Analisis Masalah Rumahtangga

Assalamualaikum semua, Just nak share my observations jadi “silent reader” kat sini.

Dari luahan dalam dalam untuk masalah rumah tangga, saya dapat merumuskan kebanyakkan luahan kat sini merupakan 80% kes rumah tangga yang menderita dan 20% kes yang berjaya bangkit semula.

Pada pendapat sayalah, antara sebab-sebab kes perkahwinan itu sama ada boleh jadi 80% atau 20% adalah kurang pengetahuan dan perancangan mengenai alam perkahwinan.

Di bawah rumusan kes-kes perkahwinan yang selalu diluahkan dalam ni:

1. Tinggal dengan mak mertua- Kalau sebelum kawin dah tahu kena tinggal dengan keluarga mertua, sila fikir masak masak sebab dalam nini banyak saja luahan macam ni.

Kebanyakannya banyak luahan keburukan dari kebaikan. Macam biasa kes tak sebulu ngan mertua, ipar dan kena jadi kuli.

Kalau rasa nak kawin jugak so please be mentally prepared. Kalau memang terpaksa duduk ngan mertua, then sila buat perancangan by when nak pindah rumah sendiri.

Kebanyakan kes 20% yang berjaya berdikari ni sebab jiwa diorang kental dan don’t take no for the answer.

Tak kisah suami/ isteri nak ikut pindah ke tak tapi diorang tetap akan pindah bawa anak. Ni jangan sampai anak lima pun still duduk ngan keluarga mertua.

Sebaik-baiknya carilah rumah/ bilik sendirik untuk berdikari

2. Nafkah – Kalau setakat suami boleh bagi RM50 @100 masa mula mula kawin pun sila fikir jugak ye.

Lagi satu jangan jadi “redha” sangat tak di beri nafkah; kononnya faham masalah suami “isteri yang understanding” konon dan sanggup bayar semua.

Tolong jadi bijak sikit. Kalau si isteri yang bayar semua, kiranya si lelaki ada duit lebihla nak buat hantaran untuk lagi satu ye.

Lepas tu meroyan dan mengungkit kena bayar semua. Orang yang asalkan kawin ni kiranya macam masa kecil-kecil dulu main kawin-kawin, lepas tu masa makan balik rumah masing –masing.

So sebelum kawin tu silalah duduk berbincang ya.

3. Anak-Anak-anak boleh jadi penguat kasih sayang atau bebanan dalam keluarga. Kebanyakan luahan dekat sini tak nak berpisah sebab ayahnya baik atau tak nak anak kehilangan ayah.

Just kerana anak-anak rapat dengan ayah tapi menyiksa ibunya zahir dan batin sudah cukup mengatakan dia ayah yang baik.

Ayah yang baik menjadi “role model” untuk anak anaknya sebab itu dia akan melayan ibu kepada anak-anaknya dengan penuh hormat.

Suami yang bersolat 5 kali sehari tapi melayan isterinya dengan teruk ibarat ketam mengajar anaknya berjalan; ayah yang gagal.

So si ibu/ isteri tolonglah fikir adakah ini “role model” yang korang nak untuk anak-anak korang?

4. Pilih-kasih – Tak menjadi isteri/ suami/ cucu kesayangan. Sesetengah orang merasakan ini masalah yang paling besar. Sebelum apa-apa tolonglah sayang diri sendiri dulu.

Kalau mertua tak suka, tak payahlah terhegeh –hegeh melukut ditepi gantang. Terima saja hakikat, yang ada orang tak suka so boleh buat b0doh saja.

Sama jugak kalau anak bukan cucu kesayangan. Didik anak tu sayangi diri sendiri dan korang satu keluarga tetap sayang menyayangi.

Kadang-kadang pun bukannya diorang sedar yang diorang bukan cucu kesayangan. Mak bapak saja yang feeling lelebih. Nanti dia besar pun ada orang tak suka so at least kena tahu ada orang lain yang sayang dia.

So setakat inilah rumusan yang saya boleh buat. Kalau ada apa-apa sebab lagi boleh tambah dalam komen ya.

– Saleha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *