Anda Bukan Ibu Yang Gagal

Assalamualaikum dan hi, aku Anggun (bukan nama sebenar) aku terlintas nak tulis confession ni bagi membantu Ms. Ungu (https://iiumc.com/ibu-yang-gagal/) dan semua ibu-ibu di luar sana,

Samada yang bekerjaya/ suri rumah yang bersalin normal atau yang bersalin ceaser dan kepada semua ibu-ibu yang bersemangat waja untuk menyusukan anak dengan susu ibu selama dua tahun penuh seperti yang disarankan oleh Al-Quran.

Aku berusia 28 tahun, telah berkahwin dan dikurniakn seorang cahaya mata yang kini berusia 3 tahun. Semasa aku mengandungkan anakku, aku telah berazam untuk menyusukan anakku nanti dengan susu ibu selama 2 tahun penuh.

Hal ini kerana aku ingin sangat melaksanakan saranan Allah swt dalam al-Quran surah al-Baqarah (boleh google). Ya aku tahu perkara ini tidak wajib dan telah dilupakan oleh ibu-ibu moden pada zaman ini.

Namun aku sangat terinspirasi dengan sirah Nabi Muhammad s.a.w semasa kecil, ketika kecilnya, Baginda mempunyai dua orang ibu susuan iaitu Suwaibah al-Aslamiyah dan Halimatussa’diyah.

Otak ku terfikir-fikir kenapa Allah cipta perjalanan hidup Nabi. saw sampai ada dua orang ibu susuan?Kenapa mesti dua? Tidak cukupkah seorang saja? Kenapa Allah cipta kisah Asiah yang mencari ibu susuan untuk nabi Musa a.s? Kenapa mesti susu ibu?

Zaman dulu ada susu unta, ada susu kambing, ada susu lembu juga, tapi tiada satu pun kisah para nabi yang ku baca yang mereka diberi minum susu selain susu ibu sejak dilahirkan sekalipun wujud susu-susu haiwan yang boleh dimakan pada zaman tersebut.

Ya sudah pasti sangat banyak kebaikan susu ibu yang Allah ciptakan untuk bayi yang baru lahir, sudah pasti ada sebabnya kenapa pencipta manusia (Allah) menetapkan tempoh penyusuan susu ibu sehingga dua tahun.

Tidak terhenti di situ aku juga membaca fakta-fakta sains moden di google berkaitan kelebihan susu ibu berbanding susu formula. Semua fakta dan kelebihan itu membuatkan aku lebih tekad.

Langit tak selalu cerah, setelah kelahiran anakku, bayi ku kerap menangis dan hanya ingin mengempeng, Sehingga satu tahap aku terpaksa memberikan susu formula kepada anakku. Aku merasa resah dan sedih kerana memikirkan badanku yang tidak cukup susu.

Aku tiada siapa untuk dijadikan rujukan, kerana orang disekeliling ku dan yang terdekat dengan ku semuanya memberikan anak-anak mereka susu formula.

Pernah aku menangis semahunya kerana memikirkan kata-kata manusia bahawa aku tak ada susu dan susu badan ku sedikit.

Aku meluahkan perasaan kepada rakan ku. Dia memberi cadangan agar aku join group wassap ibu menyusu. Group pertama yang aku join itu adalah group S.

Pada mulanya aku tidak tahu itu adalah group S, tetapi setelah beberapa lama aku lihat mereka banyak mempromosikan minuman Protien untuk memekatkan dan membanyakkan susu ibu, maka fahamlah aku.

Tapi aku tetap mengkonsumsinya kerana ingin mencuba nasib. Hasilnya tetap susu ku masih maintain seperti sebelumnya. Aku tidak putus asa, semua group fb dan wsaap berkaitan susu ibu, semuanya aku join. Hidupku ketika itu hanya ingin mencari ilmu berkaitan susu ibu.

Lalu aku pun terjebak memasuki group facebook BF Members dan group facebook The Breastffeding Advovates Network (TBAN).

Dalam group- group itu aku banyak belajar tentang teori penyusuan. aku juga membaca semua masalah dan komen-komen cadangan daripada ahli group tersebut.

Ahli-ahli dalam group tersebut juga bukan calang-calang, ada doktor, ada pakar sakit puan dan lain-lain lagi.

Aku mengamalkan semua tips yang diberikan dalam group tersebut termasuklah mengepam 3 jam sekali yang agat memenatkan, namun ku gagahkan jua diri demi merealisasikan impianku.

Setelah beberapa lama aku menyertai group-group itu, aku dapati bahawa ilmu atau teori penyusuan yang dibincangkan dalam group tersebut tiada A dan tiada Z (tiada permulaan dan penamat) hari ini mereka berbincang topik C, esok pula perbincangan tentang masalah topik M.

Aku tidak mahu begitu, aku ingin ilmu penyusuan dari A to Z. Aku berdoa dengan bersungguh-sungguh kepada Allah agar membimbing dan memberi ilham kepada ku. Ssesungguhnya milik Engakaulah segala ilmu di dunia.

Pada suatu hari, aku membaca satu posting seorang ibu dalam group BF Members tentang masalah kekurangan susu yang dihadapinya dan masalah mengepam di tempat kerja,

Seperti biasa ruangan komen adalah favourite ku, aku terbaca satu komen yang menyarankan agar ibu tersebut berjumpa dengan coach penyusuan susu ibu.

Selepas orang itu meninggalkan komen begitu, ramai ibu-ibu lain yang datang mengecam komen tersebut dan menghina coach yang dicadangkannya dengan menyatakan coach itu begini dan begitu.

Setelah membaca kecaman – kecaman di ruang komen itu aku jadi ingin tahu siapakan coach yang dimaksudkan, mengapakah mereka mengecamnya ,apakah ilmu yang diajarnya, mengapa ramai pula yang tidak suka padanya.

Maka bermula lah episod aku menjadi stalker fb page coach tu, setiap hari aku tidak lepas menonton fb live yang dibuat oleh coach tu.

Pada mulanya aku sekadar ingin melihat sisi buruknya yang dikecam dan diperkatakan orang. Tetapi lama kelamaan aku amat tertarik untuk mempelajari semua ilmunya dari A to Z, tiada apa yang buruk dan pelik sepanjang aku mendengar tips dan nasihat penyusuan yang diberikannya.

Dek kerana tidak sabar ingin mengetahui keseluruhan ilmunya, aku lalu terus membeli sistem nya, iaitu sistem penyusuan. Segala e-book, buku, vcd group coaching semuanya aku join dan beli. Bagi aku duit boleh dicari, tetapi ilmu lebih penting daripada supplement-supplement booster.

Tanpa ilmu mungkin supplement tidak berhasil. Ya, inilah yang aku cari, ilmu penyusuan yang praktikal dan realistik serta complete A-to Z. Apa yang paling menyeronokkan ialah dengan sistem ini aku tidak perlu lagi mengepam 3 jam sekali, aku lebih faham:

– Berapa jam sebenar perlu mengepam, apa yang perlu aku lakukan jika terlepas waktu mengepam,

– Bila perlu makan,

– Apa makanan yang aku kena makan,

– Jenis pam susu yang efektif,

– Cara mengepan ditempat kerja sesuai dengan jenis pekerjaan,

– Cara bagi anak nak hisap botol semula selepas reject botol,

– Cara mengepam dirumah ketika hujung minggu atau ketika hari cuti yang anak ada bersama kita,

– Cara educate husband agar dia faham dan membantu journey penyusuan kita,

– Dan macam-macam lagi teknik yang sangat praktikal dengan diri ku sebagai seorang ibu yang bekerja.

Ianya boleh dikatakan berbaloi, Alhamdulillah aku dapat menyusukan anak ku selama dua tahun penuh dengan sistem ini.

Aku masih ingat kata-kata coach yang memberi semangat kepada kami dan mengubah persepsi ku,

“Tidak salah kita topup susu formula untuk anak kita jika susu kita kurang, jangan dicatu susu badan itu hanya kerana takut nak bagi anak minum susu formula, kerana anak kita berhak untuk kenyang,

Tetapi janganlah kita berhenti terus menyusukan anak kita dengan susu badan dengan hanya memberikan susu formula semata-semata, berusahalah sedaya upaya untuk meningkatkan susu badan jika kita tiada sebarang halangan atau penyakit kritikal/ bahaya,

InshaAllah, Allah pandang usaha kita, usaha yang ikhlas dan bersungguh-sungguh pasti Allah akan beri hasilnya “.

Kata-kata ini sangat menyentuh hatiku, Aku menganggap ia adalah teguran daripada Allah kepada ku melalui lisan hamba-Nya.

Justeru, kepada Ms Ungu dan ibu-ibu di luar sana yang masih struggle dalam menyusukan anak, carilah ilmu yang betul.

Dengan ilmu yang betul barulah perjalanan penyusuan kita akan lebih enjoy dan tidak stress, barulah kita dapat educate husband kita sekali tentang perkara ini dan sama-sama berganding bahu dalam menjayakan penyusuan untuk anak – anak kecil kita.

Yang benar,

– Anggun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *