Assalamualaikum.. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat admin dan pembaca IIUM confession. Disebabkan selepas ni saya mungkin akan mengakibatkan rasa pedih ulu hati segelintir pembaca, saya mohon maaf zahir batin. Niat saya supaya penulisan saya boleh dijadikan pengantara atau lebih baik menjadi verbal slaps kepada Baim dan species2nya.
What are the symptoms?
Macamana nak tahu sama ada anda tergolong dalam calon suami sama seperti Baim?
First obvious trait is.. you are just so full of yourself. Syok sendiri.. However saya tak menolak kemungkinan that you are probably just a typical narcisisstic man. Ciri2 seorang narsistik adalah mereka melebih2kan kelebihan diri mereka, crave for ppls admiration towards them dan kurang pemahaman terhadap org lain(kurang empati terhadap perasaan org lain) yg ni seangkatan dgn yg ada masalah bipolar, depression and anxiety disorder. Yg ni saya advice awak seek for medical solutions and if you are sick, kesian pulak kena kecam dgn masyarakat. Lol
In the other hand, if tak ada kaitan dgn masalah mental, antara simptom genetik Baim adalah andalah Raja di rumah anda. Saya taknak kaitkan ANAK MAK dlm genetik Baim sbb bukan semua mommy’s boy tak guna. Ada antara dorg cuma setia membaby buta je. But kes kerabat Baim, most probably SEMUA kerja/urusan di rumah dilakukan oleh ibu , adik beradik perempuan, orang gaji or ayah anda. Antara kerja tersebut termasuklah kerja-kerja remeh yg orang dewasa yg NORMAL mampu lakukan tetapi jika anda kategori Baim, anda tidak akan mempunyai daya tahan yg cukup kuat dan cukup kreatif untuk menyelesaikan kerja mudah yg kita lakukan seharian. Sebab sudah dipampered sewaktu kecil sehingga ability dan critical thinking kalian tidak dipraktis. Maka tidak hairanlah Baim mengharapkan ISTERI SERBA BOLEH atau erti kata lain, isteri yang otak dan fizikalnya fully developed to settle every single thing for him. Kalau mengunyah dan mencebok tu bukan dlm kategori jijik. Mungkin itu juga menjadi skop kerja seorang isteri.
Contoh: Jika anda selalu memerintahkan isteri anda mencapai remote control sejauh sedepa dari anda kerana anda malas nak bergerak. Ya anda Baim. Habis, bini kau tak nak bermalas-malasan jugak?
Contoh: Jika anda sejenis menunggu isteri anda membersihkan najis bayi kerana anda gewli. Ya anda Baim. Habis, bini ko kalis geli?
Contoh: Jika anda tak bayar nafkah yang cukup/tiada langsung tetapi demand isteri melayan anda sebagai raja? Anda above Baim. Level iblis. Yang ni mmg perlu hangus dipanah petir.
Antara simptom lain species seketul Baim adalah, anda seorang perfectionist dan perasan bagus. Walaupun anda sendiri jauh dari perfection di mata2 manusia, pandangan orang lain tidak benar. Hanya pandangan anda sahaja yang betul lagi tepat. Maka tidak hairanlah, anda merasakan anda BERHAK memberikan nasihat kepada perempuan2 di luar sana kerana anda rasa anda betul. Anda rasa anda boleh jadi isteri yang baik jika diberikan kesempatan. Lol. Tidak hairan juga jika anda membaca komen2 membidas anda dlm post tersebut anda akan mengatakan kami jealous, vongok atau janda baru diceraikan.
Contoh: Jika anda sedang menonton filem, anda mengatakan anda boleh berlakon lebih baik dari barisan pelakonnya? Ya anda Baim. Muntah hijau alert.
Contoh: Jika isteri anda terlupa sesuatu tugasan di rumah dan anda memarahi dia walhal tugasan anda di rumah cuma basuh dan jemur baju. Selebihnya isteri anda lakukan. Ya anda Baim. Mungkin Baim tak buat pun basuh dan jemur baju. So tahniah la sikit sbb kau buat 2 kerja dari melepak nyanyi smule dgn janda bergetah anak 3.
Saya rasa En Baim pun dah baca banyak kali kat ruangan komen. But saya nak beritahu lagi sekali lah..in case you forgot. Your confession reflects who you are. Please ubah mindset awak sebab mindset awak mcm eww sgt.
– Tok wan kau
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit