“Anda Ditawarkan Untuk Menyambung Pengajian…”

Assalamualaikum. Tajuk aku kalini ni cukup menyedihkan. Aku tak tahu nk explain macam mana tapi aku cuba yang terbaik untuk rangka jalan cerita aku ni supaya semua faham. Aku merupakan salah seorang lepasan graduan dari universiti tempatan yang masih mencari peluang pekerjaan. Aku menyahut cabaran untuk tidak memilih kerja. Oleh itu, selepas aku menjalani latihan SL1M di salah sebuah syarikat hebat, aku ditawarkan oleh sebuah agensi swasta untuk berkhidmat dengan mereka. Jangan kata gaji pokok yang rendah, allowance pun tak ada. Hari-hari aku mengenangkan nasib sebab aku meletakkan harapan yang sgt tinggi Ye lah, kita ada degree kan? Macam mana recruiter/HR sesebuah company tergamak untuk menawarkan gaji pokok yang sangat rendah woi. I kennoottttt brain !! Tapi ini lah hakikat, graduan kebayakkan nya tersepit. Tapi aku sentiasa positif, Allah The Almighty telah merancang segalanya. Accept the fact, insyaAllah dalam setiap ujian pasti ada jalannya ~ Aku kena sentiasa bersyukur sebab selepas aku menamatkan pengajian, belum ada lagi 2 3 bulan duduk rumah goyang kaki tanpa kerja. Alhamdulillah. Cuma mungkin kalini ujian hebat aku tersangkut dengan syarikat yang memang nak ambil kesempatan terhadap graduan. Bukan aku sorang, tapi ramai lagi yang datang dan pergi.

Okay dh penat bebel kt intro. Tak juga masuk part yang sepatutnya ~ Huhu

Kerja yang aku buat ni simple je, senang gila . Bahagian administration tak terlalu berat. Kerja yang berulang every week. Aku tak ada la sampai tercungap-cungap untuk menyiapkan kerja di pejabat. Best tu memang best, tapi ada part yang lama kelamaan aku rasa tak ada keberkatan dalam mencari rezeki. Mula-mula happy la sebab dh dpt kerja kan, tapi bila dah lalui sebulan dua di syarikat bekenaan baru aku tahu betapa kejamnya aku dan juga manusia yang berkhidmat disitu. Tapi mereka juga mencari rezeki. Alahhhhhh, tapi aku tak boleh buat, huhu sedih.

Dear parents, sisters and brothers,
Tolong la. Bukan senang nak cari duit dan bukan senang nk jadi senang. Korang lepas SPM tu aku merayu sgt fikir la masa depan. Bukan nk kata masuk Universiti korang CONFIRM BERJAYA. Tapi atleast kalau tak nk belajar jangan tambahkan hutang. Sekarang korang tak nmpk, nanti dh abis belajar baru tahu susahnya nk bayar hutang. Haaa, kt sini aku nk bg tau lambakan private univerisiti ATAU kolej swasta yang menawarkan pakej-pakej yang konon membantu lepasan SPM untuk mendapatkan SIJIL BERGUNA YANG LAKU UNTUK MENDAPAT PEKERJAAN DIMASA AKAN DATANG. Hello, ni tahun 2018, korang nk bagi orang tengok sijil tu tahun 2024/2025, ada ke yang nak pandang sijil tu selepas 5-6 tahun?? THINK THINK THINK, fikir laaa otakkkkkk. Aihhhh geram ~

Aku tahu kebayakkan lepasan SPM ni terlalu teruja untuk menyambung pengajian di Unversiti. Tapi ingatla wahai adik-adikku, jangan buat keputusan terburu-buru. Fikir untuk jangka masa panjang. Buat perbandingan sebelum membuat keputusan. Ada beberapa faktor yang adik-adik perlu pertimbangkan untuk memilih univerisiti. Hakakk ni kalau boleh nk sentiasa selesa dalam menuntut ilmu, nk berada di universiti terbaik, and kalau boleh dengan kadar bayaran yang rendah, facilities yang bagus, dikenali umum dan KUALITI GRADUAN TERJAMIN.

Berbalik kepada program pakej-pakej konon terbaik seatarooo dunyaaa tu. KENAPA AKU TAK YAKIN DENGAN TAWARAN TERSEBUT?? KENAPA AKU KALAU BOLEH NK KOYAK SURAT TAWARAN DARI MEREKA?

Sebab sepanjang aku berkhidmat, rata-rata pelajar especially lepasan SPM ni datang tanya itu ini seolah-olah mereka ditipu. Ada lagi hebat kalau parents sendiri datang, terkezut wei tengok tempat tinggal anak, no wonder la anak sibuk nk balik * ni kes family hadooo hadooo kayoo * Mcm mana pula kes yang makpak tak berapa nk hadooo ni? Pelajar ni akan sentiasa upset dlm kelas, lagi-lagi bila tengok ramai kawan-kawan mental torture nak keluar. Dia nk keluar juga tapi terkenangkan dah bayar and bagi dia bayaran tu sgt mahal. Tak berbaloi untuk keluar. K FINE. Ada hidden agenda disetiap tawaran yang dihantar pada lepasan SPM ni.. So tujuan aku berkarya ni sebab nk bagi tahu khususnya buat adik-adik lepasan SPM, tunggu la result keluar, lepas tu buat sedikit research berkenaan course yang nk diambil. Tak salah untuk mencuba kan? Cuba untuk dapatkan local universiti, kalau x layak baru mohon kolej swasta yang diyakini bagus, bukan menipu rakyat marhaennn mcm kita. Faham ke idok?

AKU SYAK MARKETING & BUSINESS adalah tujuan utama sesebuah syarikat swasta ini beroperasi. Sebab apa? Sebab dia buat donno je pada staff, kebajikan staff tidak dijaga langsung. Dasar tak guna. Aku salah seorang yang DIPAKSA untuk mengajar lepasan SPM ni di kolej swasta tapi TANPA GAJI. HEBAT TAK? Moga Allah terima kebaikan aku dalam memberi ilmu pada adik-adik. Aku mengajar penuh dengan semangat seikhlas hati. Walaupun dipaksa dan mengajar tanpa bayaran. Sebab aku kesian pada adik-adik lepasan SPM ni, bukan semua orang senang kau tahu tak?? Sebulan aku tahan, aku cuba untuk tutup mulut. Sampai satu tahap aku tak mampu nk duduk dalam keadaan mencari rezeki tanpa keberkatan.

Aku dipaksa untuk meracun fikiran adik-adik ni supaya mereka meneruskan pengajian diploma dengan kadar bayaran yang sememangnya tinggi. Swastaaa kan? Walaupun usaha sama yuaitiiemm atau youtihemm atau seangkatan denganya.

Woooo Woooo tak boleh la nak menipu konon nya disitu la yang paling bagus. Aku nk bagi yang terbaik untuk mereka, bukan semata-mata kerana duit. Aku dulu merayu beb nak sambung belajar sebab tak dapat tawaran. Hmmm. Faham tak kalau tak berkat gaji 10 K pun masih gigih buat part time marketing, sebab KEBERKATAN TU TAK HADO. Hmmmm

Berbalik kepada program yang ala-ala kon berguna sangat tu. Yes. Memang bagus, aku tak nafikan. Ada je kolej swasta yang offer program pendek, tapi perisian yang berguna buat adik-adik. KENAPA KU KATA TEMPAT AKU KERJA NI TAK GUNA? Sebab dh la aku dipaksa mengajar, dari awal kelas sampai dh nak habis kelas aku terpaksa rangka nota sendiri. Terkedek2 la aku cari nota apa la sesuai dengan subjek aku dapat ni. Lepas tu pula management tak check langsung apa aku ajar. Kalau aku pedajal ajar budak budak ni tah pape, dia pun rileks je. Yang penting $$$$ masuk account, dia kisah apa kan? Kau tengok…. Tak guna betul. So korang rasa berguna sangat ke sijil korang kejar kan tu? Entah apa-apa yang korang belajar. Aku ajar management, sebab dulu aku mmg ambil course management. Dapat pula tenaga pengajar yang tak tahu subjek apa yang dia dpt, merana la budak lepasan SPM ni terpingga pingga. Ye lahhh, kalau budak tu trial straight A dia dah tahu dah program ni kejadah keluat, kalau kt budak biashee biashee ni blur je la. Asalkan datang kelas, ambil exam, dapat sijil. Itu yang diterapkan dalam minda lepasan SPM ni oleh marketing team yang tah pape

Aku makan hati je dengan mangement pihak aku bekerja ni. Dia akan lebih pentingkan marketing team sebab marketing team yang akan bawa $$$$ . Well ni la aku nk cakap, DIA MAIN KOTOR

Nasihat aku kepada adik-adik lepasan SPM, All the BEST untuk result esok. Jangan lupa untuk buat pilihan yang terbaik. Masa depan hang. Jangan terburu-buru. Ada banyak pilihan tempat belajar yang bagus bagus. Era teknologi ni, kau Google je lah setiap tawaran kau dpt tu, tengok feedback org kt Facebook, Website, or mana-mana. Paling penting Kerajaan dh sediakan platform untuk apply universiti tempatan, kalau layak untuk mohon, mohon dulu yang tu. FAHAM KE IDOK? Aku harap kita semua tidak dianiaya. Sesungguhnya aku juga dianiaya dengan tidak dibayar gaji, dan mereka dianiaya kerana ditipu dengan pelbagai helah itu ini ~ SEKIAN, bro tabah

– INSAN YG TERANIAYA

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *