya dia gembira dan puas hati!

Maaf andai ayat terabur, menulis sambil kepala terlalu serabut. Terima kasih semua yang membaca.

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *