Assalamualaikum semua.. Terima kasih admin sudi siarkan cerita aku.. Aku bahasakan aku la ye.. Lebih mesra..
Ok straight forward.. Aku ada seorang anak yatim.. Dah 2 tahun lebih usianya.. Kecik lagi.. Dia tak sempat jumpa abahnya, sebab abah nak buat suprise jumpa kat syurga nanti je.. Insya Allah..
Masa awal kehadiran si kecil ni, ibu kena admit ward.. Masa menanti kelahiran, ujian kehilangan abah.. Masa melahirkan pun ada sedikit komplikasi kat ibu.. Masa berpantang pun ada juga ujian ibu..
Anak bertuah ni pun jaundice sampai ibu nak habis berpantang.. Banyak liku2 bersama..
Masa arwah suami aku pergi, sejujurnya aku lost.. Arwah tak ada amik insurans.. Simpanan pun untuk beli barang keperluan anak je..
Tapi kenapa kita takut tentang rezeki sedangkan semua yang ada ni Allah yang punya.. Allah pemberi rezeki..
Hari arwah dijemput, sedekah dari kawan arwah alhamdulillah tak terjangka.. Kos hantar jenazah, pengebumian, guna duit sedekah yang diberi.. Itu pun ada lebih banyak lagi..
Pemurah sungguh Allah.. Baik sungguh Allah permudahkan segala urusan kami..
Habis je berpantang satu persatu rezeki Allah bagi.. Tak pernah putus.. Alhamdulillah..
Kami dah ada rumah sendiri.. Tumpang atas tanah mak ayah.. Kecik je.. Takpela asalkan selesa kami dua beranak.. Semua Allah izinkan barang2 rumah lengkap untuk kami..
Kadang rasa macam mimpi.. Yang tak pernah aku impikan pon Allah bagi.. Masa pkp, ada yang terjejas.. Kami alhamdulillah serba cukup.. Bantuan kiri kanan datang..
Sejak adanya anak yatim dalam keluarga ni, aku rasa kehidupan kami lebih harmoni.. Jiran-jiran, kawan-kawan, saudara mara semua baik dengan anak aku..
Hadiah, sagu hati, tak pernah putus.. Syukur.. Allah hilangkan satu kasih sayang, Allah gantikan dengan kasih sayang yang tak terjangka..
Dan sekarang aku pun dapat kerja dekat je dengan rumah.. Allahu.. Aku malu dengan Allah..
Aku tidaklah sebaik mana.. Tapi Allah bagi rezeki yang agak mewah bagi aku (mewah cara aku.. Jangan samakan dengan orang kaya berbelanja.. Aku just typical ibu-ibu kampung..) Kalau ikut amaun, tak la besar mana..
Tapi ada je rezeki lain yang datang tak disangka-sangka.. Sampaikan aku tak pernah rasa susah dari segi kewangan sejak adanya anak yatim ni.. In fact aku dapat tolong keluarga aku yang memerlukan.. Alhamdulillah..
Betullah dengan janji Allah.. Setiap kepayahan pasti diiringkan dengan kemudahan seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Insyirah, ayat 5-6 yang bermaksud:
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”
Allah takkan uji kita semua di luar kemampuan kita.. Korang jangan tengok apa yang kami dapat tapi renunglah ujian apa yang kami lalui untuk dikurniakan semua ini..
Aku hilang suami, tempat bermanja, berkongsi kasih.. Hilang tulang belakang aku.. Anak aku tak merasa sentuhan ayah, membesar tanpa pernah kenal ayahnya.. Tapi itulah takdir kami.. Allah tahu kami boleh lalui jadi Allah pilih kami..
Korang kalau berpeluang menyantuni anak yatim, santunilah.. “ISLAM amat prihatin terhadap golongan yang memiliki kekurangan mahupun ditimpa ujian kehidupan.
Islam menyarankan setiap umatnya berbuat baik kepada fakir miskin, orang tua, orang kelainan upaya dan anak yatim.” insya Allah setiap kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan..
Macam aku kalau tak mampu, dari dulu aku akan doakan kebaikan orang dengan seikhlas hati.. Sedekah jugak tu..
Yang penting jaga anak yatim ni, jangan sesekali kasari, sakiti mereka.. Tapi aku sebagai ibu tak terlepas la dari marah anak kan.. Untuk kebaikan anak jugak.. Hehe..
Dan bab harta anak yatim pun kita perlu tahu.. Alhamdulillah setakat ni semua pemberian dari sesiapa pun untuk anak, aku simpan dalam akaun anak..
Dah panjang sangat dah ni.. Apapun aku bersyukur dengan semua takdir Allah.. Pasti itulah yang terbaik untuk aku dunia dan akhirat.. Insya Allah.. Terima kasih anak, bagi ibu tumpang rezekimu..
Korang, doakan kami ya.. Semoga setiap doa2 yang baik dari kalian, Allah gantikan dengan berjuta kali ganda kebaikan.. Aamiin..
Terima kasih semua sudi baca sampai sini..
– Ibu Bertuah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit