Anakku Lambat Bercakap

Assalamualaikum dan hai. Nama aku Timah, berumur 27 tahun dan mempunyai dua orang anak perempuan. Aku pernah menjadi ibu tunggal anak satu. Kiranya dua dua anak aku berlainan ayah.

Ayah kepada anak sulung, aku namakan Fulan. Hahaha, boleh la tu.

Ini kisah aku mempunyai anak perempuan yang lambat bercakap. Anak sulung aku berumur setahun setengah ketika aku bercerai.

Aku berkahwin untuk kali pertama ketika berumur 22 tahun. Dan bercerai setahun setengah kemudian.

Selepas bercerai, aku balik kampung di utara tanah air. Balik duduk dengan mak. Mula mencari kerja.

Dan anak mula dihantar ke pengasuh. Bayaran pengasuh ketika itu tak silap aku RM250 ke RM300. Bergantung berapa hari aku hantar. Sebab aku mula hantar ke pengasuh,ketika kerja kilang pertama.

Seingat aku, bayaran yang dikenakan RM25 sehari. Aku bekerja 5 hari seminggu. 2 hari wajib OT. 3 hari kerja 8 jam. Aku hanya hantar ketika shift siang.

Shift malam, mak aku tolong jaga. Upah mengasuh bekas suami aku yang membayarnya. Upah hantar dekat mak, Fulan biarkan jelah. Aku yang segan ni, aku la hulur sedikit, tambhan aku tinggal sekali dengan mak abah.

Semasa aku kerja kilang tu, mak ada ke kl, atas urusan menziarah anak sedara kahwin. Jadi dia nak bawak anak aku. Aku benarkan.

Aku siap inform Fulan.

“Abang nak ambik Shifa tak, mak bawak pi KL.”

Mak aku tak berapa suka cadangan ni, tapi,sebab aku berkeras nak bagi anak ke bapaknya,mak pun setuju.

Memula janji pagi, sebab mak aku ikut rombongan. Dari kedah ke kl, mak naik bas express. Dari kl akan ke johor, ini bas yang ditempah untuk sedara kami. Jadi mak aku okay ja nak hantar anak ke bekas suami. Tapi kena jumpa dia pagi di sekian tempat.

Masalah si Fulan ni, selalu tak tepati janji. Kalau janji dan masa selalu fail. Bila mak mintak datang pagi, dia belum bangun tidur gamaknya, tengahari baru bangun. Bas rombongan mak dah bertolak.

Mak pulak perngai jenis, dah janji tu kena tepati. Bila dia tengok bekas menantu dia datang lambat, dia pun bior je, tak inform driver untuk tunggu pun. Terus je ke johor.

Bila si Fulan ni bangun, dia kena ke johor la nak ambik anak kami.

Mula tu janji nak ambik 3 hari. Nanti mak balik ke kl, Fulan akan pulangkan anak. Tapi kan tadi dah cakap si Fulan ni bab janji kelaut. Lepas tiga hari, dia kata nak ambik sebulan.

Sampai sebulan lah dia ambil anak. Jadi nafkah anak untuk bulan tu tak bagi lah. Dah tak bagi sepasai, baju anak aku yang kat rumah sewa kami dulu tu semua saiz 6-12 bulan. Anak aku dah setahun nak masuk dua tahun dah.

Dia masih la sumbat baju tu kat anak aku. Bila video call dengan anak aku, aku rasa kesian sangat lahai anak aku. Aku kat sini, dalam tak ada duit pun, perkara pertama aku sediakan, aku sediakan pakaian dulu, sebelum keperluan aku.

Dia pulak boleh pakaikan anak aku baju yang ketat ketat. Korang tau yang jumper, baby suit tu. Kancing dia dah tengah pusat. Dan dia pakai kan pampers. Huduh betui aku tengok. Bila aku suarakan kenapa tak beli baju, dia boleh cakap. Ala, muat lagi.

Aku terkedu jelah.

Sebulan macam tu barulah dia hantar anak balik ke aku.

Aku ni time tu sentiasa dalam fikiran tak nak bergaduh berebut anak. Tak nak jadi mcm dalam tv tu, bergaduh teruk teruk sebab tak nak jumpa bekas pasangan.

Nanti yang kesian anak tu. Jadi sebab tu aku jadi macam ok je dia nak jumpa bila pun,kadang tu siap offer lagi sebab nak anak rasa kasih sayang mak pak dia.

Dalam masa yang sama aku masih bekerja di kilang yang sama . Sebulan setengah kerja di kilang tu, ada buka pengambilan kerja di kilang besar berdekatan tempat kerja aku. Aku pon siapkan keperluan untuk interview, alhamdulilah. Aku dapat.

Ngam seminggu macam tu training di kilang baru, terus negara umum lockdown. Jadi aku stop hantar anak ke pengasuh. Pendapatan Fulan yang ada ketika itu turut terjejas kerana pkp.

Sebulan duduk rumah, alhamdulillah gaji penuh tetap dapat. Aku bersyukur sangat. Rezeki anak la katakan. Fulan ketika itu aku hanya minta tanggung kos susu anak dan pampers sahaja. Total dalam RM150.

Aku time tu sangat lah tidak berkira. Pandangan aku ketika itu, anak bersama kan. Anak dia, anak aku jugak. Jadi duit lebih tu, beli jelah barang barang anak tanpa claim dekat Fulan.

Anak aku yang kurang perhatian dari aku, mula dihidangkan dengan video video dari youtube. Kadang kala kartun chiness, korea semua dia tonton. Ini permulaan tumbesaran dia terbantut.

Aku pulak bila nampak anak cakap inggeris, aku fikir.

‘Wah pandai nya anak aku.’

Aku upah reward aiskrim, coklat, jajan.

Aku yang terlalu sibuk mengejar OT, hingga lupa tanggunjwab kepada anak. Memang silap aku la.

Ada jugak aku beli flash card. Tapi falsh card inggeris lah. Bila tengok video tu balik. Alhamdulillah memang time tu memang anak aku on track. Cumanya, sampai situ jelah perkembangan dia walaupun sekarang dia dah empat tahun.

Pejam celik, dah setahun aku bekerja di kilang baru. Aku pon dah move on, walaupun negara masih pkp, bulan 6 tahun lepas, aku buat keputusan untuk berkahwin semula, tapi bukan dengan bekas suami, sebaliknya dengan rakan sekerja aku.

Kami berkahwin masa pkp, jadi tiada majlis apa, simpan duit beli perbot, lagi pun kenduri kahwin makan modal yang agak banyak, dengan aku kena tanggung anak.

Nafkah anak aku masih sama tetap RM150. Cuma lepas nikah, kami berpindah ke rumah sewa yang agak jauh, jadi terpaksa aku hantar anak ke pengasuh. Upah mengasuh ketika itu RM400. Kerana fikirkan Fulan masih terjejas dek pkp, aku yang bayar upah mengasuh.

Jangan tanya kenapa aku tak minta duit dari suami baru.

Suami baru aku tu bujang. Sebelum nikah, dia memang banyak komitmen, walaupun pangkat dia lebih tinggi dari aku. Tapi, gaji bersih aku lagi banyak. Hahaha. Lagipun bukan tanggungjawab dia untuk sara anak aku. Anak aku masih ada bapak kan.

Memula nikah memang kami kerap salah faham pasal anak aku. Alhamdulillah dia memahami tentang anak.

Bukan senang ya, orang bujang nak terima tetiba ada anak. Anak pulak, suka menempel dekat mak. Manja sangat. Jadi anak aku sangat sensetif bila datang suami baru.

Dua bulan selepas berkahwin baru, aku mengandung. Alhamdulillah. Mual mual, biasa lah mengandung kan. Anak sulung mula sensetif. Nak peluk sedia sedia.

Dia mulanya memang tak rapat dengan bapak tirinya. Sebab aku terlampau manjakan dia. Jadi kalau ditegur tu, semua dari bapak tirinya. Dia akan belakun menagis kalau kami cakap ‘tidak’ , ‘takmau’ , ‘jangan’ , ‘tak boleh’ .

Anak perempuan aku masih tidak mahir bercakap,padahal umur sudah tiga tahun, masih gunakan jari kalau mahukan sesuatu. Kami suami isteri,anggap itu normal. Jadi hanya membiarkan.

Awal tahun haritu, ada aku surakan nak hantar anak ke playschool. Mak aku cakap, untuk umur 4 tahun, bukan masa belajar, ini masa untuk dia teroka dan bermain. Gunakan semua deria sehabis munkin.

Playschool tu pulak, bukan untuk mengajar, lebih kepada bergaul. Tapi, bila aku suarakn pendapat nak hantar anak ke playschool, Fulan tak setuju, alasan, bukan umur dia nak belajar.

Jadi bila ada masa, aku sendiri akan ajar. Aku pelbagai kan cara, cuma aku taktau kaedah yang betul untuk mengajar. Aku hanya ajar, tanpa bercakap.

Budak tu pon ikut, tapi just buat, tanpa tahu apa tujuan aku buat. Aku buat aktiviti macam ni adalah dalam 3 4 bulan macam tu.

Tak mudah ya, dengan perut besar, aku nak bersimpuh, nak ajar dia gunting, pegang pencil, pegang water calor. Tapi aku gagah kan jugak. Tapi hasil kurang memberangsangkan.

Setiap aktiviti, aku akan buat video, dan hantar ke bapak kandung nya. Pak dia pon syok la tengok anak konon pandai tu.

Kemuncaknya, bila satu hari, anak aku sakit. Muntah agak banyak,dan aku sendiri hantar ke hospital. Aku hantar ke hospital kerajaan berdekatan rumah sewa kami, dan anak aku ditahan semalaman di sana untuk dipantau.

Faham jela hospital kerajaan, kurang privasi, setiap masa akan ada doktor atau misi datang pantau. Aku tak kondem ya, aku ceritakan pengalaman aku sahaja ketika itu.

Hari pertama, aku dah kena sound dengan seorang doktor india, dia tanya anak aku sakit apa. Anak aku tak jawab. Dia tanya anak aku sakit dimana, masih tiada jawapan.

Jadi dia label anak aku autism, kerana eye contact yang lemah, tiada respon bila ditanya dan cuma cakap bahasa bayi.

Dia sound sebab anak asyik tengok video youtube dari skrin phone. Jadi dia refer anak aku ke bahagian telinga, dan bahagian terapi anak.

Untuk pengetahuan, aku dah pernah buat test autism dekat anak aku. Ciri ciri austism, hampir tiada.

Anak aku yang peramah, memang suka bergaul, cuma dia suka guna bahasa baby, bahasa tubuh kerap. Anak aku pon suka kan air, malah boleh berenang lagi. Hahaha. Dia cukup suka kena peluk.

Time tu aku protes jugak lah kenapa kena cop autism, tapi suami kata, pi ja dulu, dengar pakar nak cakap apa.

Jadi doktor bagi tarikh untuk ke pakar terapi percakapan, tarikh lepas due aku dua minggu iaitu seminggu selepas raya.

Selepas anak aku ke hospital kes muntah tu, Fulan datang, nak ambik anak. Aku pon bagi ja. Dia kata nak ambik dua tiga hari. Aku pon tak palah. Nak melawat anak kan.

Aku pon benarkan. Tapi aku ada inform aku nak ke terenganu dengan anak lepas dia hantar tu. Fulan pon okay.

Dua hari lepas tu, aku rindu anak, jadi aku pon call nak tanya keadaan anak. Aku tak call awal awal, sebab nak bagi Fulan ada quality time dengan anak. Jadi memang aku bagi spend time bebetul tanpa ganguan aku.

Bila aku call, Fulan dah bawak anak ke kl. Tanpa pengetahuan aku. Padahal dia tau, aku ni nak bawak ke terenganu. Dia pun buat buat tanya.

“Nak ke terenganu tu, ada singgah ke kl tak? Abang rasa tak lalu.”

Dia sambung.

“Abang dah sampai kl, bukan senang nak patah balik ke kedah. Nanti lah abang hantar seminggu dua lagi.”

Wehhhhhh…. Korang rasa apa. Hang dah bawak anak p kl, lepastu buat buat tanya. Aku tengok kelaku dia ni aku geram. Haish.

Aku pon pakat dengan suami, ambik cuti terus gerak ke kl, ambik anak. Aku bagi dia spend time dalam tiga hari kut tak silap.

Kami tak jadi la pi terenganu. Terenganu ni kampung suami. Kami plan lama dah nak pi sana. Buka sempadan, baru sempat nak pi. Tapi dah jadi macam ni, tak jadi la plan kami.

Janji nak datang haritu, kami pun bertolak malam tu. Sampai tu subuh la kat kl, Fulan bangun tengahari,baru angkat call aku. Dia cakap. ‘la awat mai pagi?’

Padahal aku dah inform. Aku pi rumah famili dia sebenarnya. Mak dia tak suka aku. Jadi dia memang balik tu, dia tranfer duit untuk duit minyak.

Dia whatsapp, “abang tak puas lagi spend time dengan anak. Len kali bagi la extra msa untuk abang. Timah kan dah ada keluarga baru.”

Kadang tu nyirap je baca chat tu.

Aku pon ignore je chat tu. Dan balik rumah kat kedah. Dalam masa tu aku check badan anak, ada luka kering. Aku tanya, dia kata tak tau. Tapi dalam masa yang sama dia cakap dia sentiasa dengan anak. 24 jam.

Jadi aku rasa keputusan aku ambil anak, adalah keputusan yang tepat.

Lepas balik rumah, anak aku demam. Aku saja jelah share dengan Fulan, anak demam. Dia cakap.

“Awat demam. dia rindu abang kut. nak abang balik ambik ka?”

Haritu bila suruh hantar anak, tak boleh hantar, ni tiba tiba boleh pulak ulang alik dari kl ke kedah macam kedah tu belakang rumah dia ja.

Bila aku tengok dia macam kaya, boleh ulang alik gitu je dari kl ke kedah. Aku pon serahkan tanggungjawab anak ke dia.

Aku minta dia bayar upah mengasuh. Aku cakap taun lepas aku dah bayar.

Jadi total dia keluarkan duit untuk anak RM400-upah mengasuh. RM150, susu dan pampers anak.

Dia pon okay. Jadi aku rasa dia dah tak ada masalah.

Sepanjang aku mengandung, banyak kali aku ambik cuti sakit, sebab alahan dan bebanan kerja yang terlalu banyak.

Jadi aku ingat dah tiba masanya aku berhenti kerja. Suami aku pun tiada bantahan. Pada hemat kami, aku akan ada masa, untuk tumpu perhatian kepada kedua dua anak.

Dalam tempoh anak aku kena admit hospital awal tahun sampai bulan 5, Fulan ada ja ambil anak beberapa kali. Cuma kali ni, aku agak tegas. Aku akan tanya berapa hari. Dan kemana nak bawak. Supaya tak menyusahkan aku.

Tambah pulak aku dah dekat tarikh nak beranak, jadi dia memang follow je aturan aku tanpa mebantah.

Dan aku pon ada cerita dekat dia, yang aku akan berhenti kerja. Jadi aku tak dak sumber pendapatan. Jadi aku minta dia mula membayar nafkah anak RM500, duit raya pon aku tak pernah mintak ya, sepanjang bercerai.

Jadi aku rasa amount tu sepatutnya dia mampu lah. Dan sekali lagi, Fulan tak membantah.

Tiga minggu lepas beranak (aku beranak awal dari tarikh), aku ke temu janji anak di bahagian terapi percakapan. Suami ku kena kerja, time tu, aku usung adik lelaki ku, dia jaga baby dalam kereta. Aku bawak kakaknya jumpa pakar terapi.

Agak sedih bila pakar nyatakan tahap anak aku macam berusia setahun setengah. Kira perkembangan nya la. Pakar nyatakan antara solusi,

1. Kena kerap bagi anak bercakap. Kenal benda. Kenal 50 perkataan bermakna.

2. Sambungkan dua ayat. Contoh nak makan, nak mandi, nak berak, sakit perut, pokok hijau.

3. Bacakan bed time story dekat anak. Dan terangkan dengan sesimple mungkin kepada anak.

4. Bermain sekurang kurang 30 min dengan dia. Bermain sambil bersembang.

5. Bagi dua arahan dalam satu ayat. Ulang dan terangkan arahan tersebut sampai anak buat.

Itu antara aku praktikkan 3 bulan selepas temujanji pertama. Aku pon had kan masa anak aku berjumpa mak abah aku. Jumpa boleh, tapi tak boleh bermalam. Jumpa pon dengan ada aku, supaya mudah aku kawal kalau anak tantrum.

Sepanjang tiga bulan ni, aku ambik keputusan berhanti kerja, dan minta bekas suami beri nafkah anak RM500 sebulan. Atas alasan, aku dah tak ada duit untuk penuhkan keperluan anak. Anak pon dah berhenti minum susu formula dan pampers.

Aku belikan education toys dekat anak. Ajar hampir setiap hari. Aku beli buku cerita, aku baca dan terangkan setiap malam sebelum tidur. Aku hadkan masa tengok kartun. Lebih kepada tidak benarkan langsung.

Aku buka tv3, siaran berita tu ja, hahahaha. Dia pon tak suka tv3. Banyak sangat drama. Tak ada kartun. Lepas makan malam, aku akan cari masa, ajar iqra.

Mainan anak aku pulak,bukan sikit sikit, RM200. RM150. Aku beli bukan saja saja. Aku beli untuk tambah perkataan baru dekat dia. Contoh nya, aku beli set mainan minum petang. Aku akan sembang.

‘Shifaa, tuang air dalam cawan.’

Dia blur.

Aku akan repeat ayat aku.

Bila dia masih blur, aku akan ulang sambil tunjuk.

Pegang tangan dia, buat pergerakan tuang.

Esok lusa, aku suruh dia ajuk cakap pulak.

‘Mami tuang air.’

Lama lama dia faham ayat aku.

Pakar terapi cakap. Kalau anak dah faham dua ayat. Tambah lagi satu, bagi cukup tiga ayat.

Jadi aku akan cakap macam ni,

‘Mami, tuang air bagi baby’

Baby tu merujuk patung baby kat sebelah.

Esok lusa tambah pulak, tuang air teh.

Perkara macam ni bila aku cerita kat Fulan, reaksi Fulan biasa ja. Dia cakap Shifaa boleh je cakap dengan dia. Kau ingat magic ke, dengan hang dia cakap dengan mak dia, dia tak mau cakap.

Fulan cakap, kalau nak berak pandai je dia tunjuk bontot.

Aku kata tu bukan pertuturan. Tu tunjuk tanpa bercakap. Fulan balas, aku bukan doktor. Dah setepek aku kena dengan Fulan. Hahahaha.

Fast forward, raya haji. Sebelum raya haji. Bulan 6 aku inform Fulan. Nak buat akikah anak.

Tujuan aku inform adalah untuk minta persetujuan dia untuk buat akikah anak. Aku ada nyatakan harga. Jadi maybe kami boleh kongsi bayar ke macam mana kan. Aku whatsapp gini.

“Salam abang. Nak buat akikah shifa tak tahun ni. Haritu mak offer bahagian lembu, RM700. Tapi lambat sangat, jadi orang lain dah ambik bahagian tu. Dan tak termasuk masak. Sebab timah nak buat untuk adik dia sekali. Tapi adik dia timah bayar lain. Yang tu kami buat kambing,sekali masak RM1400.”

Dia tak bluetick sampai sudah. Jadi aku pon cakap kat mak aku.Fulan ni sibuk. Mak carikan slot lembu di madrasah tempat mak selalu mengaji ini. Aku pon setuju.

Tiba hari raya sebulan selepas tu, aku pon whatsapp si Fulan.

“Assalamualikum bang, semalam aqiqah Shifa”

Dia boleh balas. Macam ni

“Wassalam, la.. buat jugak ka? Abang ingat nak buat sembelih korban nanti.”

Boleh pulak dia balas. Dah la aku inform sebulan awal. Sakit betul hati aku, akikah ni seumur hidup sekali ja. Korban tu setiap kali raya haji boleh buat. Apa la masalah orang tua ni.

Bila aku bangkitkan isu ni, dia cakap,aku yang nak buat akikah. Jadi kenapa nak pakai duit dia. Dia siap cakap. Kalau dia buat akikah. Boleh ka mintak duit aku.

Blank terus otak aku. Aku dah inform sebulan awal. Hang tak setuju cakap la awal awal.

Korang jangan ingat aku berkira dengan anak eh, aku inform balik, aku dah berhenti kerja. Akikah anak second pon aku tong tong dengan suami. Yang anak pertama pun sepatutnya macam tulah.

Tapi maybe nasib aku dapat bekas suami psiko macam ni kut. Jadi aku pon dah malas nak mintak dekat dia duit extra anak. Dan perkara ini berlalu begitu sahaja.

Temujanji dengan pakar yang kedua pada bulan 8. Aku tak inform Fulan. Cuma selepas appoiment pertama memang aku tak bagi anak dekat sapa sapa. Sebab aku ajar anak setiap hari.

Perkembangan dia depan mata aku. Jadi aku tak sanggup orang lain rosakkan. Silap aku dulu sebab abaikan anak, jadi aku nak tebus sekurang kurang bagi anak aku on track balik.

Satu hari tu, aku masih hantar setiap video anak dekat bekas suami. Bekas suami whatsapp ucap terima kasih. Dan dia sambung.

– Abang ada balik Penang, Jumaat atau Sabtu ni, habis kerja Sabtu ni abang ingat nak ambik Shifa.

– Nak ambik berapa lama?

– Abang ingat sampai tengah bulan September, cuma abang ingat,kalau ada kerja di seberang perai, hujung bulan atau awai bulan depan, masa tu abang akan hantar Shifa sementara, nanti nak balik, abang ambik balik.

Kalau korang la jadi aku. Korang rasa macam mana. Nafkah anak pon tak seberapa. Sibuk ja semendang. Lepas tu nak ambik anak ,main order macam tu ja. Aku pon reject request dia. Dengan syarahan panjang lebar.Suka hati ja nak ambik anak gitu.

Fulan selalu sangka anak kami pandai cakap inggeris. Maksud pandai ni, tahu makna dan tahu jawab.

Jadi bila bersembang dengan anak, dia akan guna ayat yang sepenuhnya ayat bahasa inggeris. Kadang aku pon tak paham, tambah pulak anak yang baru bertatih ni.

Bila esoknya dia datang ke tempat aku, dia ingat aku nak bagi anak. Tapi aku masih balas, bila masa pulak aku kata aku bagi kan. Nak tunggu sampai lusa pon aku takkan hantar anak. Jadi dia balik dalam keadaan marah.

Walaupun aku tak bagi anak, aku tak putuskan pon hubungan Fulan dengan anak. Dia nak video call aku bagi ja.

30 bulan 7, Fulan whatsapp lagi.

“Assalam Timah, esok abang akan ke Penang. abang ingat kalau sempat sebelah petang nak ambik Shifa sampai tengah bulan 9”

Aku baca whatsapp tu dan diam ja. Malas nak balas dah.

Dia tak puas hati, esoknya dia datang call suami aku, suami aku kalau kerja memang off phone. Jadi dia tak dapat berhubung la dengan suami aku.

Dan dia call mak aku, mak aku yang sememangnya tak sukakan Fulan, memang abaikan sahaja pangilan Fulan.

Tak cukup dengan itu, Fulan pon ‘menyerang’ tempat terapi percakapan di hospital.

Bila dia datang tanpa sebarang surat atau kenyataan bertulis, sebab aku tak pernah bagi apa apa report dekat dia,kerani disitu malas nak layan Fulan.

Lagipun Fulan datang pukul 5, waktu nak tutup dah. Kebetulan pakar yang rawat anak aku cuti kursus. Bertambah marah la Fulan.

Kerani tersebut maybe hapal nama anak aku. Jadi dia ingat lah apa yang Fulan tanya.

“Anak saya kenapa kena refer sini?”

“Encik ada surat untuk kami semak?”

“Tak ada, bekas isteri saya tak bagi apa apa. kenapa anak saya kena datang sini. anak saya dah pandai bercakap.”

Setakat tu ja kerani tersebut cerita dekat aku. Lagipun laporan ada pada pakar. Jadia dia tak ada ulasan untuk anak aku. Jadi Fulan pun balik dalam keadaan marah..

Untuk appoiment ke dua, pakar sangat kagum dengan perkembangan anak. Masuk bilik ja dia terus sapa pakar tu dengan cakap.

“Mami, guru besar. Hai guru besar”

Ayat sambil tunjuk pakar tu.

Alhamdulillah aku sangat berpuas hati dan berbaloi sangat apa aku buat sepanjang masa ni.

Tahap anak aku dah naik 3 tahun dari setahun setengah sebelum ni.

Untuk tahap sekarang kena ajar anak,

1. Kenal jantina.

2. Atas, bawah, dalam, luar etc.

3. Buat ayat mengapa dan nyatakan sebab.

4. Buat 3 arahan dalam satu ayat.

5. Puji bila anak buat something yang elok.

6. Sebab anak aku still ada bahasa baby, bila dia start bahasa baby, tu maksud dia tak ada ayat,jadi buat ayat untuk anak.

Aku pon eksited balik, dan aku rakam serta aku minta pakar tersebut buat satu report untuk aku tunjukkan kepada Fulan.

Bila aku ambik gambar dan bagi kepada Fulan. Fulan kata terima kasih nanti dia rujuk sapa sapa yang dalam bidang ni..

Lepas aku bagi report ni, baru dia tranfer duit nafkah anak. Tu pon separuh. Actually aku marah dia tranfer separuh. Apa masalah dia ni.

Bila aku beli barang aku akan hantar resit. Kadang kadang guna duit aku aku tak inform dia pun suruh ganti. Tapi bila dia bagi separuh separuh ni,aku rasa macam dia tak nak aku habiskan duit anak. Macam aku terdesak sangat. Macam tu.

Bila dia tranfer balance dua tiga hari lepas, aku beli barang anak. Topap kertas, marker, buku buku. Dan aku inform dia.

“Dah lah tak payah bagi duit anak. Simpan jelah duit tu kalau berkira sangat. Saya guna duit untuk beli barang anak.”

Dan dia kata kenapa pulak kata dia berkira. Dia kata sebab aku asyik mintak duit anak ni lah, duit simpanan dia untuk umrah selalu short. Maknakata sebab seratus lima puluh ni yang aku mintak dulu ni, buatkan dia tak jadi pi umrah.

Dia kata lagi, atas sebab aku suka membeli, bukan bermakna benda aku beli tu keperluan anak pun. Sepatutnya flash card sahaja dah cukup untuk anak.

Aku hermmmm geram betul. Aku kata dah,simpan duit tu, tak cukup duit untuk pi umrah. Haaaa simpan la duit pi umrah. Ada duit extra pi kawin terus la. Buat anak. Lepas tu lupakan jelah anak ni, jadi bapak pun tak ada function.

Dia suruh akun ngucap sebab cakap macam tu. Dia tak tau, aku puas ngucap dah bila dia cakap duit umrah dia selalu short sebab nafkah anak. Dia tak tau ke nafkah ni wajib.

Dan aku terus offf dengan Fulan. Kenapa la susah betul Fulan nak nfaham apa aku nak terangkan. Dari hari itu sampai la hari ni, dia dan aku diam.

Doa aku, moga asbab aku pulun ni, anak aku pandai la. Moga dia paham jugak, kenapa aku tak benarkan dia dok dengan bapaknya. Bukan lah kejam, tapi entah korang rasa aku jahat sangat ke pisahkan anak dengan bapak?

– Timah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *