Anak Yang Tersakiti

Assalamualaikum. Hai nama saya Along, umur 17 tahun masih study dan bakal exam SPM tahun ini.

Sepuluh tahun lalu, saya sekeluarga hidup bahagia, gelak tawa mama abah, usikkan adik-adik. Itu sepuluh tahun yang lalu.

Abah buat keputusan untuk pulang ke kampung nenek di selatan tanpa bawa kami bersama. Alasan abah nenek tidak selesa. Lagi pun rumah yang kami diami ini abah sayang nak sewakan pada orang.

Tambahan pula kawasan perumahan yang sangat banyak kemudahan, sekolah rendah, sekolah menengah, tadika, kedai, klinik, kedai serbaneka 24 jam, segalanya ada. So better stay here.

Selama sepuluh tahun ini lah saya lihat betapa susah payahnya mama memberikan yang terbaik. Malah mama seperti tiada apa berlaku hakikatnya mama menangis dibelakang kami.

Abah akan datang setiap minggu menjenguk kami, abah tidak pernah tidur disini tapi abah akan layan mama dan ank-anak sehabis baik.

Saya yakin abah juga cuba beri yang terbaik agar saya dan adik-adik tidak terabai.

Ada satu peristiwa yang saya tidak boleh lupakan, mama demam panas teruk. Saya risau melihat keadaan mama, jam 2 pagi saya call abah tapi nenek yang jawab panggilan.

Ayat nenek yang buat saya terperanjat. “Kenapa kamu telefon malam-malam, mak kamu lapar KOT* ke”.

Allah jujur saya jadi hilang hormat, gigil tangan saya. Saya buat keputusan call ambulans, mereka datang bawak mama ke hospital. Mama warded empat hari.

Selama empat hari, adik mama datang PakUde, baik sangat. Insan yang selalu ada dengan mama.

PakUde dan MakUde la yang banyak tolong kami. MakUde siap tolong suap mama saya makan kerana mama masih lemah. Abah….????… hmmm… abah takde sebab jaga syurga dia.

Jujur saya cakap dengan pembaca. Saya sedikit pun tidak menganggap abah saya hebat. Sebab apa? Sebab abah tak pernah ada dengan kami time kami membesar.

Yang abah tau kang nenek cari abah, nenek tu abah je boleh paham, kesian nenek takde sape nak jaga. Habis kami nie tanggungjawab siapa?

Bayangkan selama sepuluh tahun nie kami hanya beraya bersama keluarga mama sahaja. Kami diharamkan balik raya ke selatan.

Mama tak pernah bagi tau kenapa. Mama just cakap i’m not ready yet to tell you along, one day you can find the ansewrs. But now you have me n family members so please dont make any trouble.

For abah, along nak cakap satu je, along benci nenek. Nenek yang buat kita berjauhan dan mama cukup sengsara, sakit perit hanya mama saja lalui.

Abah…???? Seperti lelaki dan suami yang pengecut tiada pendirian untuk back up.

I’m hate you abah.

– Anak sulong ibu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *