Anda Ada Depression?

Assalamualaikum semua.

Tahun 2017 ni kalau anda perasan, ramai yang mula menceritakan tentang depression dan mula membincangkan topik ini secara serius. Di page ini pun ramai yang berkongsi kisah mereka berkaitan dengan depression. Dan ada satu ketika dimana anda terdetik “eh aku macam ada je tanda2 depression ni”
.
Saya salah seorang individu yang di diagnos dengan Major Depressive Disorder (MDD). Kata psychiatrist “kita semua ni ada symptom2 depression, sebab kita semua ada masalah dan tekanan. Tapi yang membezakan kita adalah tahap depression itu dan macam mana masalah ni mengganggu hidup kita”. Maksudnya, kalau tekanan yang anda alami tu sangat mengganggu rutin harian anda, bermakna anda ada masalah.
.
Disini saya nak berkongsi bagaimana saya boleh sedar yang saya ada depression dan bagaimana saya boleh ambil inisiatif untuk berjumpa psychiatrist.
.
1. Symptoms
Ada symptoms yang saya sendiri sedar. Tapi ada beberapa perkara yang saya lakukan tanpa saya sedar. Housemates saya yang perasan tentang perkara ni semua. Contohnya:
*Selalu termenung
*Tidur terlampau lama (langsung tak buat rutin harian dan tak solat. Hanya tidur seharian)
*Langsung tak tidur. Kadang tu kuat tidur, tapi kadang tu langsung tak tidur sampai sehari dua.
*Hilang selera makan (ada yang sampai langsung tak makan seharian)
*Banyak menangis
*Hati tak tenang
*Susah bernafas
*Sentiasa menyalahkan diri sendiri untuk semua perkara yang berlaku. You cannot help it. You keep on thinking about your fault, blame yourself and really feel unease.
*Rasa rendah diri dan rasa diri tak berguna. Rasa tak layak untuk pikul tanggungjawab. Rasa tak layak untuk bekerja. Rasa malu dengan diri sendiri. Ended up benci diri sendiri.
*Suicidal thought (sentiasa fikir nak mati). Kalau fikir tentang kematian dan rasa insaf tu takpe. Bagus dah. Ni fikir “tak nak hidup lagi”, “bila nak mati”. Bila naik bas, baik kereta sangat mengharapkan accident berlaku. Fikir nak bunuh diri.
*Low mood (takde mood lah senang cerita)
*Complete shutdown (guna terms sendiri). Complete shutdown ni masalah terbesar kalau ada depression ni. Otak langsung tak boleh nak berfikir. Badan susah nak gerak. Benda simple pun langsung tak boleh buat. Kalau stress memang senang nak kena shutdown ni.

2. Denial mode.
Sedikit sebanyak, saya dapat rasa yang ada yang tak kena dengan diri saya. Housemates pun banyak tegur. Saya banyak menangis. Tapi saya tak tau nak buat apa. Tak tau nak mengadu dengan siapa. Ramai yang ada masalah macam ni. Dalam hati ada terdetik yang “aku ni depressed ke?” LOL takkan lah! Aku tak gila lah. See! Stigma. Depression = gila.
No. Salah.
3. Minta tolong.
Saya banyak kali berjanji dengan diri sendiri untuk pergi jumpa doktor. Pergi minta bantuan. Tapi asyik tangguh. Dari sehari ke sehari. Sampai lah satu tahap, saya dah betul2 tak tahan, saya paksa kan diri untuk pergi jumpa doktor. Saya student IPTA, masa tu umur baru 23. So saya pergi klinik yang ada kat dalam uni lah. #Free. Saya sampai je doktor tanya “sakit apa harini?” and boommmm tiba2 menangis. Kesian doktor tu mesti terkejut. Haha. Saya pun cerita semua symptoms yang saya alami. Malu. Sangat malu sebenarnya. But its for the best, I know. Then doktor suruh saya jawab soalan2, and dia kata saya maybe ada depression. Dia rujuk saya ke pihak kaunseling universiti. Doktor cakap “you pergi kaunseling dulu tengok macam mana. Kalau tak jalan juga, I rujuk hospital”

3. Kaunseling.
Jumpa kaunselor 1 sesi. Cerita heart to heart apa semua, lepas tu kaunselor kata tengok seminggu dua macam mana. Lepas 2 minggu keadaan makin teruk. So saya jumpa semula doktor dan dirujuk ke psychiatrist hospital.

4. Jumpa psychiatrist.
Saya ingat lagi. Masa tu saya ke klinik universiti. Tengah tunggu van klinik untuk ke hospital. Driver tanya “awak nak ke bahagian mana?”. Saya malu sangat2. Malu sangat nak cakap “saya nak jumpa psychiatrist”. In the end saya tak cakap pun. Saya suruh driver hantar kat bahagian ER then saya jalan kaki. Sampai ke sudah macam tu.
Sesi yang pertama, doktor/psychiatrist buat sesi perkenalan dulu. Then tanya apa masalah kita, korek2 rahsia, macam mana boleh kena depression and all that. Habis sesi, doktor bagi ubat untuk sebulan. Next follow up, bulan depan. Ubat kena makan tiap2 malam.

Setiap bulan lah saya sorang2 pergi hospital jumpa psychiatrist. Tiap2 malam makan ubat. And no, mak ayah, ahli keluarga semua tak tau saya ada MDD. Best friend saya je yang tau.
Sebenarnya rasa loser betul setiap kali pergi hospital, setiap kali makan ubat. Tapi saya sedar, itu untuk kebaikan. So terpaksa lah.

Sekarang saya lebih banyak join zumba as a therapy and it really helps.
Kepada sesiapa yang pernah terdetik mungkin ada depression tu, get helps. Ask for help. You can do this!

– Tipah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit